Nuffnang

Monday 30 June 2014

Country Scents



Monday masih lagi seems to be very nice to me. Sebab belum dapat internal posting then I can enjoy my own sweet time lagi ni dreaming, thinking this and that. And killing the time with this book.

Alhamdulillah 2nd Ramadan dah. Last Friday I attended my office punye assembly. It was a semi formal event sebab the emcee pun tak macam common emcee, lebih kepada macam moderator pun ada. And all the audience termasuk la my Dato’ Director mengambil tempat bersila masing-masing.

There, my Dato’ Director, pakai suit duduk kek tepi meja tu. Sepanjang event berlangsung, mata I ni melilau-lilau tengok kiri dan kanan. Since this assembly area dinamakan Dataran Warisan so you can find lots of things yang berunsurkan kesenian Melayu. Like the one yang I zoomed in ni.

I suka painting besar-besar like this. Tetiba berangan to have one kat rumah, nak hang atas aquarium. Then nampak belakang tu bersusun-susun Labu Sayong. Kenapa la tak terfikir to have something like this kat rumah, susun bawah tv rack. Kata orang Kuale…

Petang Friday tu, we balik kampong. The traffic was very heavy especially nak keluar dari Kuala Lumpur. Nak singgah R&R pun tak terdaya melihatkan kereta bersusun panjang. So we made impromptu exit at Tanjung Malim to have dinner. Sian the girls, dah lapar sangat. Tanjung Malim ni happened to be Tuan Syed punya tempat first posting. Zaman bujang dia. This place is very nice. Pagi-pagi boleh bangun dengan dibaluti morning mist. Bercakap pun keluar wap dari mulut feeling overseas la sangat.

Sekali lagi we made impromptu stop at Kuala Kangsar. Singgah tidur sebab Tuan Syed was damn tired and sleepy. I memang dah berdengkur awal-awal lagi. Abdullah merengek pun I rasa macam terbuai-buai je..

These tiga ketul after kena paksa mandi awal sebab nak continue journey to Penang Island. Sampai Penang around lunch time. Langkah kanan sebab MIL dah siap masak. Petang, the Walid took the girls to a toy shop and they bought this. Boleh feeling diva ye dik!

Then the Walid took them to a nearest swimming pool. Belakang rumah ada condo, tumpang mandi situ, free of charge. Suara Maryam jerit excited boleh dengar sampai ke depan rumah. Sebab masa tu mami was at the front, pusing-pusing keliling laman bawa si kecik yang tak mahu duduk saja.

Harmonizing the soul. Ada sirih, dah bisik kat Tuan Syed nak bawak balik nak tanam bagi dia melilit batang akasia depan rumah. Tapi, lupa nak ambik.

Then pokok gajus ni dari I kawin sampai sekarang tak pernah nampak dia berbuah. Tapi pucuknya dah ambik berkali-kali. Ni tengok pucuk muda hijau kilat-kilat ni memang sangat terliur.


Kali ni balik pokok putat tengah berbunga. Intai juga buah putat kalau ada, boleh diulam. Tapi muda sangat, belum boleh petik lagi.

And this time pokok kerendang berbuah lebat. Di sini they call kerenda. Rasa dia sour and bitter. Petik and lap-lap kat baju then kunyah. Heaven kan buat perangai macam zaman kecik-kecik dulu!

And I love this pegaga field. Rumput dah tak diberi peluang. Pegaga melata di mana-mana sahaja. Betul la Indon yang datang Malaysia satu ketika dulu pernah sebut “Aku ke mari bukan ingin menjadi semalu mencucuk duri, tetapi pegaga sumber rezeki!” Pegaga ni senang hidup. I dah banyak kali bawa balik letak je di pangkal pokok dalam pasu bunga. Bercambah gemuk-gemuk. Masa dalam pantang dulu, ini la ulam wajib dalam menu i.

Pokok kari ni I geram. Anaknya bersepah-sepah. Intai-intai, banyak juga pucuk kari, boleh la diulam nanti. Pokok kari nak bawa juga tapi anaknya kena semai dulu dalam bekas lain like pasu kecil atau botol minyak terbuang. Kalau tak, dia tak hidup nanti. And masa anak tanam tu kena masukkan sekali tanah masa semaian tu ke dalam lubang yang digali. Kat belakang rumah I dah ada pokok kari tapi sangat kecil dan Nampak sakit. Tapi dah beberapa kali juga la ambil daun untuk masak. Cuma nak buat ulam, tak merasa lah.

Ini pokok selasih. I tak tahu apa beza kemangi and selasih yang kita panggil basil tu. Kalau nak masak western poyo-poyo je sebut basil leave. Padahal ni la pokok nya. Cuma kalau kat Negara lain, daunnya lain sikit. Yang ini pun sedap buat ulam. Bau dia wangi je.

Ini I tak tau bunga apa. Cantik. Rasa meronta-ronta nak potong batang dia and letak dalam vase taruk air. Boleh jadi deco yang cantik. Impian orang yang kuat berangan ni, konon kalau ada laman besar, nak tanam heliconia keliling rumah. Bila berbunga lebat, boleh kerat buat indoor deco. Best nya la haii kalau ada bungalow satu. Tak payah besar, comel-comel je pun ok dah untuk habiskan hari-hari tua nanti, janji ada laman.

Macam deco ni, simple je. Yang ni i captured kat Putrajaya Shangri-La, masa lunch outing dengan Shida. Kita pun boleh buat. Petik je apa-apa bunga di taman, contohnya bunga ixora cucuk dalam wet sponge. Nice! Rumah rasa macam bernyawa kalau ada satu dua fresh bouquet.

Sempat la mami layan pokok dua tiga round sebelum the darlings balik dari swimming pool. This little hero pulak terbuai dalam mimpi indah sudahnya.

Kutip itu kutip ini mami akhirnya dapat juga sepinggan ulam segar ni. Self pick! Itu la untungnya berbakti kepada tanah. Tapi…ini tanah orang. I menumpang hasil sahaja.

Ok, sekian cerita my days before Ramadan Kareem.
Salam Ramadan everyone!

Friday 27 June 2014

Rezeki

Yesterday i took the darlings to TF. They are froyo lovers. Mati-matian. Dulu bubuh penuh semangkuk. Tid bits tu taruh menimbun. Tapi now their taste buds became better. They dah tau kalau bubuh banyak topping rasa akan jadi toooo sweet and tak sedap. What is less is more, girls. Tapi sebab i told them ini rezeki dari Allah, diorang habiskan juga.


Rasa terpanggil nak kongsikan sesuatu. Kalau tak, rasa macam ada cacing kerawit dalam kepala. Tentang sesuatu yang baru sahaja menjadi viral di social media especially fb. Tentang ikon dalam dunia penyusuan and parenting.

Jujurnya, saya kagumi dia. Bukan setakat kerana saya kenali dia di bangku sekolah, tapi sebab semangat kental dia dalam membangunkan perniagaan sendiri. Dari mula promosi menggunakan kad nama cetakan black and white, booth kecil di pasar raya, dia bertatih lalu bertapak dalam dunia perniagaan. Saya kagumi semangat this petite lady yang sangat passionate dalam dunia penyusuan dan parenting ini. Saya kagumi dia mengembangkan empayar perniagaan dia. Gambar dan nama dia terpampang di dada majalah, memuat kaca tv. Saya kagum.

Tapi dunia perniagaan sangat dinamik. Ada jatuh bangunnya. Dan tiap kali jatuh, jika ditangani dengan betul insyaAllah itu menjadi satu quantum leap untuk dia melonjakkan dirinya lebih dari apa yang dia pernah alami.

Sekarang mungkin bukan rezekinya. Perniagaannya sudah habis dijual kepada orang lain. Demi anak-anak, kata kawan, dia bekerja di sebuah tempat yang mungkin tak sepatutnya dia bekerja, sebelum dibawa keluar oleh suaminya dengan deraian air mata. Kata kawan lagi, dia juga sedang tidak sihat. Bermacam-macam tuduhan cacian dan tak kurang juga yang initiate legal action ke atas dia. Some said dia ditipu, tapi ada yang kata dia menipu. Allah. Berat ujiannya. Rezekinya begitu, atur Allah. Rencana Allah untuk jadikan dia lebih kuat, saya pasti. Ujian dan dugaan hanya menimpa orang-orang yang boleh menanganinya sahaja. Di sini saya yakin manusia hebat ujiannya hebat.

Dalam begitu, masih ada kawan-kawan yang support dia. Saya tidak mendengar cerita dia atau cerita pihak kedua dan ketiga. Yang saya tahu dan nampak, dia berada dalam keadaan sangat tertekan, mungkin sekarang at her lowest point of life.

Ya, ini gara-gara duit. Apa yang kita rasa milik kita. Kita rasa duit adalah segala-galanya. Duit boleh bawa bahagia. Betul, jika punyai anak, kita tak akan sampai hati katakan "mami tak ada duit,nak, Tutti Frutti tu mahal". Paling tidak pun, dengan duit RM10 kita ambil sikit sahaja froyo tambah topping serba sikit baru dalam RM7. Nah, anak-anak kita akan tersenyum dan makan sambil berceloteh tak henti. Bahagia, kan?

Menyentuh tentang ditipu duit ini, saya pernah alami sendiri. Hampir dua tahun ejen pembantu rumah belum refund kerana gagal bekalkan maid untuk saya. Maid pertama gagal fomema. Maid kedua hypertension dan minta balik. Maid ketiga faktor usia terlalu muda (tidak sama macam kategori umur yang saya prefer).

Oh ya, baru tadi saya send fb friend request dengan ejen tu. Kalau dia masih ingat (kita kalau buat salah dengan orang, mana boleh lupa). Berkali-kali saya dan the hubby minta dia refund. Berkali-kali dia berjanji. Takut saya. Takut dia janji dan tak tepati. Munafik. Tapi itu dia dengan Allah. Dengan kami memang sampai sekarang belum terima satu sen pun.

saat kami terdesak, kami puas merayu pada dia. Tapi masih senyap. Ok, kita merayu pada Allah. Alhamdulillah. Walau tak dapat refund tu, Allah gantikan rezeki yang lebih baik. Saya bersyukur. Rezeki Allah bukan setakat wang ringgit. Tapi, rezeki saya sihat, keluarga sihat, anak-anak makin cerdik (matik la puji anak sendiri), rezeki dalam kenaikan pangkat, rezeki quality time dengan family. Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Penting di sini, sumber rezeki yang dibawa balik yang disuap ke mulut anak-anak. The hubby pernah pesan "kalau rezeki tu puncanya halal, ada financial problem pun, kita tak akan sampai tahap punah keluarga sendiri, tak sampai tahap baran pukul anak bini, cerai berai"

For me pula, kalau punca rezeki dalam redha Allah, duit sikit pun, hati rasa tenang. Saya yakin kuasa Allah distract kita dari masalah financial. Yakinlah dengan Ar-Razzaq...

Kisah kami dengan ejen tak pernah stop. Kami belum sampai tahap nak ambil legal action. Mungkin ramai mendesak begitu supaya dia diajar jangan kurang ajar. Supaya dia tidak menipu lebih ramai. Buat masa ini kalau ada yang terkena dan pergi report, silakan. Saya tak pandai nak gaduh dengan orang. Selalu saya akan lebih dulu jadi speechless dan orang hentam saya balik. Saya tak punya negotiation skill yang bagus. Bad for me kan?

Kami akan terus minta, mungkin. Dan our forgiveness bukan untuk dia bukan untuk sesiapa tapi untuk kemi legakan diri sendiri. Tidak lah kami meroyan buka aib dia sana sini. Saya tak dendam pada dia. Saya rasa saya jadi kental (chewah). Sebab sekarang saya tahu saya langsung tak perlukan maid. Saya boleh buat semua. Konon supermommy. Tak. Sebab Allah gantikan maid tu dengan seorang suami yang helpfull. Eh, tak. Saya tak buat suami saya macam maid, tau. Just that, my hubby sangat ringan tulang.

Manusia ni kadang nampak baik bukan sebab dia baik, tapi sebab Allah tutup keaiban dia. Dan bila aibnya dibuka, mungkin tak ada satu pun kebaikan pada dia. Reminder untuk diri sendiri. Di sini, saya yakin dan masih yakin, doa orang teraniaya akan dimakbulkan Allah.

Saya takut nak tuduh dia makan duit haram. Saya tak pandang pada title Haji dan kerjaya isterinya sebagai ustazah. Sebab mana tahu kalau-kalau dia bertaubat dan doa dhuha dia diterima Allah? Ini kerja Allah. Ini kuasa Allah. Siapa kita nak tentukan syurga atau neraka untuk dia. Mana tau kalau dia juga sebenarnya ditipu ejen di source country? Still doa orang teraniaya dimakbulkan, kan?

Pada saya mudah. Ini kafarah. Sakit, ujian, musibah ini kafarah dosa. Ye, dosa saya. Jadi saya akan rasa lega bila fikirkan ini kafarah dosa. Allah punch saya sekali supaya saya lekas beringat dan ingatkan Dia. Jadi tidak lah ada rasa nak bersedih atau nak naik minyak dek tak dapat refund tu. Tapi kalau satu hari nanti dia refund juga akhirnya, itu rezeki bagi kami. Tak tahu. Saya tak tahu rencana Allah tentang rezeki saya. Saya tak tahu setakat mana Allah bagi saya pinjam rezeki yang saya ada selama ini. Semua-semua sekali. Rezeki usia, rezeki kesihatan, rezeki bahagia.

He knows best.

Thursday 26 June 2014

GEC Sports Day

Last Sunday the darlings ada school sports day. They were super excited to be in the same team. Blue Team. Siap minta mami pakai baju biru to support their team. Early morning mami cooked bihun goreng for everybody. And packed sikit dalam bekas sebab both girls masih tidur.

Sampai di event venue on time tapi masih belum ramai yang sampai. So, we had our own sweet time.


 The kasut they were wearing tu handpainted. Sebelah lain sebelah lain tapi cantik. Exclusive. We bought at klia2 mall. Ada children punye, for adults pun ada. Apa ye nama kedai, tak ingat. Dekat-dekat dengan Jelly Bunny.

The girls mula minta dipakaikan tudung sebab ada game junjung pundi kacang. Tapi lastly buka juga sebab dapat cap sorang satu. Mula-mula perarakan peserta sukan. Maryam kena bawa sepanduk untuk blue team. Hogoh Biru Hogoh. Apakah?



Lepas tu Maryam lead the sports pledge. Suara dah la macam petir, pakai mic lagi, pecah gegendang audience, nak.



Asal ada break je the walid pergi dapatkan the girls. Moral support la tu kot.


Blue team dapat silver medal. Ok la tu.

Tapi mami dapat lucky seven! Lagi besar dari medal dia orang. Berbaloi juga tunggu sampai event habis.


Kalau dulu masa mula hantar dia orang ke kindy, Mardeyah lebih reserved. Maryam ada geng dia. "Tu kakak dengan kawan kakak...". Sedih dengar. Tapi now dia orang adalah geng. Kawan kakak kawan adik juga.

So ada a few parents yang tanya I Maryam and Mardeyah ni kembar ke? Sebab muka macam sama, saiz sama. Iye..diorang kembar lain birthdate. I treat them as a twin. Mentally and physically. So akan ada ketika Maryam jadi kakak defend Mardeyah. Dan kadang Mardeyah jadi kakak back up the kakak. Even kembar pun ada karakter dan ability yang berbeza, inikan pula adik kakak gap setahun. Most of the time, dia orang memang macam twin sisters. Main sama-sama, buat benda sama-sama. They grow up sama-sama.

Ada yang tanya, dia orang gaduh tak? Of course laa...they fight for the sake of melepaskan rasa unsecure dengan layanan yang tidak adil from the other party. Contoh adik berdiri depan aircond tapi kakak kepanasan di belakang. So they gaduh la. Adik beradik. Kalau tengah baik, baiiiiiiiik sangat. Kalau gaduh, boleh buat mami turns jadi a lion.

Kakak Maryam, mami paste your grocery list here for you to remember.

Insert *big grin* here. You made my day...




Wednesday 25 June 2014

Monday Blues

Monday hari tu, mami dah masuk kerja. 1st day at work after long holiday. New office means new boss, new colleagues, new subordinates, new environment, new task. Ramai bosses yang cuti today sebab last week they had two big events. Still haven't get my parking lot yet. Early morning had to menapak naik bukit and became all sweat. They are making some office arrangement so i haven't get my room yet. Maknanya, i cannot start to decorate my room yet and have to keep those books and files in the car for a moment la. Nasib baik tadi i tak bawak cushions, flowers and frames lagi. Kalau tak, buat penat je.

One good thing was...

I had my own sweet time. I got myself the 5th and 6th Ratu hijab wear. They had been moved to Bangi Gateway. What do i like about Ratu pieces? Its fabric material. Cotton shawl tak banyak design tapi it is exclusive. Kadang bila kita pergi kedai A dan kedai B we can just simply jumpa design, corak and material yang sama. Pergi kedai C pun ada yang sama. But it wont happen here. Setakat ini cotton shawl yang i beli dari Ratu belum lagi i nampak di kedai lain. Tadi cadang nak beli shawl tapi wide shawl tak ada stock. Then i bought two ninja inners. Soft cotton, tak ketat, colour banyak pilihan and yang penting, tepinya panjang sampai ke bawah tulang pipi.

Last time i ada bagitau i beli shawl @sugarscarf. Tapi tak pandai nak lilit. Satin awning pulak pendek sikit di tepi and kesian me for having round face. Itu tak boleh ini tak boleh. Bila tengok fillanie pakai cantik je. Elok je terletak di kepala dia. Muka dia bujur sirih sebab tu cantik. Awning tu tirus je kat dahi dia. Dia pula petite lady, lilit sepuluh kali pun still she got enough coverage. Tapi i pakai jadi macam ni.

Terpaksa loose kan kat depan nak bagi drapey. Masih tak confident nak pakai pergi kenduri ke pergi office ke. Nampak fragile dan hanya sesuai untuk orang yang lembut-lembut yang tak lasak. I pakai ni sure asyik nak betulkan je nanti.

Ok, habis bab tudung. Yang ni i nak cerita jugak. Walaupun tak ada kaitan dengan tudung. Monday tu i met my school mate, Lin and we had a serious girls' talk. She has not married yet and being single at her age, she could do lot of things. Dengan part time studies, berniaga kecil-kecilan, and will have her own hijab brand soon.

Katanya at this age dia akan lebih berjaga-jaga bila berkawan dengan lelaki especially dengan married men. She takut terbagi wrong signal. We have a few single friends yang dah ada serious relationship dengan married men. We cerita-cerita buat pedoman, bukan gossip ye. Kalau dulu masa budak-budak mungkin kawan begini dah kita bagi warning. Tapi sekarang, up to you laaa friend. Masing-masing dah matured, boleh fikir baik buruk. Kita as kawan ni, doakan Allah bagi yang terbaik buat dia.

For me, nak berkawan dengan suami orang ke, isteri orang ke, biarlah berbatas. Tak sesuai nak bertepuk tampar dengan suami/isteri orang walaupun kita kenal dia lebih lama dari wife/hubby dia kenal dia. Berkawanlah dengan bermaruah. Bermaruah pada isterinya/suaminya, bermaruah pada anak-anaknya, bermaruah pada diri sendiri.

Rasa tak best la nak cerita panjang-panjang bab ni.


Sunday 22 June 2014

I Am My Own Confinement Lady

Hello office!
Tomorrow morning the mami is going to report duty at the new office. A lot of things yang nak kena bawa. Tadi dah load those stuff dalam kereta sebab tomorrow morning akan mula balik rutin biasa. Pagi beribut hantar the darlings and off to work. Tung tang tung tang petang pick them up. Sampai rumah magrib bersilat di dapur dan laundry. Nanti once dah get used dengan rutin ni, i will jot down here untuk ingatan the darlings.

Masuk ofis mesti ada yang tanya, amalan berpantang yang i ikut. Confinement 44 hari. Ramai di luar sana yang anggap confinement ini satu dugaan satu halangan satu cabaran satu paksaan. Tapi i lagi suka katakan yang confinement ini adalah satu pilihan. Pilihan untuk kita tentukan jasmani kita pada masa akan datang.


I pantang kali ini sendirian. Dibantu suami dan anak-anak. Jadi tiada orang lama yang nak memaksa i berbengkung dan bertungku. Jadi i ada pilihan sama ada nak buat semua itu atau tidak. Dan i pilih untuk buat mana yang i rasakan practical dan tidak memudaratkan.

I bertungku everyday without fail. At least sekali sehari tapi untuk tiga minggu pertama i did twice a day. I bakar batu atas dapur gas and balut sendiri guna daun pandan, sirih, kunyit, serai, lemuni, mengkudu. Rumah bau semerbak dengan aroma daun ni. Suka sangat! Sebab tu i tak tinggal amalan bertungku ni.

Bengkung bagus tapi i rasa tak praktikal untuk i. Berpantang sendiri, sedikit sebanyak perlu juga urus kain baju, mengemas mana yang patut, memasak. Jadi bengkung membuatkan pergerakan terbatas. So to elakkan perkara yang mudarat akibat tidak berbengkung, i guna high waist slimming panty. 


Selesa dan rasa macam pakai bengkung. Tapi dua minggu pertama tu i berbengkung juga sebab MIL ada membantu apa yang patut. 

Urut. Benda paling best dalam dunia berpantang ni. I berurut start hari ketiga keempat dan kelima. I repeat balik dua minggu lepas tu. Hari-hari i sapu minyak Herbanika Nona Roguy pada badan. I suka aroma dia. Semerbak satu rumah. Sapu pada kaki then sarung stoking. Berdenyut-denyut tapak kaki sebab rasa hangat. 

Stoking i tak miss. Memang i pakai sepanjang masa. I suka sebab kaki akan rasa moist dan lembut dek minyak. Bau pun wangi. 

Mandi lulur. I buat juga. Beli sahaja lulur di kedai jamu. Ada macam-macam jenis. I beli banyak sebab suka sapu banyak-banyak pada badan. Rasa lega sangat...tapi i tetap rindukan mandian air daun herba. Masa bersalin Maryam dan Mardeyah, tukang urut kampung prepare air mandian ni dalam periuk besar. Peluh lepas mandi tu pun jadi bau wangi! Tapi kali ni tak merasa sebab berpantang sendiri. I yang pilih untuk pantang sendiri.

Jamu dan supplement memang tak miss. I consumed Shaklee dan Nona Roguy. Badan kurang lesu. Air kosong memang kena minum banyak untuk tidak memudaratkan kidney.

Nak minum ais? To me, minum ais berpada-pada. I minum ais juga. Sikit. Coke pun rasa sikit. Curi-curi minum. Tapi kalau tengah makan jamu minum ais, tak ada sedap mana pun. Sebab jamu tu panas. Dan ais tu tajam rasanya. Tekak akan rasa bertambah sakit. Buat apa siksa badan? 

Menu pantang? Ada banyak pilihan. I pilih menu seimbang (konon). I tak ada la makan ikan bilis je hari-hari. I makan ikan. Ayam. Daging. Telur. Sayur. Buah. Menu sihat. I tak ada luka perineum yang perlu dijaga. Tapi picky la juga..tidak la bedal semua. Sayuran yang orang kata sejuk tu, i makan juga. Tapi sikit. Takut mudarat. Dah makan seorang, tak ada nya nak prepare dishes yang fancy-fancy sangat. Ingat rajin ke nak buat masak lemak? Goreng telur mata, tabur lada hitam, ulam pegaga dan kunyit muda, pun dah cukup! MIL selalu tanya i nak makan apa. I tak kisah. Tekak tong sampah. Apa sahaja i makan. Tapi mana yang agak-agak mudarat tu, i tak makan langsung ataupun rasa sikit. Ikut badan masing-masing.

House chores? I buat juga yang ringan-ringan. Ini ikut tahap kekuatan muscle masing-masing. I angkat juga bakul kain, lesung batu, batu tungku. Tapi once perut rasa sakit, belakang sakit, sila faham signal badan masing-masing. Get enough rest. I experienced after pain yang teruk. Cramp kiri kanan perut. So masa bertungku tu, letak lama sikit pada tempat yang sakit. Habis-habis, pain killer kan ada.

44 hari tak boleh keluar rumah? I can not imagine macam mana perempuan boleh stay dalam rumah tak keluar langsung for 44 days. Tapi again, ikut badan. Fahami signal dari badan kita. I keluar juga, pegi kedai, pegi sekolah darlings, pegi KLCC, pergi Giant.

No aircond? I tidur dalam aircond but after two weeks la. Before that tidur berpeluh-peluh. Guna fan. Lagi tak bagus sebab fan bawak habuk and direct blow sebenarnya tak bagus untuk orang berpantang. After all, angin kan benda yang kita nak elak? So, tidur la dalam aircond yang sedang-sedang je. Jangan sejuk sangat. 

Ikat rambut tinggi-tinggi? I suka sebab bila tarik rambut tu ketat-ketat, kulit kepala rasa cekang. Rasa relief sangat. Buang angin, kata orang tua. 

Param and pilis. I tak pakai. Tak suka..

Ada amalan yang i ikut betul-betul sebab i rasa ia praktikal, baik untuk i dan i suka the good thing it brings. Ada amalan yang i tak buat sebab i rasa susah nak ikut dan tidak practical dengan keadaan i. So, baik buruk kesannya nanti, badan i sendiri yang tanggung. Sebab itulah cara yang i pilih. 

Sekurang-kurangnya i have tried my very best to be rational dengan sesuatu amalan berpantang ni. I tak ikut amalan berpantang secara memvavi buta tanpa tahu hujung pangkal sesuatu perkara itu. I ni kelahiran Gen-Y, tak cukup sekadar nak dimomok dengan "jangan" dan "tak boleh".




Friday 20 June 2014

Di Sini Kasihku Tertumpah


I was sitting here, by the lake while updating this entry. Nice view nice weather. Windy and all alone.



This morning i woke up dengan jiwa yang agak kacau. Allah, hantarkan bantuanMu.

Oma and Atuk were here, to fetch my Tokki yang discharged from IJN. From now on  bangun pagi i will not have much time to malas-malas under the blanket. Woke up early tapi tadi tak sempat nak prepare proper breakfast for everybody. And the girls agak cranky this morning but managed to leave the house five minutes earlier. They were sleeping all the way to school. And sepanjang jalan i was thinking of their education. Being a kiasu mom is not easy. Maryam is going to be seven in two  years time. Masih belum decide nak hantar sekolah mana nanti. Primary school in Putrajaya banyak tapi having been in MOE for three years and kadang was terlibat in Edu System thingy, rasa macam our edu system mempermainkan dan mempertaruhkan masa depan anak bangsa. And that membuatkan i keep thinking of hantar them to private school. Duit? Ke mana lah lagi untuk belanja kalau bukan untuk anak-anak. Sekarang ni pun dah begitu resamnya.

And after hantar the three to kindy and daycare, i drove to Ayah Nyah's house to meet everybody there. Nak babai my tokki yang dah nak balik.



Dah tua sangat my opah. Kenangan i dengan opah paling banyak tentang kopi. Sepanjang i membesar, opah to me sangat sinonim dengan rutin bagi makan lembu kemudian kutip biji kopi, jemur kopi, goreng biji kopi, tumbuk guna lesung kaki, tanak gula and masak kopi, blend sampai jadi halus. Sekarang dia dah uzur. Jalan pun kadang meniti. Mata dah tak berapa nampak.



And this morning had a very heavy breakfast. Rumah Ayah Nyah ni menyimpan banyak kenangan i zaman anak dara. Zaman bawa kain baju untuk basuh di sini. And makanan di rumah ini tak pernah sekali tak sedap. Walaupun biskut kering cicah teh o. Sebab itu kenangan i di sini. And i have Mak Nyah yang banyak cerita zaman anak daranya yang sangat kelakau. Tadi pun tak kering gusi i dengar cerita dia. Mendengar seolah-olah i balik ke sepuluh tahun yang lalu.

I wish this maternity leave will never end. My ninety days leave is about to end soon. How time flies! Nothing much i did. Bercuti keliling rumah je. Tak banyak accomplishments sepanjang bercuti. Tak ada pun vacation ke mana-mana. Masa hanya dihabiskan bersama the darlings, you know growing kids punya perangai kan? Ada je nak buat benda-benda weird yang minta our attention. Selebihnya doing housechores yang to me memang tak akan habis. Kerja-kerja mencuci yang tak pernah lah habis. Im going to miss my petite garden (garden ke? Tak..bukan garden).



Entah bila lagi dapat duduk berkebun dari pagi sampai matahari tinggi. Im going to miss masa duduk atas swing sambil perhati this green scenary. Miss having tea kat luar ni petang-petang sambil the girls main.




Banyak benda yang i akan rindu. Walau i tetap duduk di rumah yang sama, tapi masa itu bukan lagi teman.

Semalam i really had a good reason to be tired. I baked three dishes in a row. Lepas tu grilled ayam dara and masak ikan pekasam ala sambal ronggeng. Tapi Atuk and Oma dah kenyang and i felt so sedih bila Atuk pulak yang beria-ia appologized for not makan the nasi.

Butter cookies untuk the girls and the mommy cicah dengan susu.


Also coffee butter cake.


Cake dah macam-macam rupa orang decorate. Tapi i sangat suka cake yang plain macam ni. Kalau the cake itself dah cukul sedap, tak perlu topping apa-apa lagi dah pon dah ok.

I baked crust pizza.


Uli doh sendiri. Tapi sayang, the girls tak makan beria sangat sebab it was crust pizza bukan pan pizza. Tak apa la. Nanti mami belajar buat pan pizza pulak.

Wall deco project tak sempat siap sepenuhnya. Cuma dapat gantung these kufi calligraphy. I like kufi khat.


Yang ini kufi muraba'. Bentuknya empat segi macam geometri. It looks modern tapi sebenarnya khat ini antara yang khat kuno, asalnya dari Kuffah.


This one is diwani calligraphy. Khat ini cursive. Lagi sikit tulisannya lagi seni ia. Yang ni belum siap sepenuhnya. I cadang nak letak wallpaper corak damask di kiri kanan and letak frame keliling. Like this.


I am very particular when it comes to wall deco. I spend a lot of time buat search pasal wall deco, dos and don'ts, this and that. Wall deco item ni banyak dijual. Bawa duit pergi je terus ke Ikea or SSF or Nilai3. Macam-macam ada. Macam-macam gambar, macam-macam jeniS frame ada. Tapi i lagi suka wall deco yang exclusive, it doesnt have to be mahal. Not just something you get from the mall. Yes, dah masuk three series ni i lagi suka tempah sendiri, pilih sendiri the material, tukar idea dengan tokey kedai the artsy in it. Ada exclusivity di situ, walaupun harganya tak mahal. At least, tidaklah deco rumah Cik Esah and rumah Cik Piah sama dengan kita sebab tiga-tiga beli di Ikea!

I got a tanduk rusa from kampung. Atuk bagi hadiah. Belum sempat gantung lagi. Tanduk rusa ni susah nak dapat kat nursery yang biasa-biasa sekitar Kajang Nilai Bangi. Ada pun, harganya cecah RM300! Tadi at Floria Putrajaya Bazaar i found tanduk kijang. Kecil begini pun priced RM350. Telan air liur.


Atuk ambil tanduk rusa tu kat kebun getah katanya. Atuk pesan, tanduk rusa ni makan pisang emas! I was like..what?!? Sebab pisang emas akan mengundang bari-bari, and these tiny creatures akan bring the food the pokok needs. Thank you atuk. Exotic sangat tanduk rusa ni.

Jalan cuci mata di bazaar tadi, i found beberapa exotic plant. Tak banyak. Tapi semua mahal-mahal. Anak pokok orkid hutan pun dalam RM150.

And ada banyak decoration yang guna tunggul kayu like this.


I masih ingat how Oma gigih angkut this kind of tunggul dari dalam sungai belakang rumah my nenek and pacakkan di tengah laman rumah kami. Lepas tu she tanam pokok kerang and rose jepun di keliling tunggul and ikat orkid hutan pada tunggul tu. Sangat cantik. Tapi rumah tu kami tak duduk dah. And the tunggul tinggal tunggul.

Tadi as i was missing my zaman kanak-kanak, i texted everybody dalam our whatsapp group.


Oma replied kata boleh cari tunggul ni kat our kampung. Uwaaa! Rasa nak menangis sebab my cuti is going to end soon!

Then i went to Serdang to repair my court shoes.


Hello office! Uwaaa, rasa nak nangis lagi. Entah kenapa mood swing pulak hari ni.

Tak apa...nah ini! Hadiah untuk jiwa yang kacau...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ni la bahayanya kalau mood swing. Syooooooooh kau syaiton!