Salam
tahun baharu.
Masih
belum datang hati untuk bicara semua tentang impian 2015. Belum punya hati
untuk soalkan apa mahu diri pada kali ini. Semua kerana 2014 begitu terkesan
dalam hati. Betapa tirai yang dilabuhkan hitam pekat warnanya tiada seri. 2014
bukan dinilai pada apa untung rugi nasib diri. Tapi ke arah mana jiwa ini
dimudik.
Ada yang tertinggal
Setelah terbenam mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali
Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi
Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal
31
Disember 2014. Jam 3.30 petang. Dalam bilik bos. Perbincangan. Korum sepatutnya
tiga orang. Yang satu belum tiba. Tibanya dengan berselipar. Mahu solat zohor
katanya. “Boleh ye bos? Sekejap je.”
Dan
ini jawapan bos.
“Nak solat tak
payah mintak dengan saya. Kalau Dato’ panggil jam 2.30, pukul berapa you
datang? Kalau Allah pulak yang panggil, pukul berapa you datang?”
Kita
yang tak ada kena mengena dalam hal ini, tiba-tiba rasa bersalah macam kita
yang ditazkirah.
Selagi
mana saya lihat kesusahan kawan-kawan mencuci rumah mak ayah yang penuh lumpur
sesudah bah, selagi mana saya lihat masih ada air mata mereka yang hilang sanak
saudara dalam tiga tragedi pesawat, selagi mana saya dengar kawan-kawan diuji
tabahnya dengan anak sakit dan dijemput Ilahi, selagi itulah impian 2015 saya
antara nampak dengan tidak.
Kecuali
ini. Harus saya rekodkan untuk dia ingat sampai besar nanti.
01.01.2015
– gigi pertama yang jatuh.
Hari
ni dah dua hari berkampung di ofis mami. GA schooling session belum mula lagi.
Lunch hour tadi kita ke IOI City Mall. Makan-makan, jalan-jalan. Dan terbeli
baju juga mainan.
Anak-anak
dah ada mutual understanding – mainan dan buku dari poket walid, baju dan kasut
dan accessories dari poket mami.
Tapi
toys yang kali ni memang mami complied – nak bagi masing-masing busy di ofis nanti. Kuranglah bunyi. Sebab set
Little Pony ni Style Kit – they create their own pony.
Banjir
juga lah Toys R Us tadi bila permintaan Barbie & Scooter tak dipenuhi. Dia
dah enam. Dia dah lima. Toys pada umur ini harus lah yang jenis ‘sel-sel otak
berhubung’. Kata kiasu mami!
Happy new year everybody!
Happy new year everybody!
No comments:
Post a Comment