Nuffnang

Thursday 29 January 2015

Tak punya kudrat


Si teruna sudah memanjat laju. Rasa macam baru semalam je peluk dia dalam labour room. Berdiri pun sudah hampir tegap. Badan tak tinggi tak rendah. Tak gemuk, tak kurus. Kulit tak putih tak gelap. Semua sedang-sedang saja. Cuma tenaganya begitu extra. Hampir kebanyakan hari, masih nak bermain di tengah malam selagi lampu belum dipadam. Memang begitu kata orang, anak lelaki ni tenaga nya tak pernah habis. 

Tapi i rasa, semua kanak-kanak pun begitu, baik lelaki ke, perempuan ke. Sebab tenaga mereka boleh diumpamakan macam letrik yang kita terima kat rumah. Dari power plan, tenaga tu tinggi dan untuk masuk ke rumah kita, tenaga tu perlu reinforce sikit demi sikit. Macam tu jugak lah dengan budak-budak. Tenaga mereka banyak, dan makin besar makin tua, tenaga tu makin habis. Sebab tu sekarang ni i rasa tenaga i dah separuh berkurang daripada tenaga i masa budak-budak. Logik akal la, kalau i hidup sampai 64 tahun, separuh daripada umur tu, tenaga pun separuh dah berkurang. 

Sebenarnya nak bagitau, sekarang ni i mengantuk sangat. Menguap lapan puluh kali, mata berair-air tahan mengantuk. Badan rasa nak rehat. Tapi bila fikir balik, tak sanggup rasanya nak biar kain baju menggunung tak berlipat. Walaupun rumahku tak lah rapi, disapu dua kali sehari bagai rumah orang ada maid, kurang-kurangnya tidak lah macam tongkang pecah. 

Sebab pada i, kalau nak berehat, tunggu masuk kubur nanti. Ok dah la merepek tu, jom balik lipat kain. Mak nak try pressure cooker baru. Dah bertahun-tahun bergelar isteri ni, tak pernah ada pressure cooker. Sebab tu selama ni masak tak sedap. Cewah! Ni la first time beli. Beli yang paling murah je. Kononnya pressure cooker ni memudahkan kerja memasak. Jom kita bereksperimen. Zaman sekarang ni, kalau agak-agak tenaga tu dah macam tak berapa nak ada, tak usah lah dibazirkan begitu sahaja. So, invest la kepada home appliance yang boleh menjimatkan tenaga dan masa anda. Supaya baki tenaga dan masa yang ada boleh dimanfaatkan bersama yang tersayang.

Sekian, mak membebel pasal tak ada kudrat, tapi sebenarnya nak bagitau tadi pegi beli pressure cooker baru!

Saturday 24 January 2015

Bergaduh dengan mesin blower daun

Siapa kenal benda ni? Mesin blower daun.
Mesin ni memudahkan kerja-kerja menguruskan sampah sarap daun kering di taman, kawasan perumahan. Tak ada lah tukang sapu membuang masa nak sapu daun kering dah. Cuma blow kan aje.

I start tau benda ni masa duduk Putrajaya. So sekitar jalan raya dan lorong-lorong rumah nampak bersih saja daripada daun-daun kering yang mencacatkan pemandangan. I memang kagum dengan pencipta mesin ni. Cerdik akal dia. Sangat innovative.

Tapi. Ada tapi tu.

Masalah mula timbul bila ada pekerja yang mula culas dan curi tulang. Ye, daun-daun kering atas jalan semuanya clear. Tapi sebahagiannya terbang masuk ke depan pintu rumah. Rumah Putrajaya mana ada gate untuk membataskan ruang privasi kita dan ruang kerja dia.

Hampir tiap kali i rasa penat menyapu daun kering di kawasan porch. Tapi balik kerja, porch kembali penuh dengan daun. Pelik bin hairan, atas jalan bukan main clear dan bersih. Kalau waktu ada di rumah, bila dengar bunyi blower tu, i siap-siap standby berdiri depan pintu rumah macam mandur. Just to make sure diorang tak blow daun tu menghala ke dalam kawasan rumah. Betul. Kalau buat macam tu, tak ada pula porch tu penuh daun kering.

Sekarang dah pindah Enstek lega lah sebab rumag ada gate, dan tak ada masalah blower ni. Sampai lah satu hari tu, lebih kurang dua minggu ni. Tiap kali balik kerja i pelik sebab daun kering pokok akasia tu penuh depan pintu rumah, sampai celah pasu ada, bawah shoe rack ada. Setahun ni, tak ada la dahsyat macam tu. Setakat sikit-sikit terbang dibawa angin tu biasalah. Kiranya kalau seminggu tak menyapu, tak ada lah sakit mata.

Tapi yang dua minggu ni, i fade up nak sapu sampah sebab keesokannya kembali penuh depan pintu. I bersangka baik. Mungkin cuaca kering, daun banyak luruh. Thats why penuh daun kering yang luar biasa.

Dan hari ini menjawab segalanya. Rupa-rupanya ada juga blower digunakan di sini. Yang pagi tadi, pekerja Bangla. Tanpa rasa bersalah dia blow daun menghala ke celah-celah paku gergasi dan ixora i yang di luar pagar, sebelum dia perasan i berdiri memerhati. Dengan penyapu di tangan.

Thursday 22 January 2015

Latih anak membeli

Semalam ada terbaca satu artikel yang dikongsi seseorang dalam fb tentang pengusaha kantin sekolah menganiaya murid-murid.

Katanya, ada pengusaha kantin yang tidak memulangkan baki wang murid. Ada yang menjual air sirap segelas seringgit, murid bawa lima puluh sen hanya dapat setengah gelas sahaja. Ada murid yang membawa bekal ke sekolah tidak dibenarkan makan di kantin. Ada pula yang gunakan ayat "dua singgit" instead of "satu lima puluh sen" dan murid tu end up dengan membeli dua ketul kuih sedangkan makan hanya seketul saja. Ada murid yang beratur panjang dan bila tiba turn, makanan habis. Ada yang bila tiba turn dapat makanan, loceng dah berbunyi dan murid masuk ke kelas tanpa makan. Ini part paling sedih. Ye lah, murid darjah satu, mesti bila dengar je bunyi loceng dah kalut nak lari masuk kelas takut nanti kena denda kena marah dengan cikgu kena marah dengan prefect. Itu yang dia sanggup tak makan dan terus lari masuk kelas. Alahai...kesian la, anak sapa la tu... 

I ni memang pagi-pagi suara macam petir bila anak-anak makan pagi sambil berlengah-lengah. Tapi, i tak sanggup nak biarkan diorang pergi tadika dengan perut lapar. Memang lah tadika ada provide breakfast, tapi kot-kot lah tengah perut lapar pastu tadika serve pulak makanan yang kurang membuka selera, tak ke kesian budak tu. So, pagi-pagi i akan let them makan dulu. Tak sempat di rumah, di kedai. Tak sempat di kedai, dalam kereta pun i biarkan diorang makan. Kejam oih rasanya tak bagi anak makan. Kita sampai-sampai ofis boleh la serbu kafe, tapi anak kita?
Makanlah, nak, walaupun sekadar sebatang aiskrim.

So i pun telah share artikel tersebut di fb dan i tambah caption "Educate anak kita".

I setuju sangat bila penulis artikel tu suggest parents bekalkan anak-anak lunch pack. Budaya lunch pack kat Malaysia ni macam tak berapa lah i rasa. Sebab my friend kat Washington DC tu memang hari-hari bekalkan lunch pack because satu sekolah pun bawak lunch pack tu. Bila anak dia tak bawak, anak dia menimbulkan kepelikan berganda-ganda di mata kawan-kawan. Jadi, mak pak, jom lah bekalkan anak-anak, bukan susah pun. Sekarang ramai ibu-ibu hebat yang buat frozen food, yang bangkit awal pagi memasak, semata-mata nak bekalkan anak-anak ke sekolah. Bila lah i nak jadi supermommy macam diorang tu... Tapi, kalau agak-agak malas tak sempat nak masak sendiri, pagi-pagi tu belikan lah siap-siap makanan then letak dalam container. Bekalkan juga air sebotol.So, anak tak perlu lah bazir masa beratur panjang di kantin. Tak ada lah kes anak ditipu, dianiaya pengusaha kantin.

Tapi, tak dinafikan ada kalanya budak-budak ni pun ada keinginannya nak merasa bihun goreng makcik kantin. So di sini lah i rasa ada sebabnya kita kena biasakan anak kita dalam bab jual beli ni supaya tak mudah ditipu. Bukan nak ajar diorang cara-cara nak bargain, cara-cara nak minta free gift tu semua. Bukan. Cukup ajar simple maths, kuih lima puluh sen, beli satu, bayar seringgit, ambil baki lagi lima puluh sen. I ingat lagi, dulu masa i masuk darjah satu, my parents tak ada pun tunggu i di luar kelas, tunggu i di kantin ke, tunggu di gate sekolah ke. Tak ada pun nak tengok sama ada boleh ke anak dia ni membeli makanan sendiri di kantin. Sebab tak ada keperluan pun untuk diorang tunggu because masa tu rasanya i macam pandai je berbelanja. Ecececcece... 

First day darjah satu, dah pandai pergi kantin beli nasi lemak sebungkus dua puluh sen, air sirap segelas sepuluh sen. Lepas tu mula pandai beli sengkuang calit, masa tu dua puluh sen. So, habis la duit belanja lima puluh sen sehari. Bila i recall balik, masa bila lah aku ni pandai bab kira-kira wang ni (sebab kagum dengan keupayaan diri sendiri - konon), i ingat lagi masa i tadika lima tahun di TBK Kg.Stor, Padang Rengas, ada satu kedai runcit di sebelah tadika ni. Kami panggil Kedai Pak Daman. 

So, lepas habis waktu sekolah sementara tunggu ayah datang ambil, i akan pergi kedai tu beli gula-gula, beli chewing gum, beli segala junk food yang tak bagus untuk kesihatan tu. Nakal. Masa tu bawa belanja sepuluh sen, kadang-kadang dua puluh sen. Habis jugak! Patut lah i sekarang ni pandai sungguh "berbelanja", sebab dari kecik lagi dah dilatih, tapi bab nak menabung...ke laut! 

Bila enam tahun, makin cerdik. Kalau ada duit lebih, beli maggie, masa tu Asam Laksa sebungkus empat puluh sen. Eceh, pandai pulak balik tadika masak maggie. Nakal lagi. Sebab curi-curi guna dapur. Enam tahun tu dah pandai memasak! Nasib lah masa tu tak ada la nak terbakar dapur mak i. Maknanya apa tu? Maknanya memang terserlah ciri-ciri wanita sejati betul lah ni!

Ok, now i dah boleh lah train Maryam memasak ni. Hahahahahah! Kejam nye mak. Eh, tapi, sekarang ni i memang dah start ajar dua-dua girls tu fix the toaster, they can even make their own roti bakar sapu kaya and madu tau! Cuma bab bayar membayar tu, i rasa i dah kena educate them dari sekarang. Memang dah lama dah i suruh diorang bayarkan kat cashier, tapi bayar bodoh-bodoh macam tu je lah, "bagi je duit pastu ambil baki". Semata-mata nak bagi berani sikit ke depan. Tak ada pun lagi elemen campur tolak tu semua. Tak ada lagi elemen dia berfikir duit di tangan ada berapa sen, harga kuih berapa sen, berapa baki yang patut dia dapat. So, bersungguh-sungguh la mak dia akan pulun lepas ni ye.

Kiasu sangat!

Sebab nanti dia darjah satu, i memang takkan tunggu la kat kantin untuk belikan dia makanan. Belajar-belajar lah berdikari ye, nak. 

Wednesday 21 January 2015

Ikan Jelawat Yang Sedap

Sabtu lepas ada masa sikit untuk masuk ke dapur main masak-masak. After dah lama juga dapur tu tidak berasap secara consistent, hati ni nak juga memasak sebab hari-hari terpandang jelawat lebih kurang sekaki setengah dalam freezer. Ada la agak-agak sebulan dia mengeras di situ, tapi tak risau sebab Tuan Syed kata ikan ni sangat sedap, simpan lama-lama dalam freezer pun rasanya tak berubah.

Bila ikan besar, harus lah kuali di rumah ni tak muat nak menggoreng seekor macam tu je. Jadi, i potong kepada tujuh pieces. Senang bila dipotong kecil-kecil sebab tulangnya yang halus-halus tu akan turut terpotong. Pisau di rumah ni bukan macam pisau penjual ikan di pasar. I guna bone cutter, sangat membantu. Sisik nya besar-besar. Ayah i pernah bagitau, ikan spesis macam ni sisiknya sedap dan lembut. Kalau digoreng, sisiknya rangup macam keropok. So, kita tak buang lah sisik dia. 

Bahagian ekor dan kepala (dibelah dua) digulaikan. Gulai lemak cili padi, campur pegaga. Cuma kali ini pegaga kurang meriah dalam periuk sebab pegaga agak segan-segan nak meliar dalam cuaca terik sekarang ni. 

Rasa isi ikan ni? Pada i, rasa dia macam makan isi ketam. Lembut, juicy, manis. 

Dua keping lagi i gaul garam dan kunyit dan digoreng garing. Sedap diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi panas dan cicah sambal belacan. 


Betul lah, kalau ikan ni nak digoreng, sila jangan buang sisiknya.Sama macam masa i goreng ikan kerai dulu. Tak perlu dibuang sisik. Tengok cara Rumah Rohas memasak pun, sisiknya tak dibuang.

Ikan jelawat ni spesis ikan eksotik. Harganya boleh buat kita telan air liur dulu sebelum nak beli. Itu satu hal, hal kedua, nak membelinya pun bukan senang sebab pasarannya tak meluas kerana sesetengahnya merupakan spesis terkawal macam ikan kelah. Bila google, ada yang bagitahu harga ikan jelawat ni dalam lingkungan RM320 sekilo. Yang i dapat tu ada dalam dua kilo rasanya. 

Dulu kecik-kecik selalu juga i makan ikan jelawat. Arwah nenek buat masak tempoyak. So, i tak pernah terfikir pun yang ikan jelawat ni ikan mahal. Rupanya, yang i makan dulu-dulu tu, saiznya kecil-kecil, tulangnya halus-halus dan bersepah-sepah dan susah nak memakannya. Sebab tu ikan jelawat bersaiz kecil ni murah saja.

Kalau dah tiap kali menu special balik-balik siakap je... boleh lah sekali sekala makan ikan eksotik walaupun mahal. Harga dia memang berbaloi-baloi dengan rasanya. Sekali sekala je ye melayan tekak yang mengada. Kalau nak makan hari-hari, pegi kawin dengan orang asli.

Friday 16 January 2015

Perlu sangat ke susu untuk budak-budak?

Selamat sore. Jumaat pulak tu. Bersiap-siap nak balik, sempat lagi nak update blog usang dan bersawang ni.

Baru-baru ini dalam group Mak Tak Marah Anak di FB, ada yang bertanya, anak dia yang berusia dua tahun lebih sudah mula menolak susu. Jadi, si ibu ni tersangat risau dengan keadaan ini. I scroll juga la komen-komen yang group members berikan. Dan i tambah "Sumber kalsium bukan sekadar ada pada susu. Tak perlu risau"

Tiba-tiba i teringat la beberapa senario yang hampir menyamai pemikiran si ibu ini. Dalam newspaper, dalam majalah, dalam tv (rancangan realiti tv Bersamamu biasanya), apabila ada cerita orang susah, mesti tak lari daripada ayat "tak mampu nak belikan susu anak" dan ada juga i jumpa "anak diberi susu krimer kerana tak mampu". Satu lagi situasi bila mana harga barang naik, mesti akan ada ayat "susu anak pun naik harga, Kerajaan tak prihatin". Apa ni???

Soalnya, dari mana parents ni semua belajar yang anak-anak MESTI minum susu? Soalan i sangat Gen-Y ye. Kenapa mesti berikan anak itu susu? Lepas wean off, mungkin sekitar usia dua atau tiga tahun, anak disambung pula rutin susunya dengan susu formula. Sampaikan baru-baru ini i hantar Maryam and Mardeyah ke tadika (khusus untuk usia 4 to 6 years), masih ada parents yang bekalkan anak mereka botol susu. I agak, mereka belajar dari pemerhatian semata-mata, selebihnya terpengaruh dengan iklan yang berbunyi "sel-sel otak berhubung". 

Macam ni ibu-ibu sekalian. Kalau agak-agak diri tak mampu nak belikan anak susu formula, janganlah zalim sangat menghukum anak itu dengan minum susu krimer, semata-mata kerana nak gantikan minuman si anak itu dengan minuman yang berwarna putih juga. Rigid sangat la you. Banyak lagi benda lain yang dia boleh makan untuk dapatkan sumber kalsium, sama seperti yang susu boleh bekalkan. Baby sekurang-kurangnya usia enam bulan dah mula boleh makan, so introduce la makanan lain yang juga ada sumber kalsium ni.

Jadi, tak perlu lah nak bergantung harap semata-mata kepada susu. Gugel je 'makanan sumber kalsium' maka akan keluar berderet lah senarai makanan yang mengandungi kalsium ni. Ini tak, subscribe mobile plan sebab nak cek fb, nak tweet, insta doplopatjam. 

I masih ingat, semasa my SIL migrate ke London dulu, kami terjebak juga lah membeli susu tepung untuk dikirimkan ke sana. Sebab my SIL bagitahu di UK tak ada jual susu formula ni, budak-budak kat sana minum fresh milk. Bila dia dah adapt dengan culture di sana, dia pun mula biasakan anaknya minum fresh milk. Look, orang putih pun tak ajar anak dia minum formula milk ni. Entah mana datangnya entah mazhab susu formula kat Malaysia ni ye?

Sebab tu lah, bila bercinta dan fikir soal kawin, jangan sekadar fikir hingga ke jinjang pelamin, tapi sila-silakanlah fikir hingga ke kain lampin. Nak jadi apa pun dalam dunia ni, mesti belajar, mesti cari dan gali ilmu sedalam mungkin.

Just my ten cents opinion. Babai.

nine months and a cheese lover

Friday 2 January 2015

Good Bye Twenty Fourteen



Salam tahun baharu.

Masih belum datang hati untuk bicara semua tentang impian 2015. Belum punya hati untuk soalkan apa mahu diri pada kali ini. Semua kerana 2014 begitu terkesan dalam hati. Betapa tirai yang dilabuhkan hitam pekat warnanya tiada seri. 2014 bukan dinilai pada apa untung rugi nasib diri. Tapi ke arah mana jiwa ini dimudik.  

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal

31 Disember 2014. Jam 3.30 petang. Dalam bilik bos. Perbincangan. Korum sepatutnya tiga orang. Yang satu belum tiba. Tibanya dengan berselipar. Mahu solat zohor katanya. “Boleh ye bos? Sekejap je.”

Dan ini jawapan bos.

“Nak solat tak payah mintak dengan saya. Kalau Dato’ panggil jam 2.30, pukul berapa you datang? Kalau Allah pulak yang panggil, pukul berapa you datang?”

Kita yang tak ada kena mengena dalam hal ini, tiba-tiba rasa bersalah macam kita yang ditazkirah.

Selagi mana saya lihat kesusahan kawan-kawan mencuci rumah mak ayah yang penuh lumpur sesudah bah, selagi mana saya lihat masih ada air mata mereka yang hilang sanak saudara dalam tiga tragedi pesawat, selagi mana saya dengar kawan-kawan diuji tabahnya dengan anak sakit dan dijemput Ilahi, selagi itulah impian 2015 saya antara nampak dengan tidak.

Kecuali ini. Harus saya rekodkan untuk dia ingat sampai besar nanti.
01.01.2015 – gigi pertama yang jatuh.

Hari ni dah dua hari berkampung di ofis mami. GA schooling session belum mula lagi. Lunch hour tadi kita ke IOI City Mall. Makan-makan, jalan-jalan. Dan terbeli baju juga mainan.


Anak-anak dah ada mutual understanding – mainan dan buku dari poket walid, baju dan kasut dan accessories dari poket mami.

Tapi toys yang kali ni memang mami complied – nak bagi masing-masing busy di ofis nanti. Kuranglah bunyi. Sebab set Little Pony ni Style Kit – they create their own pony. 

Banjir juga lah Toys R Us tadi bila permintaan Barbie & Scooter tak dipenuhi. Dia dah enam. Dia dah lima. Toys pada umur ini harus lah yang jenis ‘sel-sel otak berhubung’. Kata kiasu mami!   

Happy new year everybody!