Nuffnang

Friday, 5 June 2015

Mencari & Memberi Bahagia

Saya ada satu cerita. Cerita ini dipetik daripada perkongsian bos saya. Cerita tentang memberi bahagia.

Dalam satu seminar motivasi, penceramah telah mengendalikan satu game untuk peserta. Setiap peserta diberikan satu belon untuk ditiup sebesar yang mungkin dan menulis nama masing-masing di atas belon tersebut. Kemudian, satu demi satu peserta diarahkan untuk meletakkan belon masing-masing dalam sebuah bilik tertutup. Penceramah kemudiannya meminta kesemua peserta masuk kembali ke dalam bilik dan mencari semula belon yang tertera nama masing-masing tanpa memecahkan mana-mana belon. Suasana bilik tersebut menjadi agak kucar-kacir sebab masing-masing sibuk mencari belonnya sendiri. 

Di akhir sesi game tersebut, penceramah telah membuat rumusan. Apa yang dilakukan oleh setiap peserta tadi sebenarnya menggambarkan kehidupan kita yang sebenar. Masing-masing sibuk mencari kebahagian untuk diri sendiri, tidak mempedulikan orang lain. Alangkah baiknya jika setiap peserta tadi mengambil sahaja mana-mana belon dan menyerahkan belon tersebut kepada tuan empunya nama. Dengan cara ini, tidak berlakulah suasana kucar-kacir seperti tadi. 

So, moral of the story, kita jangan terlalu sibuk mencari kebahagian untuk diri sendiri. Sebaliknya, memberikan kebahagian kepada orang lain juga adalah sesuatu yang membahagiakan. 

Bahagia ini ada di mana-mana. Ada yang menemui bahagia pada wang ringgit, pada butik-butik, pada percutian mewah di luar negara. Ada yang menemui bahagia hanya pada sekuntum bunga, pada makanan, ada yang bahagianya terletak pada anak kecil yang belum mengenal erti hidup. Di mana-mana ada bahagia, terpulang kepada cara kita meletakkan nilai kepada bahagia itu.

Bahagia saya ada pada keliling saya. Walaupun ia cuma sepiring ikan pekasam.

Walaupun ia cuma semangkuk sambal belacan bacang.

Hahahahhah! Sebenarnya nak bagitahu, dah dua minggu tekak saya menikmati sambal bacang, sambal kuinin tanpa jemu. Setiap kali menggaul nasi panas bersamanya, saya akan terkenang arwah nenek. Ini bekal dia satu ketika dulu waktu dia turun ke bendang. Bersama ikan cerut goreng dan sebekas air kopi. Allah...teringatkan ini, air mata mesti susah nak control. 

Saya budak kampung. Turun ke dalam selut sama-sama untuk menyemai. Main lari-lari atas batas. Kayuh basikal jauh-jauh round dari satu kampung ke satu kampung. Mandi dalam parit. Panjat pokok. Terjun sungai. Zaman kanak-kanak saya puas bergelumang dengan alam. Itu juga bahagia. 

Bahagia saya tidak jauh. Saya menemuinya di sekeliling saya. 

Rose dan orkid yang berbunga juga bahagia.
Lavender yang Tuan Syed belikan ini juga sudah cukup membahagiakan.

Jumaat lepas, saya bawa Maryam dan Mardeyah ke ofis. Saya request dengan Fazleen, my officemate, untuk inaikan tangan mereka. Bukan main tersenyum masing-masing tengok hasil tangan Lin ni. Siap request nak buat kat kaki, tapi mami tak comply sebab dah lewat petang. Memang ini kesukaan mereka.




Dalam kita mencari bahagia kita, dapatlah juga berikan bahagia kepada orang lain.

Tuesday, 2 June 2015

Seven years together

Where flowers bloom


so does hope.


Thank you very much abang, for the lovely phalaenopsis.

Monday, 1 June 2015

Happy Anniversary

Belum pun sepuluh tahun usia perkahwinan. Tapi telah melepasi usia lima. Alhamdulillah 'ala kulli haal. 

Alhamdulillah atas jodoh yang Allah aturkan ini. Semoga kekal hingga hujung nyawa. Moga darinya, dapatlah balasan syurga. Ameen.

Dia tak pernah janjikan saya rumah yang besar, dia tak pernah janjikan saya kereta mewah. Dia tak pernah janjikan saya harta melimpah ruah. Tapi apa yang diberikannya, sudah lebih daripada apa yang saya perlukan. Saya tak mahu lain kecuali adanya dia di samping saya.

Abang, grow old along with me, the best is yet to be.

Monday, 11 May 2015

Redang Island Resort

After two months balik dari Redang Pelangi, sekali lagi kita ke Redang. This time kita tumpang orang sebab the walid attending a course which held at Redang Island Resort. So, ada penjimatan di situ ye sebab the accommodation was provided by the organizer. Kita cuma tambah duit tambang je. 
 
Kita keluar Enstek at twelve midnight, sampai Kuala Terengganu around five and we checked in budget hotel untuk mandi-mandi dan bersiap. After breakfast, we went to the jetty straight away. This time tak naik speed boat ke Redang like the last time kita datang. Yang ini was a bit proper, naik boat besar from Jeti Syahbandar.


This boat agak besar tapi tak berapa selesa sebab gap from row to row tu agak rapat. Plus, it took us two hours juga lah nak sampai ke Redang Island. Knowing perangai budak, lama sikit je they all dah getting bored. And yet, screen boat ni tinggi so tak dapat lah nak mengintai pemandangan luar, unlike naik speed boat, memang terasa pipi ditampar angin, and the sea view tu diaaa...open wide.


Masih dalam boat. The mami dah buat muka boring. Lagi pulak perangai budak-budak, melompat, berlari ke depan ke belakang. Abdullah pulak main tarik-tarik rambut orang depan. Haippp!!


Sampai jeti sana, organizer dah standby van untuk the DG and a bus untuk other participants. Naik bas, kena menapak lah sikit. Since we datang dengan budak-budak kenit plus dengan perut besar ni, dapatlah menumpang van, sekali dengan the DG.

Lepas check in, semua lega. Paling lega si Abdullah sebab dari tadi asyik kena kepit.


Redang Island Resort. Sebelum pergi, i dah google macam-macam about the resort. Memang this resort is the only one yang tak ada beachfront. Located kat atas bukit, sebelah airport. Dia cuma ada nice view - hutan view and sea view. Chalet dia double storey. Kita dapat bilik first floor yang view hutan. Belakang chalet tu curam yang amat. Lepas tu kat railing tepi balcony tu siap ada notice 'This is not a safety barrier'. Fikiran jahat mak dah fikir macam-macam. Kot jatuh la budak-budak ni, kan dah panjang cerita.


Keliling chalet memang penuh pokok-pokok. Nyamuk pun boleh tahan jugak banyak nya.


Atas faktor itu, organizer sangat generous memindahkan kami ke another room. Ground floor saja and sea view. Thank you. 


Sea view. Dari bilik ni boleh nampak marine park.




Tak ada beach, nak. Tengok je lah laut tu.





Walau pun dia tak ada beach, tapi dia ada sekangkang kera private beach. Tapi, nak turun ke situ kena lalu trail. Turun tak ape. Nak naik balik tu, mengah jugak lah. Dan private beach nya tak macam di Long Beach. Di sini, pasirnya kasar-kasar, banyak corals, banyak batu.


Duduk main sekejap je boleh lah...nak mandi, tak tergamak rasanya.


Kalau di Long Beach dulu, depan resort tu je pun dah ada corals yang cantik-cantik. Memang boleh snorkeling kat situ je for those yang malas nak join snorkelling ke tempat lain. Tapi kat RIR ni, nak snorkeling, harus lah kena request dengan resort. Dia akan arrange kan boat. So, the walid punya group dah request siap-siap this activity. Kita pergi second day, morning. 


Cuma this time boat ni bawak ke open sea saja. Tu pun ikan tak banyak sangat. Tak pergi marine park. Lain kot dia punya charge.


Dah orang bawak free, ikut je la...jangan banyak komen.


Nampak tak kaki dua budak tu. Itu Maryam and Mardeyah. Kaki orang tua tu nampak? Itu Dato' DG. Dua budak ni, asyik lah menyendeng the Dato'. Mana tak nya, dia pun rajin melayan budak-budak.



Us, without Maryam. Where was Maryam? Dengan Dato'. Boleh gitu?





I pun turun snorkeling jugak. But i think itu last kot i snorkeling sebelum deliver. Because dengan perut and badan yang makin membesar bagai johan ni, i dah gunakan sepenuh kudrat untuk memanjat tangga boat. Kalau lagi besar perut ni, entah-entah i balik dengan bergayut kat pelampung je la kot.


Bukan main seronok diorang dapat main air. Balik snorkeling, sambung terjun pool pulak. Tak kira matahari terpacak atas kepala ke. Extra energy.



Petang tu masing-masing tak tidur. So the mami bawak jalan-jalan (kaki) pusing resort. Membeli belah di kedai souvenir.





Biar si kecik ni guling-guling atas padang. Main lah sampai penat, nak.




Malam tu, sekali lagi kita menumpang, tumpang barbeque orang. Balik kepenatan, cepat aje trio ni lena. Pagi-pagi lagi, the mami kejut sebab nak jalan-jalan lagi ambil hawa pagi.






Cantik bunga ni. Once dia mengembang, macam kupu-kupu.


Third day tu, tengah hari kita checked out dan ke jeti dengan bus. Menapak la di tengah-tengah panas tu. Jangan manja sangat okey. Dah la ikut trip free. Hehehehh!


Penat betul si kenit ni. Puas dia main rumput. Tapi sayang, kat RIR ni tak ada beach. I think, my trio lebih suka stay kat Long Beach, sebab they all cakap boleh main pasir - pasir situ sangat halus. They all cakap boleh tengok bulan - kat RIR ni banyak nyamuk sebab dia dalam hutan, unlike kat Long Beach. Boleh makan maggie - kat Long Beach sangat happening bila waktu malam.


Maybe ada orang yang memang suka kan gaya percutian di RIR ni. But not us. Di RIR ni, water activity agak terhad, and rasa macam isolated. Kita duduk atas bukit, tengah-tengah hutan. Balik-balik duduk kat balcony tengok laut. 'tengok' saja ye. Rasa macam something is missing sedangkan kalau bercuti di island ni, sangat sinonim dengan water/ beach activity. Tapi, you can not have it all bila berada RIR. Macam percutian orang tua-tua pulak. Hahhahaha! I muda lagi you!

Haishhh...! Tak boleh komen banyak-banyak ni. Sebab trip tu pun sponsored. Lagi nak demand macam-macam.