Nuffnang

Sunday 30 August 2015

Dramatiknya Bersalin Kali Keempat

Salam all.

Baca tajuk je dah boleh tau i dah bersalin. Bersalin kali keempat. Tajuk tak surprise- sangat straight forward. But better than 'Suamiku Jatuh Dari Langit' 'Suamiku Encik Sotong' dan yang seangkatan dengannya. Sempat mengumpat lagi.

Bersalin ni bukan rutin tiap-tiap hari ye. Jadi bila bersalin - dah lalui azab siksa tu, harus la nak buat coretan peribadi. Nanti-nanti anak boleh baca dan boleh tau macam mana dramatic nya kedatangan mereka tu.

*dah lama duk dalam draft je.ni baru dapat kesempatan nak sambung*

Sebelum i hilang ingatan, entry ni nak kena siap cepat-cepat. Sebab makin berumur ni makin kerap lupa. Hari keberapa ntah lepas bersalin tu ada budak office minta password nak update dashboard. I boleh lupa. Padahal baru je berapa hari cuti meninggalkan ofis. Dahsyat sangat tahap hilang ingatan ni.

Ok, last 14 Ogos 2015 i ada update dari labour room. Itu benar. Friday morning tu i pergi Klinik Annur sebab Dr.Khamsiah nak buat lie check. Around 10 o'clock terus masuk jumpa dia, dah tak payah ambil nombor bagai. Dia buat ultrasound, Alhamdulillah kepala baby dah ke bawah. Dr.Kham nak buat VE-tanya lah mana-mana perempuan mesti tak ada sapa yang sudi angkat tangan cakap dia suka VE ni. Kerut-kerut and habis herot benyot mu
ka nak tahan sakit kena VE then Dr.Kham cakap "3cm. Jom bersalin!" Eh, doktor ni punya sempoi, dia cakap macam nak ajak pergi shopping je...

Memandangkan takut baby pusing balik, kami hubby wifey setuju untuk induce pagi tu. Klinik suruh pergi register kat hospital. Kami keluar klinik je terus pergi makan dulu. I dah tahap macam tak boleh nak fikir dengan waras bila dengar nak kena induce. Tapi, better la daripada kena ceasar.

Habis makan baru serah diri kat labour room. Tukar uniform. Eh, sekarang Annur dah guna gown. I like! 11.30pagi, nurse buat iv masukkan pitocin. Ok, rasa lega sebab tak guna yang tablet tu. Then, bila nurse tanya nak ambil epidural tak, laju je i jawab taknak. Sebab teringat masa bersalinkab Mardeyah just guna pitocin je and i boleh tahan sakit tu.

Dah pasang CTG untuk monitor heart rate baby and contraction. Tapi tak rasa apa-apa lagi. Pitocin belum berkesan kot. Tuan Syed pergi solat Jumaat kat masjid depan hospital. My SIL datang teman di labor room - waktu rehat Jumaat kan panjang. Dalam 1.30 tengah hari, Dr.Kham datang untuk prick air ketuban.

Kisah dramatic bermula. Masa nak prick tu Dr.Kham suruh midwife pegang kepala baby supaya kepala baby tak bergerak. So dia cekak kat ari-ari. Air ketuban i sangat lah banyak. Tiba-tiba Dr.Kham suruh jaga-jaga "ada cord!ada cord!" Tali pusat turun sekali dengan air ketuban. Dr.Kham suruh pegang betul-betul kepala baby and dia seluk untuk tolak kan cord tu naik ke atas. Kalau cord prolapse, memang kena csec.

Doktor pesan, monitor jantung baby. Sebab bila ada contraction, kepala baby akan ditolak masuk birth canal, dan dalam masa yang sama cord kat tepi kepala dia terhimpit menyebabkan heart rate akan drop.

Air ketuban terus menerus keluar. Dr.Kham datang semula a few minutes nak cek. "Ada jari! Ada jari!" I was like...apa lagi yang tak kena ni. Rupanya tangan baby ada atas kepala. Dr.Kham seluk and kuis-kuiskan jari baby. "Kalau tangan dia tutup kepala, kepala tak boleh engage dalam birth canal, so memang kena csec", kata doktor. Seram sejuk i dengar Dr.Kham explain.

Disebabkan nak make sure kepala dia yang turun dulu, bukan cord bukan tangan, doktor dudukkan i 90darjah. Lepas doktor keluar, my SIL cakap "Boleh eh doktor tolak-tolak macam tu je. Dia buat macam mana ek?" Kitorang kagum sekejap di situ.

2.30petang Dr.Kham datang buat VE. Baru 4cm. Dr.Kham cek rekod bersalin i yang lepas-lepas (i bersalin sebelum-sebelum ni semuanya di Annur), i bersalin dalam 4hours lepas prick ketuban. Masa ni tak berapa sakit sangat eventho pitocin tu dah maximum dose dah.

Lepas tu..apa ye. Dah datang penyakit lupa dah.

Sampai pukul 5ptg macam tu kot, sakit sikit-sikit je. Contraction pun tak regular. Patent dia tak cantik. Lepas tu sakit makin intense. Masa sakit tu i bagitau Tuan Syed "Benda yang paling-paling B taknak dengar time ni ialah - masih 4cm". Sakit you alls...i agak-agak dah 6cm dah time tu.

Dalam 6.30 petang Dr.Kham datang, dia buat VE. "4cm lagi" TAKNAK DENGAR!! Contraction dah mula kuat. I tak boleh terima hakikat masih tak dilate banyak.

Tapi dalam 7.30petang, nurse cek dah 6cm. Lega la jugak sebab ada progress walaupun slow. Sakit makin intense. Lepas maghrib tu Dr.Kham masuk tanya ada rasa nak teran ke. Memang belum rasa macam nak terberak tu. Dr.Kham ada kes kat OT.

Lepas dia habis OT, dalam pukul 9mlm lebih kurang, dia datang lagi buat VE. 6cm. "Progress very poor." Sedihnya dengar *insert cry here* Sakit dah sakit sangat tapi tak bukak banyak. Doktor explain "11.30pagi induce tapi since progress very poor, kita cuma boleh tunggu lagi 2 jam je. Tak boleh lebih dari tu sebab air ketuban dah tak ada, boleh jadi macam-macam kat baby. So kalau tak bersalin jugak by 11.30malam ni, kita akan csec."

Tak sedar entah bila Dr.Fatimah masuk. Sekarang ni kalau bersalin after office hour, doktor yang oncall akan sambut baby. And malam tu, memang Dr.Fatimah yang oncall. I agak, Dr.Khamsiah dah balik and pass my case kat Dr.Fatimah. Lembut and sangat motherly Dr.Fatimah ni. Dia suruh i baring mengiring untuk cepatkan bersalin.

10.30malam, i dah sakit sangat-sangat-sangat tahap rasa nak tendang dinding, tangan macam orang bersilat. I mengada, tengah sakit-sakit tu tak feel la nak genggam besi penghadang katil. Rasanya lagi selesa kalau genggam tangan laki sendiri. Itulah namanya pain transfer. Gitewww drama swasta akak... Dia pun mesti naik letih dengan kerenah i. Tu yang tengok dia tidur kepenatan lepas i bersalin, rasa kesian pulak kat dia.

Kejap-kejap suruh gosok kaki gosok belakang. Lepas tu ngadu sakit. Memang sakit pun. Sampaikan dia tanya i "B nak czer sekarang ke?" AAAAA....TAK TAU! ikutkan hati, memang nak czer sekarang jugak sebab nak tamatkan segala azab ni. Tapi...akak try jugak berfikiran waras. Dia betul-betul ke, atau nak reverse psycho i semata-mata.

Dah tu, akak pun cepat-cepat kembali ke alam nyata. Allah give you labour pain for a reason. Ingat tak, apabila mula saja sakit nak bersalin, telah tercatat pahala jihad bagi seorang wanita itu. Only Allah knows the extend of your pain. But just dont give up right before Allah is about to replace your suffering with happiness. Itu saja penyambung kekuatan i waktu tu.

"Abang...nak ambil epidural..." Cepat-cepat Tuan Syed tanya nurse. Nurse call Dr.Kham, doktor kata bagi yang jab je dulu, tak payah epidural. Tapi, pain killer yang cucuk kat pinggul tu tak memberi kesan pun. Sakit tak hilang macam ambil epidural.

11.30malam. Belum bersalin. Sakit makin kuat. I dah tak berdaya. Sebab sepanjang dalam labour room ni makan roti je seketul. Takde selera. Air pun berapa teguk je i minum. Kali ni bersalin memang sempoi. Datang labour room melenggang je. Air selusuh? Nanhado. Kurma? Air Zamzam? Nanhado. Makanan? Nanhado. Bajet macam sejam dua je dalam labour room. Nanhado...

11.45malam. I rasa sakit contraction tu eased dengan i meneran sikit-sikit. Eh, ni macam ada benda nak keluar. I let the team know yang i rasa macam nak meneran sangat-sangat.

VE lagi. "Baru 9cm puan, belum boleh teran lagi ni"

Seriously. I memang dah nak teran dah time tu. I meronta macam budak kecik nak terberak. Nurse pasangkan stand kaki tu, standby equipments bagai. Lepas tu nurse jenguk-jenguk tingkap, rupanya menunggu doktor datang.

Tiba-tiba Dr.Kham datang. Terkejut sebab bukan ke patutnya Dr.Fatimah oncall? Tapi seronok sebab at last, bersalin dengan Dr.Kham jugak.

Nurse buat VE lagi. 10cm. Lega. LEGA. LEGA. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba juga. Dah dua belas jam dah i dalam labour room. Finally... Tiga empat kali push, terasa seketul benda hangat dan licin keluar. Baby terus diletak atas perut i. Alhamdulillah...syukur pada Allah.

11.53 malam. Lelaki. 3.5kg. Alhamdulillah 'ala kulli haal.

The next morning Dr.Kham buat ward round dia recap balik. Memang banyak kali dia sebut nak kena czer nak kena czer tapi akhirnya i boleh juga normal delivery eventho kali ni tougher and longer. Ikutkan baby yang transverse lie, cord nak jatuh, tangan baby nak keluar,dan lengthy labour-semuanya boleh end up dengan czer. Tapi dengan rezeki daripada Allah, dapat juga bersalin normal.

Rezeki sangat. Tak jadi czer - selamat perut i, selamat duit. Bhahahahahah! Pulak tu, tak perlu epidural - jimat duit lagi. Dasarrr...!

Dr.Kham explain. Kalau ikutkan practise, bagi kes multigravida, paling lama in labour hanya 8 jam saja. Cuma untuk kelahiran first saja yang dibolehkan sampai 12 jam. Tapi Dr.Kham apply 12hours kepada i walaupun ini multigravida. Dia tak boleh go beyond 12 jam dah sebab kalau dia allow benda tu, jika jadi apa-apa, dia akan kalah if kena challenge kat court. Sebab tu dia bagi 12 jam je. Lebih 12 jam, i memang kena czer. Dr.Kham cakap, dia tak pass kes i kepada Dr.Fatimah yang oncall malam tu sebab dia kata dia lagi tau how complicated patient dia.

Lepas tu Dr.Kham tanya "how many children do you want?" Terus mak keras di situ tak tau nak jawab. I tengok Tuan Syed, dia tersengih-sengih macam pengantin kena usik, bole?? Malu-malu je suara dia sebut nak sepuluh. Gulp!! Sebenarnya doktor nak tau tu sebab nak tolong kami hubby wifey buat family planning. Sebab tak mustahil lepas-lepas ni sama macam ni juga trend mengandung i. Lepas ni? Lepas ni? Are you serious? Beranak lagi lepas ni? Hello..! *tampar pipi sendiri* Dua hari lepas keluar labour room, boleh la cerita azab in labour tu macam mana - rasa taknak bersalin lagi dah. Ni dah lepas dua minggu, lupa terus. Penyakit hilang ingatan tahap kritikal ni. Kihkihkih!

Sebelum Dr.Kham keluar ward, dia ucap tahniah pada kami hubby wifey and dia kiss dahi i. Waaahhh!!!! Doktor yang sorang ni betul-betul buat i rasa tak serik nak bersalin lagi!

No comments:

Post a Comment