Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah syukur Ramadan tahun ini menjadi berbeza dengan Ramadan saya bagi tahun-tahun lepas. 1 Ramadan, buat pertama kali dalam hidup ini saya berpeluang menjejakkan kaki ke Masjidil Haram, pertama kali dapat melihat yang selama ini hanya dilihat di atas sejadah. Allahu Akbar.
Ibadah Umrah pertama tertunai pada 1 Ramadan. Allah... tawaf pusingan pertama, kedua, ketiga lidah ini bagaikan kelu untuk melafaz kalimat, segalanya dituturkan oleh hati.
Ramadan Kareem di Tanah Haram - jauh bezanya nak dibanding dengan di negara sendiri. Tidak pula bersibuk-sibuk dengan menu berbuka. Bersahur seadanya, apatah lagi berbuka. Tidak juga disibukkan dengan urusan dunia. Rutin diatur mengikut waktu solat. Menapak keluar saja dari masjid, terus berkira-kira jam berapa ingin kembali ke masjid semula. Allah...
Bagi yang pernah dan biasa ke sana pasti merasai dan merindui suasana itu - keluar dari masjid walaupun untuk ke tandas cuma, semacam satu kebimbangan besar kerana potensi untuk dapat masuk semula amatlah tipis.
Iftar di Masjidil Haram - ini cerita saya. Dua ke tiga jam sebelum iftar saya berjalan ke masjid. Ramai yang berpusu-pusu dengan saya dan ketika itu, sebahagian lorong ke masjid telahpun disekat - barangkali siapa yang lewat tidak akan dibenarkan masuk ke masjid kerana sudah terlalu penuh, padat. Saya sempat singgah membeli nasi beriyani dan jus mangga untuk bekalan iftar. Sampai di sekatan dataran masjid, baru saya tahu nasi serta makanan berkuah tak dibenar dibawa masuk ke masjid - tapi diminta duduk di dataran luar daripada dataran masjid - mungkin saya patut beli kebab saja tadi. Nasi atau masjid? Saya pilih untuk masuk ke masjid tanpa nasi. Dapat bolos ke dalam masjid - selesai satu bab.
Di dalam masjid - mencari ruang kosong untuk duduk iftar dan juga solat adalah satu bab. Maka kerana itulah ruang kecil sempit di celah-celah tiang, celah rak, atas tangga, tepi dinding, juga menjadi suatu nikmat yang disyukuri. 1 Ramadan, saya dibuka jalan dan dipinjam Allah ruang solat di belakang tong air zamzam. Itu juga rahmat Allah.
Sejam sebelum iftar, ramai yang mula bersedakah. Kurma dan tasbih - itu paling banyak bertukar tangan. Pesta sedekah yang sangat meriah. Dan saya yang masuk ke masjid tanpa makanan ini akhirnya merasai pemberian itu. Secawan kurma digaul habbatus sauda dan jintan manis, seperdua butter cupcake, sepertiga roti kosong - doa saya yang tak punya apa untuk disedekah ini, semoga Allah berkati mereka-mereka itu. Dan menu iftar paling nikmat untuk hari pertama Ramadan - air zamzam sejuk. Saya minum bercawan-cawan - penawar dahaga, penawar lapar, hingga saya lupa nasi beriyani yang dari tadi diingat-ingat. Syukur... Allah cukupkan apa yang perlu bagi saya.
Selesai solat saya pulang ke hotel. Singgah di kafe untuk mendapatkan air panas. Makanan iftar yang disediakan hotel masih berbaki - nasi beriyani kambing. Tak sangka rupa-rupanya rezeki beriyani saya di situ :-)
Allahu Akram...
Nuffnang
Monday, 4 July 2016
Wednesday, 15 June 2016
Ulangtahun Perkahwinan Ke-8 : Rasai Cinta Itu
Assalamualaikum wbt
1 Jun 2016. Hari yang sungguh istimewa bagi kami suami isteri. Lapan tahun yang lalu kami dinikahkan. Lapan tahun bersama-sama, bercinta dan berkasih sayang, berkongsi segala cerita, impian, cita-cita, suka duka, gelak ketawa, tangis air mata. Lapan tahun melengkapkan kehidupan dengan pelbagai ujian dan dugaan - nikmat, rahmat, kesabaran, keihklasan, kesukaran. Lapan tahun mendidik jiwa kerana sebuah perkahwinan jarang sekali didasari oleh persamaan, tetapi mengajar kita bagaimana harus kita meraikan perbezaan.
Untuk abang yang tersayang, selamat ulangtahun perkahwinan ke-8.
Semoga Allah rahmati dan berkati perkahwinan kita, moga ikatan cinta kita dipanjangkan Allah hingga ke syurga. Amin...
Terima kasih untuk hadiah anniversary yang paling bermakna dalam hidup - kad undangan sebagai tetamu Allah. Syukur Ya Allah, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik, diselamatkan perjalanan pergi dan balik. Pada hari ulangtahun perkahwinan, kami suami isteri berangkat ke Tanah Suci. Alhamdulillah, dipinjamkan Allah ruang dan masa untuk berdua-duaan, berjalan beriringan, berpimpin tangan. Bercinta dari Madinah Al-Munawwarah hingga ke Makkah Al-Mukarramah.
Allahu Akram... indahnya saat dan detik itu. Saat merasai cinta itu hidup, saat merasa nadinya sentiasa hangat berdenyut, saat saya pasti cinta itu benar-benar bernyawa.
Tuesday, 26 April 2016
Weekend Retreat at St Giles The Gardens
Semenjak meningkat usia ni, bila saja terpandang gambar macam kat atas tu automatik jiwa rasa tenang je...rasa relaxing sangat. It is a signal yang badan akan dapat unwind, peluang untuk berehat, untuk baring tanpa berbuat apa-apa, untuk bergolek-golek atas katil tanpa hala tuju. Yes, i really love that kind of liburan.
Lepas balik dari Grand Lexis, kita beralih ke percutian kota. Ke Mid Valley kita, jom! Mommy a few days before that dah bersuara nak ke Zara membeli pants. Sangat overwhelmed bila tengok dalam Instagram Dr.Halina, dia pakai Zara white pants tu. So, let's steal her look! Gitu bahasa orang zaman ootd ni...
Suka this place sebab attached to Gardens Mall and Mid Valley Mega Mall. What a perfect location! Sebelum ni pernah stay yang bilik biasa tu. Tapi this time, the walid choose a studio apartment. It was very spacious and comfy.
It has a living hall with balcony attached. Luas dan budak-budak sangat suka berlari, melompat-lompat dan bermain sembunyi-sembunyi.
A domestic mommy sangat jatuh hati pada ruang ini. Cozy kitchen, snugly warm and comfortable. Complete with fridge, Fagor induction cooker, oven, microwave oven, kettle.
Terus rasa nak main masak-masak kat dapur cantik ni. Feeling macam masak dalam tv!
Provided dengan dinnerware and cookware nya. Sukanya!! Kak Nora bagi lima bintang!!!
A large bedroom, enough for six of us.
Ada daybed sofa. Tuan Syed bagi hint sofa ni practical, boleh beli satu. Ok, now please bagitahu kat mana nak beli daybed sofa yang macam ini. Sebab mostly yang i jumpa tempat sandar tu yang adjustable boleh buka jadi katil. Unlike this one, seat tu yang boleh adjust, dan dia lie flat atas lantai macam tilam. Perfect untuk anak-anak kecil kami bergolek-golek di siang hari sambil nonton tv. Idak le ada yang tergolek jatuh ke lantai.
Modern bathroom. More than enough.
Time constraints make it impossible for us nak bawa anak-anak ke swimming pool. So, bath tub will do anyway...
The walid turun dulu membawa yang tiga bermain di Kids eWorld. The Mommy ootd dulu sementara tunggu Aunty Nabila sampai. Minta dia datang temankan kakak jelita ni ke Zara untuk misi white pants nya. Eh, masa tu Zara ada Mid Season Sale rupanya... dapatlah outfit Abdullah dua pasang. Ok, mission accomplished!
On the way nak balik ke apartment, lets singgah Cold Storage membeli bahan-bahan untuk main masak-masak. Seronok nya masa tu, tak sabar nak fefeeling masterchef! So, hasilnya, pagi tu kita breakfast dengan Instant Pizza - merasa lah guna Fagor ni...
Jakun sangat ni, memasak guna induction cooker. Terus rasa macam hebat sangat, padahal masak maggie je. Hahahahhaah!!
Ni nampak la hebat sikit. Beef steak. I bought marinated sirloin di Cold Storage. Boleh tahan la rasa dia.
Karnivor ye, kita. No veggie sebab lupa. Excited nak try induction ccoker je sebenarnya. Iye lah... orang kampung... Boleh masuk wishlist nih! mihmihmih!!
We really had a fun weekend getaway here in KL. Anak-anak dapat main, mommy dapat shopping, dapat masak, dapat tidur golek-golek. I do love this kind of short breaks. Because sometimes it can be great, it turned out to be relaxing and less stressful than a longer holiday.
All credit goes to the walid! Thank you, dear...
Nanti kita OOTD dengan Zara white pants tu ye. Belum sempat pakai lagi sebab kata temanya 'steal her look', so kena lah teruskan misi mencari top yang sepadan pula after this! Tapi hari tu ternampak Scha Alya pun pakai pants yang sama macam tu jugak. Terus... jiwa rasa gelora!
Saturday, 23 April 2016
Sweet Treats
Ladies, you all pernah tak, bila beli barang baru tanpa pengetahuan husband, tiba-tiba rasa takuuuut sangat nak tunjuk kat dia?
Hari tu, nak jadi cerita, satu hari Ahad tu Tuan Syed pergi office nak ada urgent task. Dia bawa the sisters sekali, i know, his attention supaya i dapat berehat di rumah. Betul, memang i berehat, bergolek atas katil dengan the boys. Kalau boleh, rasa macam nak bawak makanan sekali naik makan kat bilik, sampai macam tu lah tahap malas nak buat apa-apa dan nak berehat punya pasal.
Sambil bergolek-golek tu, i sempat lah khatam magazine Women's Weekly. Dah lama rasanya tak beli magazine bukan-bukan macam tu. Mana tak nya, dari front page sampai lah ke last page, banyak sangat bisikan syaiton. Semua benda nampak cantik. Kasut, handbag, baju, accessories, whooaaaa!!!! Tengok sambil terkebil-kebil bijik mata tau!
Petang tu terus i text the walid, i nak ke KLCC. Nak window shopping kononnya. Vitamin hokeyy!!! Hhahahahahha!! Tengok handbags pun macam satu motivasi tau! Kira ok la tu perempuan cuci mata dengan window shopping - tengok kasut, handbags, baju... Kalau lelaki, istilah cuci mata dia, ke lain!
Tapi, malas tahap melampau, lepas Asar, sambung golek lagi. Sampai Maghrib, bergolek lagi. Kalau dah pukul 8 malam, nan hado la KLCC nye... So, tukar plan, kita ke Mitsui. Situ pun boleh la...takat nak cuci mata. Cuma situ tak banyak la premium brand.
So sambil jalan-jalan tu, 'ter' lalu depan Aigner. Tiba-tiba 'ter'nampak handbag yang i tengok dalam magazine tadi tu. Lepas tu 'ter'jatuh cinta. Panahan dia tu...sampai i 'ter'beli dan bawa balik tanpa rasa bersalah. Walau pun dalam hati, dah pesan dah ''be afraid, erda, be very-very afraid..." sebab tak bagitahu pun kat Tuan Syed.
Sampai rumah terus simpan dalam wardrobe. Hari apa entah, Selasa kot, baru start transfer barang-barang ke dalam handbag baru. So, itu lah first time i officially guna handbag baru tu. Dan nak jadi cerita, tengah hari tu, i keluar pergi ASB ada urusan. Tuan Syed baru habis meeting di Putrajaya, dia call tanya i kat mana. So, dia kata dia nak datang situ ambil Maryam. I tunggu depan lobby ASB. Tiba-tiba i teringat yang handbag kat tangan tu handbag baru. Hahhahahah!! Kantoi!!
Puas lah i cuba sorok-sorok kat belakang badan. Dia tak tanya lagi. Dia cuma tanya, nak Starbucks tak, dia nak pergi belikan. Cuaca pun panas-panas masa tu, memang sedap lah pekena benda-benda yang chill macam tu. Then dia bawak Maryam pergi Starbucks, i masuk balik ke dalam. Tiba-tiba dapat message from him "Handbag baru ke?" ***PITAM***
Walaupun dia tak ada depan mata, tapi terus muka i rasa kebas-kebas. Korang pernah tak rasa macam tu? Terus rasa lidah macam tebal, tangan rasa macam seram sejuk. Macam ada butterflies in the stomach gitu!!
Sampai kat office, i sent him this photo - thanked him for the sweet treats.
Sweet treats come in many ways, everyone. Having artificial orchids to replace last year's anniversary bouquet also considered as sweet treat.
Having my very first fuchsia color lipstick also considered as sweet treat.
Window shopping at the nearest SSF juga satu sweet treat.
Rasa bahagia je tengok deco cantik-cantik ni. Vitamin, everyone!
Cuci mata di kedai carpet Nilai 3 juga vitamin.
Vitamin ni tak semestinya mahal. Like this young lady, she managed to get this two necklace dari free market - juga a sweet treat for her!
Yang mustard yellow tu tetap sweet di mata mommy. A significant piece!
Friday, 8 April 2016
Artsy Me
Hari tu masa i buat spot check beg sekolah, i terjumpa lukisan Maryam yang ini. I syak lukisan ini dia buat dalam waktu senggang. Lukisan ni buatkan i gelak sendiri sebab lukisan ni nampak penuh dan padat dengan manusia sampai i kena bilang satu-satu and "Ok, cukup enam!". Ini menunjukkan umat dah ramai sampai tak boleh nak pastikan hanya dengan sekali pandang yang ini adalah gambar my family. Maryam memang suka melukis, suka mewarna, sukakan arts and hand craft.
I pernah terfikir nak hantar dia masuk mana-mana kelas arts ni. Sangat minat bila baca testimoni Global Art. Dulu masa dia umur tiga tahun, pernah cuba-cuba hantar dia ke Abracadoodle kat Presint Diplomatik, Tapi sekarang dah tak ada dah. Kelas tu memang agak costly tapi sangat bagus untuk meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak, membantu brain development kanak-kanak, dan juga dapat develop artistic skill diorang. Chewaaahh! Macam la Maryam pergi kelas tu setahun. Sempat beberapa kali je kot rasanya. Tapi bila dia balik and bawa bersama art material yang dia buat kat situ, rasa kagum sangat macam "Waahh! Berbakat besar rupanya anak mami ni!"
Kalau sebelum ni i beria-ia propose to the walid nak enroll kan Maryam ke KUMON - konon nak dia jadi advance dalam Maths, brilliant, genius, dalam kepala ada banyak mentol bernyala-nyala *ting*ting*ting*
Tapi sebenarnya Maths dia pun not that bad. Nak advance sangat tu nak ke mana? Nak hantar dia ke Oxford umur dua belas tahun ke? Nak suruh dia kira duit berbillion-billion masa umur sepuluh tahun ke? Nak suruh dia kira isipadu rumah isipadu peti ais masa umur lapan tahun ke? I tahu, sampai masanya nanti this kiasu mommy akan hantar juga anak-anak ke tuisyen class yang macam tu. But not now. Untuk umur tujuh tahun enam tahun macam Maryam Mardeyah ni, i bagi discount la dulu, tak payah dikerah otak tu mengira sampai quadrillion, quintillion lagi... To me, they still need fun atmosphere. Maths homework yang teacher bagi sekarang ni pun dah memadai i rasa.
So satu hari tu i pun propose la kat Tuan Syed untuk hantar Maryam Mardeyah ke Global Art and guess what??! The walid luluskan, bersyarat "...kalau dia minat".
Look, syarat dia ialah minat. MINAT tau, MINAT. Ni dia dok melukis kalau ada free time ni, lukis-lukis kat dinding, terlompat-lompat bila diajak buat craft, buat birthday card, itu pun dah menunjukkan MINAT kan? Nak bagi nampak lebih MINAT tu, i tanya Maryam nak pergi tak art class. Dia jawab, "Nak!" So, boleh consider dia minat ke tak ni?
Ok, cepat-cepat i masukkan this Global Art thingy dalam wish list. Dengan harapan anak-anak mami nanti akan kreatif belaka macam mami dia. Hhahahahah!!!
Saturday, 2 April 2016
Banana & Date Oat
Assalamualaikum. Happy lazy weekend peeps!
Lazy means...lazy. Last night Tuan Syed came back and asking me what am i gonna do today, i gave him no answer. He did ask whether i want to go shopping, i gave him silence. I wanna just stay at home but at the same time rasa nak juga ke any shopping mall to reward myself with a new outfit at least.
Tapi malas tahap mana sekalipun, a domestic mommy takkan terbongkang lama atas katil. Sekurang-kurangnya she will keep thinking on a pile of laundry, mess in her kitchen, dying plants asking for rescue, stocking up baby food and the list goes on...
Out of sudden, my Annabel Karmel mode is on!
There you go, Banana & Date Oat! Nyamms!
Rolled oat dikisar dulu sebelum dimasak. Quick cook oatmeal ni senang dimasak, tambah air panas and cook for three minutes.
Kurma tu dibuang biji dahulu then letak dalam saucepan, tambah air sikit, cover the pan then masak dengan api perlahan sampai kurma tu soft and tender. Kemudian finely blend then campurkan ke dalam oat yang dah dimasak tadi. Kupas pisang then lenyekkan, and then campurkan sekali ke dalam campuran oat and date tadi. Stir well and serve!
Tak reti nak posing kan pisang ni. Hahahahah! Not bad la untuk amateur macam i ni kan..?
Stock up the remaining dalam baby food container and freeze.
Rasanya manis-manis kurma dan pisang. Oat ni bagus tapi kalau nak bagi baby makan oat ni kena cuba dulu sikit-sikit sebab oat ni boleh trigger kahak. Baby yang ada asthma kurang sesuai diberikan oat, tapi better consult dengan paed dulu.
So far, untuk Muhammad ni i dah cuba bagi makan oat banyak kali. Selang seminggu ada je food berasaskan oat untuk dia. Dan i mix kan oat tu dengan macam-macam jenis fruits. Entah, dah semacam satu stigma- rice je mesti kena mix dengan sayur-sayuran, oat je mesti kena dengan buah-buahan.
Tak kisah la...janji 100% homemade with loads of lazy mommy's love!
Friday, 1 April 2016
Maryam Turns Seven
A few days ago, my Maryam celebrated her seventh birthday. S.E.V.E.N. This simply means that the mommy celebrated her seventh year of mommyhood too! It's hard to believe that it's been seven years now since the first time i signed on to be a mother, the first time i've been introduced to the twenty four seven shift - being a mother, everyone, that's the only shift they offer you! Seven years, what a bittersweet journey! And i am still figuring out on this mommyhood...
Being a little diva, my young lady was super duper excited to celebrate her birthday, she kept counting days, day to day kept reminding us on this, requesting for birthday present and what not!
I was not thinking on getting a birthday cake for her, sebab usually one whole cake ni tak habis pun dimakan kami berenam. So, on the day itself, i went to the nearest bakery to get this easy single serving dessert untuk dimakan dengan kawan-kawan. To make it outstanding sikit, mommy googled birthday and good-manner stickers tu then print and tampal one-by-one. Gigih la mommy buat sebab anak yang seorang ni detail dia lain macam sikit!
The walid pun pening nak belikan dia hadiah apa. Fikir punya fikir, he then decided to buy a watch - a Barbie watch. Habis hati la...
A few times she asking for Lego - nak yang ada castle and princess tu. At first, mommy was reluctant to buy one sebab what i remember most about lego - IT HURTS!!! If you are a mom dealing with lego bricks everyday, you know how it feels. It is a prefect booby trap, everyone, it makes us scream and yell in agony. Bravo, kids!!
Other than that, the mommy kurang suka with this kind of boring lego selection - it limits the kids' imagination. With the specialized bricks they could only build things from the provided instruction. Sel-sel otak tak berhubung. This kiasu mommy prefer Lego Classic where they provide all the basic lego bricks - yes, they still can build up to models suggested in the instruction, and the rest, up to their creativity! Sel-sel otak berhubung, gitu...
Makanya...
There, LEGO Classic for your seventh birthday, young lady!
Mommy and Walid wish you a happy life and a journey full of success.
May Allah bless you with so many more!
Subscribe to:
Posts (Atom)











































