Nuffnang

Monday 10 November 2014

Monday???

Morning all. Assalamualaikum.

Today, let's talk about food. Since i had my weekend without my other half, i just prepared easy peasy dishes je for all. Atuk, Oma, Angah, Ucu masih ada di rumah. Seminggu lamanya craving for nyonya curry mee and nobody in the house even care to cook one for me. So, pasrah lah memasak untuk tekak sendiri.


My version of nyonya curry mee i suka taruk dried tofu tu banyak-banyak. And then, the kuah pun i prefer cair-cair saja dan tak pedas. The thing is, kali ini telur rebus tu terkeras sikit.


Before leaving for Langkawi, i ajak the walid shop for groceries. This girl mengikut, the other two were left at home. After shopping, this girl got special treat for herself. Home made style fried noodle.


Goreng sayur mudah-mudah je.


Tiba-tiba baru nampak linangan minyak dalam mangkuk sambal ni. Minyak zaitun, layan...


Kari lagi. Kari ikan merah. I suka kalau ada bendi dan cili hijau. Tapi, tak ada runner yang nak ke kedai tolong belikan.


Kari dan pickle. Perfect match.


Last week ada karnival orang asli. Tuan Syed brought home satu beg besar ubi keledek. Tak rajin nak menggoreng, lagipun tukang masak sakit tekak nak makan benda goreng-goreng. Jadi kita kukus saja. Ubi keledeknya sangat manis, lembut dan mulus. Ini saja the boy boleh habiskan seorang.


The rest kita pakat kongsi ramai-ramai. Cicah dengan sambal bilis petai. Yummeh!


Ini untuk budak-budak sampai yang tua. Tukang masak gatal tekak dek makan benda ni.


Yang kat atas tu, gambar tempoyak. The colour was not so inviting. Sebab i guna cili api purple. Makan sambil pejam mata aje lah! Petang we jemput the walid from the airport. Tinggal si adik, dua-dua ni feeling dua beradik lagi lah!




I

Eh, kenapa gambar delicacies ni ke atas ke bawah tak tersusun? Ok, ini bukan i yang buat. Tapi my guru. Gebu-gebu je.


Maryam prefers to have it round.


Sampai terbaring-baring this girl suka sebab dapat chocolates from Langkawi. Mami pun suka sebab dapat souvenirs yang lama diidam-idam. Thank you, darl!


Ini rutin pagi-pagi. Lepas puas layan blues, dia akan melentok tidur. Mami tak sampai hati. Tengok gambar ni terus rasa nak cium-cium nak gomol-gomol dia.


Dah mula memanjat dan meniti. 

Dah mula tarik-tarik bunga mami. 

Dah mula pintal table runner mami. 

Dah mula dapat kaki. 

Dah mula explore sana sini.

Nak pandai serba serbi.



~uwaaaaa~

*monday blues*

Thursday 6 November 2014

overwhelmed




Siapa ingat simbol ini? Kalau anda sangat kenal simbol ini, anda mesti dalam kategori penghujung generasi X atau generasi Y yang lahir sebelum tahun 1985. Kerana generasi selepas itu tak merasa atau mungkin langsung tak tahu pun kewujudan IRC ni.

Adik-adik, kalau nak tahu IRC ini apa, pi gugel. Then you will know how kami dulu-dulu bangsa tak ada tablet, tak ada smartphone ni communicate dalam our community. Ada satu lagi, ICQ. Yang tu pun ala-ala IRC juga, boleh lah dianggap ini macam great moyang kepada Whatsapp, facebook, messenger, Line, Badoo, Telegram etc... So masa famous benda ni dulu, ramai lah yang suka lepak kat Computer Lab, Cyber Cafe not to forget, berjaga sampai ke subuh sebab berchatting depan pc. Tak sama tau thrill chatting dalam chatrooms dengan chat apps zaman sekarang. Dan waktu ini juga lahirnya keyboard speedmaster. Sesiapa yang pernah terjebak dalam kancah berchatting ni, mesti familiar dengan A/S/L, gtg. I gelak sensorang bila terkenangkan nostalgia berchatting ni.

I sendiri mula berjinak-jinak dengan IRC usai exam SPM. Tahun 2000 ketika itu. Tahun berikutnya, mengikut pula kawan-kawan seAsasi yang kerap ke Cyber Café di 11th College, UM (masa tu belum ada nama kolej yang official). Budak-budak sekarang mana appreciate CC, semuanya subscribe data plan. Chat apps berlambak-lambak, janji ada tablet atau smartphone je. Lepas tu siap boleh share gambar, share video yang high resolution.

Dulu, i tak ada pc sendiri. Apa-apa pun kena pergi CC. CC sekarang macam dah tak best dah, kan??? I pernah pergi sekali for printing purpose. Tapi, person that helmed the CC cakap cartridge habis dan tak tahu bile nak pergi beli. Zaman I dulu, kalau pergi CC dengan bawak disket (pen drive mula famous masa I second year – itupun mahal) untuk print assignment, tak pernah lah mengecewakan.Agak-agak panjang queue nak print, check in satu pc untuk chat kejap. Itu lah kojo den.
My partner in crime masa tu was Arina Adam.

Today, our social media makin advance, bold and makin radical! Hampir kebanyakan masa, melemaskan!

Bayangkan tengah duduk diam-diam, tangan mesti nak belek-belek phone. Baca updates orang, iklan orang, shared/ forwarded articles. Lama-kelamaan, I had noticed that ada banyak sangat updates/posts yang annoying. Kalau dalam fb tu, penuh iklan daripada kawan-kawan yang berniaga. Macam-macam produk ada. Handbags, supplements, kain ela, shawls, gears. Lagi jengkel, produk slimming, firming, lightening. Lagi berganda-ganda jengkel, produk mengetatkan, membesarkan, membulatkan, dengan segala testimony lucah dan gambar menggiurkan! Letih.

Dan aura negative itu sangat tidak bagus untuk orang yang tahap keimanan senipis kulit bawang. Normally, I leave the group or unfriend that person yang membawa aura negatif ni. Tiada siapa yang tanggung untung rugi dalam hal ini.

Dalam WA pula, kalau awal pagi dengar notification tu, dengan harapan terima apa-apa command from the boss. Tapi end up dengan tak lain tak bukan asyik-asyik dia saja yang wish good morning. Paling annoying, forwarded news, jokes, quiz, tazkirah dan video yang menjadi viral. As if dia lah yang paling pantas menerima primary info sedang orang lain ketinggalan kereta api. Most of the time, semua yang copy & paste ni separa benar dan 50-50 untuk dipercayai! Paling jengkel, post gambar-gambar yang memberangsangkan walaupun gambar tu just for joke. Enough lah!

That’s why I terfikir, kita tak boleh nak stop people from doing such thingy. Dah besar panjang, masing-masing boleh fikir waras. So, apa yang kita boleh buat if kita terima gambar-gambar dan video lucah yang auto-download ni, cepat-cepat lah kita delete semua tu from our phone, especially for those yang bergelar ibu bapa. You know, kanak-kanak usia dua tahun today dah tahu nak unlock our password? Dah familiar dengan apps yang ada dalam phone or tablet kita. Memang ada high tendency dia akan buka gambar-gambar dan video-video lucah tersebut. Untuk apa kita simpan lama-lama? Bukankah ini juga membawa aura negative bila dipandang, dibelek ditonton berkali-kali? Begitu juga dalam our spouse’s phone.

Kalau nak ikutkan common sense, dia sendiri pun boleh delete semua yang dirasakan mengarut tu. Tapi, mana lah tahu kot-kot dia terlupa ataupun terlepas pandang, yang occasionally dapat filter phone dia. Kalau dia lupa, kita tolong delete kan. Because tak bagus lah jika dibiarkan our spouse tengok gambar-gambar aurat serta memberahikan tu semua. Lagi tak bagus kalau anak-anak kita yang jumpa nanti.

Bukan salah dia pun. Kadang-kadang tu dia cuma menerima sahaja gambar dan video tu daripada group secara auto download. Biasa lah…gurauan kawan-kawan lama ni. Kita pun faham kan, sebab kita pun kadang merepek-repek dan terlebih-lebih juga bergurau juga dengan kawan-kawan kita. Cuma kita tak mahu kita atau dia bergurau dan merepek tak ketahuan hujung pangkal.

Jadi, jangan lah takut nak cek handphone pasangan anda. Dan jangan takut bila handphone ada pula dicek. Sport check ini bukan didasari perasaan cemburu dan perasaan tidak percaya antara satu sama lain tapi untuk kebaikan ummah juga…

Please don’t get offended ya. Just my two cents. Breakfast, yuk!


Wednesday 5 November 2014

Leg godt

Salam all.

Ever heard about Leg godt? It is a danish phrase yang bermaksud 'play good'. According to Sheikh Waleed Abdulhakeem, known as The Travelling Imam, the most famous product in the world among danish is not butter or cheese, it is Leg godt (Lego). 

And today, as we can see, even with all the digital distractions for today's generation, Lego is still the most famous toy. At first i thought they just send the Lego wave to our kids and youngsters due to the Lego movie. But i was totally wrong.

Indeed, the Lego Legacy continued today in every form. Education, videogames, movies, Japanese robots, testing gravity in outer space by NASA, and even Legoland in our JB and around the world. Entah bila lah dapat bawa my anak-anak syurga ke Legoland. Their cousins have even been there a few times! Should arrange once for them later.

Lego originally started by Ole Kirk in 1949, which was after WWII. The intention was to encourage the children who lived through the war focus on learning building skills during their childhood. So that they would grow up with the mentality of using their creativity, imagination, productivity to rebuild their countries and society.

I still remember how excited we were when ayah bought us this kinda too-brilliant-tiny-pricey-famous toy. Super kiasu juga Atok tu! Even though it was just the smallest box on the shelf, and of course contained the least pieces, we were soooo happy and felt soooo blessed! I still remember, how i need to share those blocks dengan my two adiks at that time, and being the eldest kakak, surely they win. At last, they had to admit that the eldest child is the smartest...

*clap-clap*

And hey, what a kiasu daddy we have in here!


He was given ten minutes to consider all the consequences; price, pieces, block characters, etc. Dengan so many types in range; LEGOCreator, LEGOFusion, LEGOduplo, LEGOFriends, LEGOCity. Lagi lama dia mencangkung di situ, i bet he will get one for himself, after kebas segala lutut dan betis dia.


Tak ada pulak gambar the girls with their good ol' toys. Untunglah korang, dapat seorang satu, no need to share. 

*insert tears here* 

Tapi kesahnya, dah berapa kali mak ni asyik terpijak je that tiny blocks tu. Dah bagi container seorang satu for storing, tetap juga nak tabur-tabur atas lantai. Bajet Eric Leong, tabur-tabur petals atas lantai? Sana seketul, sini seketul. Dalam rumah ni dah ada Dewan Bandaraya, semua benda nampak sedap nak ngap. Haiisssshhh...

*tarik nafas, urut dada*

Mak ni sangat lah over kalau bab-bab benda tak reti disimpan properly ni. Entah lah, korang tak sakit mata ke tengok benda-benda diletak di tempat yang tidak sepatutnya, ai is kennot ok... Mak memang ada isu berbangkit di sini. Tak boleh ke kat lego tu ada sort of magnet, so that they can stick to each other after main. Today's kids tak rajin mengemas macam ai dulu-dulu tau........

*insert eye rolling here*


Ok, their first Lego was officially brought home on Oct 28th. 



Three days later,



I had received a text message from their walid that said...



 Extension version 



followed by this photo

 


*speechless*

Monday 3 November 2014

Puri For Dinner

Salam all...

Yeay! The mommy was on leave tadi. The girls had their Friendship Day Celebration at school. Tema Frozen. Bila sampai depan school, oh my, ramai girls yang pakai gown. Ada yang replicate Elsa's gown pun ada! Girls je la. Boys were like *tak kisah lah pakai track bottom pun*

Rupanya ada competetion best dress tadi. Since i was on leave, i pick them up a bit early, which was around 1.30pm. The teacher told me that Maryam Mardeyah dapat hadiah for the competetion tadi tapi will be presented on their graduation day next week. So funny, gown anak-anak i tu RM39.90 sahaja. Times two, costed me RM79.80. Pun boleh menang...

Ok, hari ni separuh hari gone, became a chauffeur. Bawa Angah to MMC, MARA and KKM. Moga-moga semuanya dipermudahkan. Semoga dapat posting hospital yang best. Jangan complain sepanjang housemanship ni ye.

Dinner tadi the mommy tak nak masak nasi. Everybody in the house dipaksarela makan roti puri. Mula-mula i tukang goreng je, Angah uli and canai doh. Berpeluh ketiak tukang masak. Tapi, bila Tuan Syed balik, the remaining macam tak cukup so i buat sikit lagi to top it up.



Roti puri ini sangat mudah nak menyediakannya. Bahannya sangat simple. Tepung gandum, minyak masak/marjerin/minyak sapi, air panas, garam (optional). Kalau ask mr.gugel, ada orang tambah yis, tambah baking powder, tambah gula, tambah susu. Ikut citarasa dan kerajinan masing-masing. Mine sangat basic. Tepung tu gaul dengan sesudu dua minyak sampai berketul. Kemudian tambahkan air panas agak-agak untuk uli sampai melekit tu. Kemudian uli doh tu, then terus bahagikan sebesar duit 50sen. Kemudian canaikan, agak-agak, jangan nipis sangat, jangan tebal sangat. Masa nak canai tu, taburkan tepung sikit supaya tak melekat.



Kemudian terus goreng dalam minyak yang panas. Waktu goreng tu siram-siramkan minyak atas dia, kemudian gelek-gelekkan puri guna belakang sudip. Bila dah browning, terbalikkan. Lepas tu angkat dan tos dalam tapis/ kitchen towel. Puri yang menjadi adalah puri yang kembung immediately bila digoreng. Waktu i buat tu, sebahagian elok kembung, sebahagian lagi kembung sikit je. Tapi still boleh makan.

Makan panas-panas, cicah dengan apa saja, kari ke, sardin ke, kuah dhal ke, susu pekat ke. Tadi i buat sikit egg scramble campur dengan kobis, rempah kari, rempah campur, serbuk kunyit. Angah pula tumiskan ikan sardin.

Nasib lah Maryam and Mardeyah suka makan puri ni tadi. Tak payah lah the mommy kena prepare seperate meal untuk diorang.



Ini petang tadi. Jalan-jalan sekitar our neighbourhood, ambil angin petang. Lenguh tangan dukung si kecik, dah berat.


Bila jalan-jalan pun the mommy dah keluarkan peluh jantan, mula lah terfikir "kalau macam ni, tak payah lah exercise lagi." And that's why, Kevin's simple chart ni menjadi santapan mata semata-mata. Bila nak delete, takut menyosal nanti. So, mari kita share di sini sebagai motivasi untuk mommy yang gemuks, moga ada orang lain yang dapat manfaat.


Ok nite~nite everybody.

Sunday 2 November 2014

Kebun Kami

Salam all.

How's your weekend? I spent my weekend luar dalam rumah sahaja. Tiga empat hari ni dah tak masak sayur. Semuanya ulam-ulam fresh, dipetik dari belakang dan depan rumah. Rumah macam mine ni, bukan kata tanah sekangkang kera. Tanah pun tak ada! Tapi, semangat nak berbakti kepada tanah tu tinggi, mengalahkan orang yang punya halaman luas.

Jadi, untuk yang minat bercucuk tanam tetapi tinggal cuma di rumah teres (especially bagi yang depan rumahnya penuh tiles sampai ke gate, belakang rumahnya extend sampai ke tepi longkang), boleh ikut cara ni. 

So, mari kita tengok dulu apa yang tuan tanah dapat sepanjang minggu ini. Pertama, sambung nyawa. Ulam ni sangat sedap. Makan mentah, tak pahit dan rasanya berlemak. Daunnya macam baldu. Nak tahu khasiatnya, gugel ye. Nak tanam senang saja, guna keratan batang, cucuk saja ke tanah. Lagi kerap kita petik pucuknya, lagi rimbun dia naik.


Kedua, rosemary. Bajet mat saleh agaknya.  Biasanya i beli dried rosemary je. Sedap kalau nak marinated ayam. Perah limau sikit, campur garam sikit, then grill. Pokok ni tak tahu lah berapa lama boleh tahan.


Next, selasih. Pucuk selasih ni sedap dimakan mentah. Nak biakkan nya pun senang saja. Tabur bunga/ biji selasih ke tanah. Merimbun saja dia naik.


Next, ulam raja. Yang ini agak common. kat pasar berlambak-lambak jual. Nak tanam pun senang, tabur bunga yang dah kering.


Cili api purple. Anak pokok ni Tuan Syed beli di Cameron Highlands. Nak buat ulam boleh, nak buat sambal pun boleh, nak guna dalam masakan pun boleh. Ada yang tanya, cili purple ni pedas ke tidak. Kepedasannya tak dapat dirasa immediately. Tapi, lepas dah kunyah lama-lama baru rasa pedasnya, and kepedasannya intense. Kerap sangat pokok ni berbuah. So, bila nampak banyak, i buat stok cili kicap, dimakan dengan sup atau bihun/ mee goreng. Lepas tu i buat sambal tempoyak. Rupanya not so inviting, tapi, very hot. Memang teraso. Lepas tu, i terjebak juga dengan jeruk mangga pedas asam masin. I guna cili ini dalam dua genggam, mangga muda rangup dalam enam biji, asam masin warna putih dalam dua mangkuk, campur dengan dua sudu gula. Memang secukup rasa. Meleleh ailio sambil gaulkannya. Malam ni saja, dah hampir nak habis semangkuk. Ada lagi tiga jar dalam fridge. 


Ini baru nak naik. Daun kesum. Juga gunakan keratan batang. Lebihan buat asam pedas tu, simpan dalam rendaman air beberapa hari, lepas tu baru cucuk ke tanah. Sudah nampak hasilnya. Tunggu besar sikit, baru kita buat asam pedas ye.


Ini misai kucing. Boleh makan pucuknya mentah-mentah. Rasanya macam kasar sikit, tapi tak pahit. Cicah dengan sambal tempoyak ke, sambal belacan ke, memang terangkat. Pokok ni pun senang membiak. Dah banyak kali terpaksa cantas sebab cepat sangat dia membesar.


Ini paling senang melata. Baru ambil semalam, hari ni dah naik pucuk baru. Kadang i ambil sebesen besar, buat rampai dalam masa lemak cili padi. Sedap. Depan rumah, belakang rumah, dia sesaja. Celah pandan, celah pasu, celah pearl grass pun dia naik! Kadang sampai tak larat nak makan, i kutip buat jus pegaga. Fresh sangat.


Ini paling i suka. Daun pudina. Tengok aje dia, mesti terasa macam nak buat mee kari. Baru sekali sahaja dipetik, buat ulam. Selama ini beli je. Tapi, kali ni dapat rasa fresh dari ladang. Sedap kalau dilawankan dengan kuah kari, nasi putih dan sambal belacan. Lepas makan, nafas terasa wangi sangat. Sendawa pun bau wangi!


Ini satu lagi bajet mat saleh. Oregano. Selalunya beli je dried oregano, tapi entah kenapa Tuan Syed beria-ia beli anak pokok ni di Cameron Highlands. Ingatkan cuaca dia tak sesuai. Tapi, lepas disalin ke pasu besar, makin menjadi-jadi dia. Cuma belum sempat nak tanya gugel, macam mana nak guna fresh oregano.


Ini standard la...limau kasturi. Belum merasa lagi. Tu yang terasa sangat nak buat mee kari.


Ini semaian pokok cili. Entah, cili besar or cili padi tak tahu. Tunggu la dia besar sikit. Tuan Syed saja la semai dalam pasu kecil-kecil ni. Nanti boleh sedekah kalau ada sesiapa nak.


Ini pun standard la. Mana-mana rumah pun banyak yang tanam pokok pandan ni. Senang bila ada di rumah, sesak-sesak nak buat nasi lemak, petik je belakang rumah. Sesak-sesak nak buat bubur, petik saja. Tapi tengok tu, pegaga nak juga menyelit.


Ini lagi satu, bajet mat saleh. Parsley.


Ini adik beradik pudina. Pucuknya boleh dibuat ulam. Lepas makan, nafas berbau wangi je. Sesuai dimakan sebelum pergi dating ok!


Ini belum disalin ke tanah lagi. Juga beli di Cameron Highlands.


Sekali lagi sambung nyawa. Tapi ini, version di depan rumah.


Rumah kami tak ada tanah lebih. So, atas longkang ni, Tuan Syed alaskan dengan dinding reban ayam. Dia beli second hand di Nilai. Then, dia beli polysterine yang besar, dicucuk-cucuk bahagian tapak guna screw driver. Kemudian diisi dengan tanah dan baja. Lepas tu tanam lah apa sahaja. Sangat practical.


The sisters ada Friendship Day esok. Temanya Frozen. Berhempas pulas kedua-duanya minta dibelikan baju frozen. Ok lah, the mommy complied. Buka main seronok melompat-lompat dapat baju Elsa Anna.


Tapi, lepas dapat baju, minta dibelikan pula crown. Sorry ye kakak. Hairband yang dipakai semasa wedding Maklong Anis tu masih elok dan cantik, match juga dengan gown ni. So, permintaan ditolak.


Lepas tu, diorang request dibelikan tent. Katanya cikgu suruh beli. Mommy was like "Haaaa! Kemah???! Kalau ada dua puluh orang bawa dua puluh kemah, kat mana nak letak???" So, usul ini juga ditolak mentah-mentah.


Ini juga yang sempoi. Gigi atas dah keluar sebatang, pelengkap untuk menggigit kami semua. Mommy makin gerun, nak!