Nuffnang

Thursday 13 August 2015

Mana Kepala Dia??!

Assalamualaikum semua. Muslimah gitu mukadimah kita hari ni. Sesuai dengan mood keinsafan di kala senja begini.

Akak tengah sedih. Tadi tengah hari ke Hospital Annur for regular antenatal check up. Masa nombor queue dipanggil, bergegas lah i masuk bilik 5. Tak sempat nak duduk terus Dr.Khamsiah suruh baring tepi mesin ultrasound tu.

"Ok jom tengok baby, dah full term ni. Ada tanda-tanda labor tak?"

Nanhado, doktor... "tak ada pun lagi" bunyi macam frustrated dengan baby yang nak jadi anak shark ni-duduk dalam perut for four years.

Lepas sapu-sapu gel tu, first sekali Dr.Kham target kat ari-ari.

"Eh, mana kepala dia?"

MANA KEPALA DIA?

MANA KEPALA DIA?

MANA KEPALA DIA?

Suara Dr.Kham masa tu i dengar ala-ala bergema melantun-lantun macam bercakap kat gua.

Dr.Kham kona ke belah kiri pulak.

"Baby pusing. Kepala di sini."

Dia kona belah kanan "Sini punggung dia"

"Kalau kedudukan yang macam ni...normally kita akan ceasar"

Lepas tu apa yang dia cakap i antara dengar tak dengar. Lama jugak dia tenung and cari tulang peha. Entah apa lagi lepas tu dia cakap, semuanya akak dah tak dengar. Sebab balik-balik akak terngiang-ngiang ayat MANA KEPALA DIA?

Dia tanya baby aktif ke semalam. Seingat akak la semalam dia kurang gerak. Tapi bila dah malam tu bukan main gedebak gedebuk dia bergolek dalam perut. Sampai pukul 1 pagi tu ada 4 kali contraction yang sakit - memang time tu dah start timing sebab rasa macam cramp nak bersalin. Pukul 2 akak tidur sampai pagi - sakit pun hilang.

"95% baby bila dah 39 minggu kepala di bawah dan tak akan pusing balik."

Entah berapa kali tengok Dr.Kham tarik nafas sambil berfikir-fikir. I was completely clueless masa tu.

Resolusi nya tadi:

1-esok pagi datang klinik lagi untuk lie check.

2-If kedudukan cephalic, yakni kepala di bawah - doktor akan buat VE dan bagi bersalin.

3-if kedudukan masih melintang, doktor akan cuba tengok possibility untuk buat ECV then induce labor.

4-kalau hari ni ada tanda-tanda labor is on, KENA datang hospital immediately.

Tapi doktor bagi juga next appoinment hari Khamis. If ok semuanya esok, sama ada tunggu labor atau tengok lah macam mana esok ni. Akak dah confused. Antara faham dengan tak faham, akak buat-buat faham.

Pesanan Dr.Khamsiah:

1-malam ni buat solat hajat. Doa banyak-banyak.

2-malam ni baca surah Maryam.

3-sujud lama-lama sikit.

Lepas habis check up tu, zasss akak text Tuan Syed laju-laju. He is in Kedah.

Dan akak di sini, sejak sampai rumah tadi semuanya rasa serabut. Sambil iron baju sekolah, sambil fikir bilik air atas belum dicuci, hari ni belum vacuum rumah, haiwan tumbuhan stok untuk berpantang nanti belum dibeli, confirmation sekolah Maryam belum submit lagi, arahan bos untuk update dashboard belum buat lagi, exercise knee-chest belum buat lagi, pokok pun belum siram untuk petang ni, kemeja Tuan Syed yang nak iron belum hantar ke dobi, nak pegi saloon untuk new haircut pun belum pegi lagi, nak ke kedai lampu beli globe bulb pun tak kesempatan lagi.

APA LAGI?

Banyak benda nak buat dik non...tapi semuanya macam tak sempat - pergerakan mak buyung very slow, very limited, progress pun slow la.

Kayuh pelan-pelan. Kita tak ada maid. So, time macam ni kalau ada orang yang buat kita rasa macam kita ni maid, memang rasa nak meraung - mana kan badan lagi penat minta berehat, baby dalam perut pusing sana pusing sini sesuka hati. So akak akan ada tendency untuk salahkan keadaan -  the baby keep on spinning sebab posture badan semasa mengangkat bakul kain, membongkok bersungguh-sungguh masa basuh berak anak, kutip sampah, lap lantai, kutip mainan. Boleh camtu? Emo sangat nih!

Tapi sempat juga google gambar Che Ta Bersalin. Orang lepas bersalin selalunya nampak pucat lesi. Bawah mata sembap. Bibir kering. Tapi Che Ta memang perghhhh! Anggun je, tak macam baru lepas meneran. Suka! Suka! Suka!

No comments:

Post a Comment