Nuffnang

Wednesday 26 June 2013

MBA

Dry subject huh?

Pagi ni I dah wish 3 my colleagues yang dapat promotion. Ilanah ke Gred M48 dan akan ditempatkan di MAMPU, Hanis ke Gred M44 ke JPM, Saiful ke Gred M44 di Kem.Wanita.

Tahniah you all!

Hmm..wish my turn is just around the corner. InsyaAllah...

Of course im pretty sure that i am competent enough untuk naik pangkat. So sementara dah ada momentum ni, tak rugi kalau JPA nak naikkan pangkat i sekarang. KEPOCCI!!! PERASAN!

Tadi i dapat satu call from sorang pakcik ni. Dipendekkan cerita dia cakap hasrat dia call i tu nak tanya kekosongan jawatan M48 kat my division tu apa skop kejenye. Dia kata dia tengah survey tempat utk anak dia yang akan dinaikkan pangkat mulai 1 Julai ni dan akan ditempatkan di KPM.

Oh my! Ayah tolong carikan tempat untuk anak dia, yang. Kalau freshies ke i blh terima. Tapi ni dah Gred 48 kot..nak lead unit yg besar. Do you have what it takes to be a KPSU kalau ayah kau yang carikkan tempat untuk kau posting?

Tak paham. Sampai swkarang i tak paham nak classify kes ni.ok ayah dia sayang dia.

Lepas tu pulak, nak pilih keje yang senang je..nak buat Khidmat Pengurusan. Nak je i wish dia 'welcome to the mad house!'

Ish ish ish.. polan binti polan, kalau betul you la yang posting kat tempat i ni, malang la..sebab i pon tgh cari jalan nak keluar. So, kalau you masuk my division, i pulak keluar, nangis la you! Kang kot tepon ayah mintak ayah carikan tempat lain.

Sarcastic. Sounds sarcastic? Memang hari ni i akan sarcastic. Maybe sepanjang minggu ni i akan sarcastic. Dengan menjadi sarcastic i akan kekalkan momentum high self esteem tu. I kan tengah practice nak jadi KPSU. eps, sorry.. i tengah practice nak maintain kan confidence ni sebab nanti nak pergi interbiu. Yuhhuuuu!

Wish me luck sebab i dah tak tahan kerja kat mad house ni so i apply HLP untuk sambung Master Degree. Kekonon nak ambik MBA...

bye bye bkew!!!



tapi di sebalik itu... i nak juga mba yang satu ni i.e......
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
my-break-away


Tuesday 25 June 2013

saya suka!

Mula jatuh hati dengannya disebabkan after sales service yang sangat cekap. I bukan kaki shopping. I bukan pasang badan dengan those designer brands. I tak ada nine west. I tak ada coach (even yang uptown punye pon i tak ada).

Owh, cerita orang beli handbag ribu riban secara online, i dengar je.. I tak mampu dan yang penting i tak perlukan semua tu. Bukan setakat tak perlukan, tapi tak ada keinginan untuk memiliki.

Ramai yang mengusung handbag designer brands, tapi i think positive la bila diorang kepit coach and drive viva. dont get offended ok.

Dulu. Pernah sekali masa i jalan-jalan dengan Tuan Syed ke Feringgi Walk, I belek juga handbag LV, Coach, Gucci dan lain-lain yang branded (....tapi harga Rm300 je)..

Tapi last nye Tuan Syed bawak i pergi Metrojaya beli handbag Guess. Ye harga lagi mahal dari yang i tgk tadi tu tapi genuine.

Sejak tu i agak (agak je la) Tuan Syed tak suka i jadi plastic, pakai barang tiruan semata-mata nak bergaya. Ok..untung i ada dia. Kalau tak...i jadi la orang yang bawak Gucci besar nak mam tapi cap ayam.

I memang tak suka shopping kecuali beli baju anak-anak. Beli kasut anak-anak. Dan beli kasut i sendiri. Kasut memang i memilih yang selesa.

Tapi i rasa i dah mula menyukai yang ini.

Bukan. I bukan mencarinya sebelum ini. Tapi diperkenalkan oleh Tuan Syed.


Kebetulan hari ni payday. Kebetulan.

Sunday 23 June 2013

time flies.. but the memories?

Firstly, i place my highest hope (at this moment) kepada Allah s.w.t., hoping that i will be blessed to have Tuan Syed around during this coming Ramadhan. InsyaAllah..

Secondly, i should bring Maryam and Mardeyah's drawing to somebody experts in psychology studies. Just to have a second opinion on their behaviour. Sebab recently a friend of mine noticed a symptom of dyslexia from her kid's drawing.

It doesnt mean you have a problematic child, when you go and see a psychiatrist. But itulah taboo dalam masyarakat kita, Melayu esp.

No. The drawing is not an issue. Though i noticed that Maryam has starting to draw tear drops in every face she draw. Ok. it is just a drawing. Her creativity. One step ahead, dia dah tau manusia harus ada perasaan. but again, i just need a second opinion. That's it.

You know, im gen-Y. my strength is to find reasons. So, this seems to be an alternative for me to know my children even better. Tak salah.

Kids do well in their school, of course when you are not around, they can do far far better than at home. Believe me, kita macam tak percaya anak kita saaaaangat independent saaaaaaangat behave bila kita takde or bila diorang dengan orang lain.

It's just that, they need our attention. Single attention. Thats why diorang sengaja taknak behave when we are around. After all, kita ni mak bapak diorang kot...takkan dengan org lain diorang nak buat perangai,kan? Of course dgn kita je diorang nak ngada nak manja. sebab kita ni their parents. Sebab tu Allah bagi kita tanggung mereka untuk kita jawab di akhirat sana nanti.

Takut pulak bila fikirkan dosa selama ni. Waktu penat, asyik fikir penat diri sendiri je..without thinking that dalam penat dan payah, setiap tanggungjawab tu ada pahala, subject to kita jalankan dengan penuh rasa ikhlas dan amanah.

Astaghfirullahal azim..

Kids...im sooo sorry for my imperfect parenting style. Im learning. Let me learn to be you most wonderful mother..

Masa korang still babies, mami kadang mintak moga cepatlah kalian besar dan pandai berdikari.





...yes kids, you are a big girl now, think big, act big...you can do anything like an adult

but off all these...

 i actually missed the time we were close to each other, 
skin contact, 
enjoying our precious breastfeeding moment...





Wednesday 19 June 2013

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...I am at the lowest point of my life...

Tuesday 18 June 2013

Cerita Teman

Dulu kami berempat selalu bertukar cerita suka duka berjauhan dengan spouse. Wan dan Rjdy tanpa isteri di sisi. I dan Zana tanpa suami. Mind you, Wan dan Rudy membujang, kira ok la. Tapi I dan Zana, kami mak orang ni mengasuh anak dengan L.E.T.I.H sekali tanpa apak depa.

Tapi Wan dah bertukar ke Penang, teman isterinya mengasuh dan membesarkan anak bersama-sama.

Rudy masih membujang. Melaka tidak lah jauh. Pagi Isnin pon masih sempat sampai Putrajaya.

Dan Zana, Alhamdulillah. I tumpang seronok sebab husband dia dah transfer ke Putrajaya right after dia habis berpantang anak keempat.

Dan mulai itu, tiada lagi kedengaran "Ya Allah, orang tengok aku kat kedai makan dengan anak-anak ntah macam hapa dah ni"

Semua cerita suka duka (duka lebih kot...) dah senyap. Jadi kenangan.

I dah tak ada teman berbicara meluah rasa.

Sekurang-kurangnya mereka pernah sempat berkongsi cerita itu.

Ya, dulu kita sekapal. Sekarang kapal kita dah berpecah. Haluan masing-masing.

Masing-masing punya cerita hidup baru.

Cerita dulu, kami masih simpan. Pengalaman yang kami lalui. Kami sahaja yang rasa.

Allah berikan kami merasa pengalaman itu. Allah bagi kami rasa pahit manisnya. Allah uji kami sampai tak terdaya. Sampai rasa nak surrender.

I terus rasa pengalaman itu. Terus diajar untuk bertahan. Terus sabar. Tapi i tak kuat. Kerja di pejabat makin banyak. Tak pernah habis.

Dan cerita ini tak akan pernah habis. Ini bukan hikayat. Ini bukan fantasi.Tapi I selalu berimaginasi, ada suami di sisi. Kami laki bini membesarkan anak bersekali.

Imaginasi yang hanya Allah sahaja yang faham. Walaupun keluarga sendiri, ipar duai sendiri, tak akan faham.

Bila mana selalu terjadi I bersendirian bawa anak makan malam, akhirnya jadi begini.

Anak-anak,
jangan pernah ingat semua ini.
Kerana ini bukan pengalaman kamu,
Tapi satu pengalaman bagi mami.


Thursday 13 June 2013

Laut

Laut sering digambarkan sebagai simbolik sesuatu yang besar, luas, challenging. Maka itu kita katakan "kan kuharungi lautan nan biru", "cinta seluas lautan", "strategi lautan biru" dan sebagainya.

Ungkapan yang paling menyentuh perasaan..."bumi dengan langit kelihatan terpisah jauh tapi mereka sebenarnya sangat dekat, hanya dipisahkan oleh satu garisan sahaja.."


Lokasi: Pantai Tengah, Langkawi

Kata orang, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Impian Tuan Syed, inginkan sebuah rumah di tepi pantai kerana tersedia dengan rumah itu irama ombak. 


Ombak dan pantai. Simbolik kesetiaan. Betapa ombak tak pernah lupakan pantai dan betapa pantai setia menanti ombak.


Soul Sisters.

Pinjaman dari Allah S.W.T kepada kami untuk kami merasa dipanggil ibubapa. Untuk kami jalankan tanggungjawab dan mengumpul pahala sebanyak yang mungkin. Saham kami di akhirat nanti. insyaAllah.

Maryam dan Mardeyah. Ketawa bersama, menangis bersama. Teman bergurau, belajar, bermain. Teman bergaduh pun ya juga.

Lokasi: Makam Mahsuri, Langkawi

~Entry orang miskin, pergi Langkawi tak shopping apa-apa pun...hanya bawa anak-anak jalan-jalan mencari ilmu dan pengalaman. Itu sahaja~




Thursday 6 June 2013

Fast & Furious

Ramai yang telah menonton Fast & Furious 6 rasanya.

Kami hubby wifey seawal hari pertama lagi dah pergi ke Signature Mid Valley untuk L.A.Y.A.N..

I memang suka kereta. Pernah Tuan Syed tanya "B nak kereta apa?"

Soalan ni double meaning. Pertama, boleh bermaksud kereta yang kita NAK dan MAMPU beli. Kedua, sekadar kereta yang kita mampu IMPI.

So i jawab "Cayenne pon dah cukup rasanya..."

Tuan Syed telan liur.

Ceritanya i suka kereta ni ala-ala menurun dari ayah la. Dia minat Alfa Romeo. Nak beli new Alfa tak mampu..so dia kumpul Alfa second hand. Alfetta, Alfa 75, Alfa 155. Tapi dia ada ilmu pasal kereta ni, so kalau ada problem, dia akan fix sendiri.

Seawal Form 3, dia ajar i pandu Alfetta. Bukan auto transmission tau, mind you! Dan bukan power steering!

Kami ke padang bola di Institut Latihan RISDA Padang Rengas (sekarang Kolej Risda) dan dia train i di situ. Ye, i memandu secara illegal sampai la umur layak ambil lesen. Tapi tidaklah memandu di jalan raya.

Cuma pandu dalam kawasan perumahan je...

Ayah memang kaki tekan. Tapi sekarang dah kurang sebab faktor umur. So, fast & furious ni kira dah sebati la dalam diri i.

Perasaan?

Tidak takut?

I suka merasakan adrenalin tu mengalir. Suka rasakan degup jantung sendiri. I suka challenge myself, overcome the fear.



Paling penting: Baca doa dan pemanduan berteknikal.

I tak suka gunakan pemanduan berhemah. Manusia tak perlu diajar pemanduan berhemah sebab untuk jadi berhemah, kita perlu beradab. Untuk memandu secara berteknikal, kita perlu belajar dan cari pengalaman.

Ramai pemandu yang berhemah tapi tidak memandu dengan bertenikal. Tidak faham handling sesebuah kereta. Panik bila berlaku emergency.

Contoh perbezaan antara pemanduan berhemah dengan berteknikal, pemandu berhemah ni sangat berhati-hati, sampaikan dalam corner pon dia tekan brake, jalan straight pon sikit-sikit brake. Lepas tu, waktu hujan dia pasang hazard light.

Tapi pemandu berteknikal ni dia akan brake sebelum ambil selekoh, bukannya dalam selekoh sebab kereta akan membuang.

Zaman sekarang ni ramai yang boleh memandu, tapi ramai juga yang memandu secara berhemah tapi berbahaya.

Pendek kata, belum cukup pengalaman. I pon bukan banyak pengalaman, masih memahami dan mencari.

I ni perempuan. Tapi memandu semacam lelaki.

**Entry sempena Father's Day**

~Men sometimes inspire me a lot! (Yes, they are my dad and hubby.)