Assalamualaikum wbt.
Rasa begitu lama tinggalkan blog ini. Begitu masa terlalu
menyibukkan kita dengan pelbagai hal. Bukan perkara-perkara penting sangat pun.
Bukannya sibuk ulang-alik naik belon meeting dan urusan kerja di luar negara,
hari-hari bawa passport ke sana ke mari macam kebanyakan orang-orang hebat tu.
Bukan.
Orang biasa-biasa macam saya ni, balik-balik perkara rutin yang
diulang-ulang laku. Balik-balik hal-hal domestik saja. Tidak ada apa yang
menarik untuk dicerita, tiada juga parenting tips dan segala teori keibubapaan
untuk dikongsi. Tapi itulah rutin yang memenuhkan jadual harian saya sebelum
tutup mata.
Family first. Tomorrow is not promised, today is short. Spend time.
Be kind, and serve one another.
Walaupun kita sibuk here and there, event-event penting sebolehnya kita tak lupa. Semalam my little man just turned one. Happy 1st Birthday to lil' Muhammad! Moga rahmat dan
kasih sayang Allah sentiasa bersama-sama kamu.
Walid was not at home since Thursday. So this Jedi Master mom bundled
everyone into the car and drove them to the Mid Valley Megamall. Bagi kami, biarpun setahun cuma usia dia, celebrate tetap
celebrate, biarpun hanya dengan seketul cupcake.
and a plate of strawberry waffle - it looks nicer and better than the cake!
help yourself, boy... it's your birthday
that's my boy!
Yes, memang betul, setahun usia dia belum faham erti
harijadi. Tapi bukankah dia juga tetap ahli keluarga kita. Tiada apa yang
dibeza-bezakan antara anak-anak ini. Jika kakak-kakak dan abang dirai
harijadinya, dia juga tetap akan dirai sebegitu.
Biarlah cuma kami-kami sahaja yang mengingatinya. Sebab
itulah mami kisahkan juga di sini supaya bila dia besar nanti, dia tahu, dia juga
ada memori untuk dikenang - and someday, when the pages of my life end,
they will know that they are one of its most beautiful chapters.
Getting into everything... following brother and sisters... and what not.
Mainlah anak, the floor is yours.
Sempena setahun usia adik, mami sediakan infographic yang
tidak seberapa ini sebagai hadiah buat adik.
Sanah hilwah, adik.
Barakallahulaka...
lots of love, hugs and kisses...
from all of us!
No comments:
Post a Comment