Nuffnang

Sunday 30 August 2015

Dramatiknya Bersalin Kali Keempat

Salam all.

Baca tajuk je dah boleh tau i dah bersalin. Bersalin kali keempat. Tajuk tak surprise- sangat straight forward. But better than 'Suamiku Jatuh Dari Langit' 'Suamiku Encik Sotong' dan yang seangkatan dengannya. Sempat mengumpat lagi.

Bersalin ni bukan rutin tiap-tiap hari ye. Jadi bila bersalin - dah lalui azab siksa tu, harus la nak buat coretan peribadi. Nanti-nanti anak boleh baca dan boleh tau macam mana dramatic nya kedatangan mereka tu.

*dah lama duk dalam draft je.ni baru dapat kesempatan nak sambung*

Sebelum i hilang ingatan, entry ni nak kena siap cepat-cepat. Sebab makin berumur ni makin kerap lupa. Hari keberapa ntah lepas bersalin tu ada budak office minta password nak update dashboard. I boleh lupa. Padahal baru je berapa hari cuti meninggalkan ofis. Dahsyat sangat tahap hilang ingatan ni.

Ok, last 14 Ogos 2015 i ada update dari labour room. Itu benar. Friday morning tu i pergi Klinik Annur sebab Dr.Khamsiah nak buat lie check. Around 10 o'clock terus masuk jumpa dia, dah tak payah ambil nombor bagai. Dia buat ultrasound, Alhamdulillah kepala baby dah ke bawah. Dr.Kham nak buat VE-tanya lah mana-mana perempuan mesti tak ada sapa yang sudi angkat tangan cakap dia suka VE ni. Kerut-kerut and habis herot benyot mu
ka nak tahan sakit kena VE then Dr.Kham cakap "3cm. Jom bersalin!" Eh, doktor ni punya sempoi, dia cakap macam nak ajak pergi shopping je...

Memandangkan takut baby pusing balik, kami hubby wifey setuju untuk induce pagi tu. Klinik suruh pergi register kat hospital. Kami keluar klinik je terus pergi makan dulu. I dah tahap macam tak boleh nak fikir dengan waras bila dengar nak kena induce. Tapi, better la daripada kena ceasar.

Habis makan baru serah diri kat labour room. Tukar uniform. Eh, sekarang Annur dah guna gown. I like! 11.30pagi, nurse buat iv masukkan pitocin. Ok, rasa lega sebab tak guna yang tablet tu. Then, bila nurse tanya nak ambil epidural tak, laju je i jawab taknak. Sebab teringat masa bersalinkab Mardeyah just guna pitocin je and i boleh tahan sakit tu.

Dah pasang CTG untuk monitor heart rate baby and contraction. Tapi tak rasa apa-apa lagi. Pitocin belum berkesan kot. Tuan Syed pergi solat Jumaat kat masjid depan hospital. My SIL datang teman di labor room - waktu rehat Jumaat kan panjang. Dalam 1.30 tengah hari, Dr.Kham datang untuk prick air ketuban.

Kisah dramatic bermula. Masa nak prick tu Dr.Kham suruh midwife pegang kepala baby supaya kepala baby tak bergerak. So dia cekak kat ari-ari. Air ketuban i sangat lah banyak. Tiba-tiba Dr.Kham suruh jaga-jaga "ada cord!ada cord!" Tali pusat turun sekali dengan air ketuban. Dr.Kham suruh pegang betul-betul kepala baby and dia seluk untuk tolak kan cord tu naik ke atas. Kalau cord prolapse, memang kena csec.

Doktor pesan, monitor jantung baby. Sebab bila ada contraction, kepala baby akan ditolak masuk birth canal, dan dalam masa yang sama cord kat tepi kepala dia terhimpit menyebabkan heart rate akan drop.

Air ketuban terus menerus keluar. Dr.Kham datang semula a few minutes nak cek. "Ada jari! Ada jari!" I was like...apa lagi yang tak kena ni. Rupanya tangan baby ada atas kepala. Dr.Kham seluk and kuis-kuiskan jari baby. "Kalau tangan dia tutup kepala, kepala tak boleh engage dalam birth canal, so memang kena csec", kata doktor. Seram sejuk i dengar Dr.Kham explain.

Disebabkan nak make sure kepala dia yang turun dulu, bukan cord bukan tangan, doktor dudukkan i 90darjah. Lepas doktor keluar, my SIL cakap "Boleh eh doktor tolak-tolak macam tu je. Dia buat macam mana ek?" Kitorang kagum sekejap di situ.

2.30petang Dr.Kham datang buat VE. Baru 4cm. Dr.Kham cek rekod bersalin i yang lepas-lepas (i bersalin sebelum-sebelum ni semuanya di Annur), i bersalin dalam 4hours lepas prick ketuban. Masa ni tak berapa sakit sangat eventho pitocin tu dah maximum dose dah.

Lepas tu..apa ye. Dah datang penyakit lupa dah.

Sampai pukul 5ptg macam tu kot, sakit sikit-sikit je. Contraction pun tak regular. Patent dia tak cantik. Lepas tu sakit makin intense. Masa sakit tu i bagitau Tuan Syed "Benda yang paling-paling B taknak dengar time ni ialah - masih 4cm". Sakit you alls...i agak-agak dah 6cm dah time tu.

Dalam 6.30 petang Dr.Kham datang, dia buat VE. "4cm lagi" TAKNAK DENGAR!! Contraction dah mula kuat. I tak boleh terima hakikat masih tak dilate banyak.

Tapi dalam 7.30petang, nurse cek dah 6cm. Lega la jugak sebab ada progress walaupun slow. Sakit makin intense. Lepas maghrib tu Dr.Kham masuk tanya ada rasa nak teran ke. Memang belum rasa macam nak terberak tu. Dr.Kham ada kes kat OT.

Lepas dia habis OT, dalam pukul 9mlm lebih kurang, dia datang lagi buat VE. 6cm. "Progress very poor." Sedihnya dengar *insert cry here* Sakit dah sakit sangat tapi tak bukak banyak. Doktor explain "11.30pagi induce tapi since progress very poor, kita cuma boleh tunggu lagi 2 jam je. Tak boleh lebih dari tu sebab air ketuban dah tak ada, boleh jadi macam-macam kat baby. So kalau tak bersalin jugak by 11.30malam ni, kita akan csec."

Tak sedar entah bila Dr.Fatimah masuk. Sekarang ni kalau bersalin after office hour, doktor yang oncall akan sambut baby. And malam tu, memang Dr.Fatimah yang oncall. I agak, Dr.Khamsiah dah balik and pass my case kat Dr.Fatimah. Lembut and sangat motherly Dr.Fatimah ni. Dia suruh i baring mengiring untuk cepatkan bersalin.

10.30malam, i dah sakit sangat-sangat-sangat tahap rasa nak tendang dinding, tangan macam orang bersilat. I mengada, tengah sakit-sakit tu tak feel la nak genggam besi penghadang katil. Rasanya lagi selesa kalau genggam tangan laki sendiri. Itulah namanya pain transfer. Gitewww drama swasta akak... Dia pun mesti naik letih dengan kerenah i. Tu yang tengok dia tidur kepenatan lepas i bersalin, rasa kesian pulak kat dia.

Kejap-kejap suruh gosok kaki gosok belakang. Lepas tu ngadu sakit. Memang sakit pun. Sampaikan dia tanya i "B nak czer sekarang ke?" AAAAA....TAK TAU! ikutkan hati, memang nak czer sekarang jugak sebab nak tamatkan segala azab ni. Tapi...akak try jugak berfikiran waras. Dia betul-betul ke, atau nak reverse psycho i semata-mata.

Dah tu, akak pun cepat-cepat kembali ke alam nyata. Allah give you labour pain for a reason. Ingat tak, apabila mula saja sakit nak bersalin, telah tercatat pahala jihad bagi seorang wanita itu. Only Allah knows the extend of your pain. But just dont give up right before Allah is about to replace your suffering with happiness. Itu saja penyambung kekuatan i waktu tu.

"Abang...nak ambil epidural..." Cepat-cepat Tuan Syed tanya nurse. Nurse call Dr.Kham, doktor kata bagi yang jab je dulu, tak payah epidural. Tapi, pain killer yang cucuk kat pinggul tu tak memberi kesan pun. Sakit tak hilang macam ambil epidural.

11.30malam. Belum bersalin. Sakit makin kuat. I dah tak berdaya. Sebab sepanjang dalam labour room ni makan roti je seketul. Takde selera. Air pun berapa teguk je i minum. Kali ni bersalin memang sempoi. Datang labour room melenggang je. Air selusuh? Nanhado. Kurma? Air Zamzam? Nanhado. Makanan? Nanhado. Bajet macam sejam dua je dalam labour room. Nanhado...

11.45malam. I rasa sakit contraction tu eased dengan i meneran sikit-sikit. Eh, ni macam ada benda nak keluar. I let the team know yang i rasa macam nak meneran sangat-sangat.

VE lagi. "Baru 9cm puan, belum boleh teran lagi ni"

Seriously. I memang dah nak teran dah time tu. I meronta macam budak kecik nak terberak. Nurse pasangkan stand kaki tu, standby equipments bagai. Lepas tu nurse jenguk-jenguk tingkap, rupanya menunggu doktor datang.

Tiba-tiba Dr.Kham datang. Terkejut sebab bukan ke patutnya Dr.Fatimah oncall? Tapi seronok sebab at last, bersalin dengan Dr.Kham jugak.

Nurse buat VE lagi. 10cm. Lega. LEGA. LEGA. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba juga. Dah dua belas jam dah i dalam labour room. Finally... Tiga empat kali push, terasa seketul benda hangat dan licin keluar. Baby terus diletak atas perut i. Alhamdulillah...syukur pada Allah.

11.53 malam. Lelaki. 3.5kg. Alhamdulillah 'ala kulli haal.

The next morning Dr.Kham buat ward round dia recap balik. Memang banyak kali dia sebut nak kena czer nak kena czer tapi akhirnya i boleh juga normal delivery eventho kali ni tougher and longer. Ikutkan baby yang transverse lie, cord nak jatuh, tangan baby nak keluar,dan lengthy labour-semuanya boleh end up dengan czer. Tapi dengan rezeki daripada Allah, dapat juga bersalin normal.

Rezeki sangat. Tak jadi czer - selamat perut i, selamat duit. Bhahahahahah! Pulak tu, tak perlu epidural - jimat duit lagi. Dasarrr...!

Dr.Kham explain. Kalau ikutkan practise, bagi kes multigravida, paling lama in labour hanya 8 jam saja. Cuma untuk kelahiran first saja yang dibolehkan sampai 12 jam. Tapi Dr.Kham apply 12hours kepada i walaupun ini multigravida. Dia tak boleh go beyond 12 jam dah sebab kalau dia allow benda tu, jika jadi apa-apa, dia akan kalah if kena challenge kat court. Sebab tu dia bagi 12 jam je. Lebih 12 jam, i memang kena czer. Dr.Kham cakap, dia tak pass kes i kepada Dr.Fatimah yang oncall malam tu sebab dia kata dia lagi tau how complicated patient dia.

Lepas tu Dr.Kham tanya "how many children do you want?" Terus mak keras di situ tak tau nak jawab. I tengok Tuan Syed, dia tersengih-sengih macam pengantin kena usik, bole?? Malu-malu je suara dia sebut nak sepuluh. Gulp!! Sebenarnya doktor nak tau tu sebab nak tolong kami hubby wifey buat family planning. Sebab tak mustahil lepas-lepas ni sama macam ni juga trend mengandung i. Lepas ni? Lepas ni? Are you serious? Beranak lagi lepas ni? Hello..! *tampar pipi sendiri* Dua hari lepas keluar labour room, boleh la cerita azab in labour tu macam mana - rasa taknak bersalin lagi dah. Ni dah lepas dua minggu, lupa terus. Penyakit hilang ingatan tahap kritikal ni. Kihkihkih!

Sebelum Dr.Kham keluar ward, dia ucap tahniah pada kami hubby wifey and dia kiss dahi i. Waaahhh!!!! Doktor yang sorang ni betul-betul buat i rasa tak serik nak bersalin lagi!

Friday 14 August 2015

Thursday 13 August 2015

Mana Kepala Dia??!

Assalamualaikum semua. Muslimah gitu mukadimah kita hari ni. Sesuai dengan mood keinsafan di kala senja begini.

Akak tengah sedih. Tadi tengah hari ke Hospital Annur for regular antenatal check up. Masa nombor queue dipanggil, bergegas lah i masuk bilik 5. Tak sempat nak duduk terus Dr.Khamsiah suruh baring tepi mesin ultrasound tu.

"Ok jom tengok baby, dah full term ni. Ada tanda-tanda labor tak?"

Nanhado, doktor... "tak ada pun lagi" bunyi macam frustrated dengan baby yang nak jadi anak shark ni-duduk dalam perut for four years.

Lepas sapu-sapu gel tu, first sekali Dr.Kham target kat ari-ari.

"Eh, mana kepala dia?"

MANA KEPALA DIA?

MANA KEPALA DIA?

MANA KEPALA DIA?

Suara Dr.Kham masa tu i dengar ala-ala bergema melantun-lantun macam bercakap kat gua.

Dr.Kham kona ke belah kiri pulak.

"Baby pusing. Kepala di sini."

Dia kona belah kanan "Sini punggung dia"

"Kalau kedudukan yang macam ni...normally kita akan ceasar"

Lepas tu apa yang dia cakap i antara dengar tak dengar. Lama jugak dia tenung and cari tulang peha. Entah apa lagi lepas tu dia cakap, semuanya akak dah tak dengar. Sebab balik-balik akak terngiang-ngiang ayat MANA KEPALA DIA?

Dia tanya baby aktif ke semalam. Seingat akak la semalam dia kurang gerak. Tapi bila dah malam tu bukan main gedebak gedebuk dia bergolek dalam perut. Sampai pukul 1 pagi tu ada 4 kali contraction yang sakit - memang time tu dah start timing sebab rasa macam cramp nak bersalin. Pukul 2 akak tidur sampai pagi - sakit pun hilang.

"95% baby bila dah 39 minggu kepala di bawah dan tak akan pusing balik."

Entah berapa kali tengok Dr.Kham tarik nafas sambil berfikir-fikir. I was completely clueless masa tu.

Resolusi nya tadi:

1-esok pagi datang klinik lagi untuk lie check.

2-If kedudukan cephalic, yakni kepala di bawah - doktor akan buat VE dan bagi bersalin.

3-if kedudukan masih melintang, doktor akan cuba tengok possibility untuk buat ECV then induce labor.

4-kalau hari ni ada tanda-tanda labor is on, KENA datang hospital immediately.

Tapi doktor bagi juga next appoinment hari Khamis. If ok semuanya esok, sama ada tunggu labor atau tengok lah macam mana esok ni. Akak dah confused. Antara faham dengan tak faham, akak buat-buat faham.

Pesanan Dr.Khamsiah:

1-malam ni buat solat hajat. Doa banyak-banyak.

2-malam ni baca surah Maryam.

3-sujud lama-lama sikit.

Lepas habis check up tu, zasss akak text Tuan Syed laju-laju. He is in Kedah.

Dan akak di sini, sejak sampai rumah tadi semuanya rasa serabut. Sambil iron baju sekolah, sambil fikir bilik air atas belum dicuci, hari ni belum vacuum rumah, haiwan tumbuhan stok untuk berpantang nanti belum dibeli, confirmation sekolah Maryam belum submit lagi, arahan bos untuk update dashboard belum buat lagi, exercise knee-chest belum buat lagi, pokok pun belum siram untuk petang ni, kemeja Tuan Syed yang nak iron belum hantar ke dobi, nak pegi saloon untuk new haircut pun belum pegi lagi, nak ke kedai lampu beli globe bulb pun tak kesempatan lagi.

APA LAGI?

Banyak benda nak buat dik non...tapi semuanya macam tak sempat - pergerakan mak buyung very slow, very limited, progress pun slow la.

Kayuh pelan-pelan. Kita tak ada maid. So, time macam ni kalau ada orang yang buat kita rasa macam kita ni maid, memang rasa nak meraung - mana kan badan lagi penat minta berehat, baby dalam perut pusing sana pusing sini sesuka hati. So akak akan ada tendency untuk salahkan keadaan -  the baby keep on spinning sebab posture badan semasa mengangkat bakul kain, membongkok bersungguh-sungguh masa basuh berak anak, kutip sampah, lap lantai, kutip mainan. Boleh camtu? Emo sangat nih!

Tapi sempat juga google gambar Che Ta Bersalin. Orang lepas bersalin selalunya nampak pucat lesi. Bawah mata sembap. Bibir kering. Tapi Che Ta memang perghhhh! Anggun je, tak macam baru lepas meneran. Suka! Suka! Suka!

Tuesday 11 August 2015

Pecah Kaca Pecah Gelas

Kisah ni mula pada Jumaat malam. Waktu tu Maryam dah mula demam, terbaring je dia atas katil i. Malam tu the trio tidur berhimpit dengan i sebab Tuan Syed was away- outstation. Macam biasa, sebelum tidur i kemas bilik, kutip all the toys yang bersepah sebab takut tengah-tengah malam bangun nak ke toilet, terpijak kan naya. Maklumlah...master bedroom ni macam playland pun ada kadang-kadang-memanjang je ada toys ceruk sana ceruk sini.

Masa tengah siap-siap nak tidur, i teringat nak spray Versace Absolu - anak-anak suka kalau mami wangi-wangi masa nak tidur- syok nak peluk-peluk, gomol, kissing, Eh, the walid pon suka kot..hahahahahh! Tiba-tiba i ternampak bucu bebuli Absolu tu pecah. Tajam pulak tu.

Kalau ikutkan jiwa mak tiri ni, i kira nak tempik aje. Tapi entah nape malam tu macam fairy godmother pulak i tanya diorang baik-baik "Siapa yang bagi pecah perfume mami ni?"

Mungkin sebab muka i suci nak mampus masa tanya tu, laju je Maryam angkat tangan sambil tersengih sebab dia tahu dia bersalah. Then i tanya lagi "Mana perginya serpihan kaca tu? Terkena kaki sapa-sapa tak? Bahaya ni..." waahhh...mithali betul i waktu tu- macam tak caya keupayaan diri sendiri mengawal marah.

Dia kata dia tak tau tapi Mardeyah jawab dia jumpa kat tangga. Then baru i tanya macam mana benda tu boleh jatuh. Maryam cakap dia nak bawak baju, towel, bedak, sikat and perfume turun bawah, tapi tangan dah penuh so perfume tu terlepas. Terus i rasa kesian - i boleh bayangkan macam mana kalut dia masa nak bersiap tu, dia kan diva. Mesti time tu dia bersiap dengan penuh berdebar- knowing mak dia cepat menyinga kalau tau benda ni.

Lepas tu i cakap jangan pakai perfume tu sebab bahaya. Ada kaca yang tajam kat bucu botol tu, nanti kena tangan boleh luka. Sekali lagi i jadi mithali gitu. Ok, siasatan malam tu berjaya mencapai visi dan misi. Ye lah, selalunya i susah nak interrogate diorang bila gunakan pendekatan melenting ni. Tamat kisah siasatan.

Kawan i pernah share benda ni - tips nak elak melenting bila anak buat perangai yang boleh mendatangkan marah. Dia kata tangan kena cepat-cepat grab camera and ambik gambar kejadian to distract daripada mulut yang berjalan dulu. Dan satu advantage nya lagi, nanti anak dah beso sikit tunjukkan balik gambar nakal dia tu at least dia ada kenangan.

So, nah anakku mami belanja gambar kenangan. Betapa diva nya anak sorang ni baru enam tahun, dah share perfume dengan mami. Belum darjah enam lagi tu.





I report kat the walid perfume i pecah. Kot la dapat satu lagi perfume baru. Melampau betul permintaan. Nan hado ye... Raya hari tu baru dapat satu yang baru. Nampak gayanya, kena habiskan cepat-cepat Absolu tu baru guna yang lain.

Tapi apa yang menjadi kegusaran i, serpihan kaca masih gagal ditemui. Stress pulak. Sabtu malam tu, i belek2 kawasan kejadian tapi misi SAR masih gagal menemui sebarang objek berbahaya.

Dari Sabtu malam berlanjutan ke Ahad. Gagal juga. Sampai la Ahad malam tu. I main kejar-kejar dengan little Abdullah dalam bilik dan dalam gelap. Gelak mengekek budak tu kena agah. Buduss sangat ni main dalam gelap. Tiba-tiba Zasss! Jari kaki i terlanggar sesuatu yang tajam. Tu la orang tua-tua dah kata...jangan gelak lebih-lebih, nanti setan tumpang sekali.

I raba-raba jari kaki i and terasa berlendir je. Terus the walid on lampu dan tu dia...jari i dah berdarah. Memang sah i terpijak serpihan kaca tu. Tapi musykilnya...serpihan tu kecik je dan i pasti ada lagi banyak serpihan yang masih belum ditemukan.

Nasib baik yang kena tu kaki i, kalau budak-budak ni yang kena, mau panik mak di situ.

Ala sebenarnya i kena tu sebab kafarah dosa. I paling banyak dosa kot dalam rumah ni... sob~sob~sob. Sorry everybody!

Monday 10 August 2015

Dah bersalin belom?

38 weeks + 6 days and no labor sign yet. That's me la.

Masih menghitung hari dan menanti dalam ketaksabaran. Tak sabar nak rasa cramping yang macam nak tendang dinding. Tak sabar nak rasa double overlapping contraction sampai tak sempat nak bernafas walau sesaat. Tak sabar nak rasa ada benda besar yang nak diteran keluar. Tambah dah nak masuk 39 minggu ni, nak bawa perut tu Allahu Akbar...macam ada bola bowling yang nak terlondeh dari perut kau. Lepas tu sekali menapak, terus macam ada current kat pinggang. Cepatlah episod ini berakhir...

Rasa macam satu kesilapan sebab ambil maternity leave awal sangat. Kalau duduk rumah tu ada jacuzzi boleh jugak la fefeeling orang kaya berendam sampai lembut pintu rahim. Ni balik-balik pusing dalam rumah tengok pintu belakang tengok pintu depan pastu lagi nak question bila contraction nak datang ni. Lepas tu kejap-kejap masuk toilet cek dah ada bloody show ke tak. Tahap paling busuk siap google self induce method. Kerja gila.

I pernah rasa overdue 3 hari masa ngandung Maryam. Mardeyah awal sehari dari due date. Abdullah awal lima hari dari due date. Tapi sepanjang yang Tuan Syed ingat, i ni overdue bagi ketiga-tiga pregnancies. Dah jenuh dah i betulkan fakta tu. Sebab tu kena repeat kat sini, sebagai nota. Jangan marah, bang..

I memang tak suka perasaan bila overdue tu. Sampai EDD dan tak ada any show, memang sangat frustrated. Rasa macam looser. Itu perasaan i. Rasa macam i ni akan pregnant FOREVER. Very bad - nampak tak betapa kiasu nye kak ton di situ?

Tambah tak suka bila due date tu tiba makin ramai pulak orang bertanya dah bersalin ke belum? Tensi tau! Tapi lepas ni akak dah ada modal nak jawab apa kalau nasib overdue tu sekali lagi menyebelahi akak...


*Phuhhhh!Tiup kuku sendiri*

Saturday 8 August 2015

Amira, who?

Macam dah lambat kot nak cerita pasal benda ni. Paling buruk pun, dah tahap basi. Ala..pasal prank yang jadi viral tu. Yang 'Diana,who?' tu. I dah tak follow apa-apa pun dalam facebook so agak tertinggal di situ. I tau pun, bila orang buka mulut di ofis bercerita macam mana diorang gurau dengan spouse guna cara tu.

Ada spouse yang boleh terima bila disebut nama orang lain. Ada yang cemburu. Biasanya perempuan la yang akan terlebih kisah sebab hati perempuan kan fragile. Perempuan kan cepat cemburu. Kalau dapat yang tak cemburu, ada la tu suis dia yang tak function. Hahhahahahhh! Lelaki kebanyakannya tak peduli sangat bila wife/gf sebut nama lelaki lain. Kekonon macho la. Tapi, tak dinafikan ada spesis lelaki yang memang sangat peduli, but again, they are tooooooo macho to admit it.

Hari tu masa tengah packing beg Tuan Syed nak pergi outstation, dia sebut "Kejap lagi nak pergi ambik jacket kat Amira".

Amira, who?

Dah, takde nak follow trend tu ye. I tau, Amira tu nama kedai dobi kat area rumah kami ni.

Dah tu dia buka cerita pasal prank Diana ni. Dia pun cakap, ramai betul yang test kat spouse benda ni. Eh, best ke test-test macam tu?

Kalau i...tak berani la nak gurau benda-benda macam ni. Nanti dia tanya "pasaipa, seronok sangat ka buat orang rasa macam tu?" Kau nak jawab apa jemah oiii..?I fikir balik, dia pun tak kuasa nak test i sebab dia tau i macam mana. Kalau nak tengok cerekarama berlaku depan mata, sila lah buat ye.

Pendek kata, bukan semua orang boleh terima prank macam tu. Tak kira lah lelaki ke perempuan. Ini soal hati dan perasaan tau. Benda yang paling kita kena jaga dalam rumah tangga. Akak dah  macam DMFK la pulak. I pun selalu juga tergelincir dalam bab ni especially time selfish, mana kita teringat nak jaga perasaan orang lain dah. Mintak ampun, bang...

Ok, tak payah la nak prank macam tu, lebih baik jom kita perbaiki diri. Kenali pasangan anda, raikan perbezaan - waaahhh...macam prof muhaya gitu!

Friday 7 August 2015

Another Kiasu Story

Ini update yang paling laju kot. Takut lupa kalau lambat and lengah-lengah. Ok, Monday hari tu the sisters dah mula schooling kat area rumah kami ni. Sebab i dah mula maternity leave. Belum bersalin tapi penguin tua ni ambil cuti awal dua minggu.

Rasanya biasa kot mana-mana teacher akan create whatsapp group untuk parents kan? So i tak terlepas dari group ni cuma i passive je di situ. Siap mute setahun.bhahhahahah! Ganggu la, kita nak tahu important message from teachers je tapi ada jenis manusia yang bangsa ngadap telefon doplohpatjam, sikit-sikit nak update dalam group, sikit-sikit nak post dalam group.

I ada juga reply tapi tengok isu lah. Macam isu GST, school fees included ke excluded, overtime charges, benda-benda penting i respon la jugak. Tapi takde la sampai tiap-tiap pagi i nak post mutiara kata, nak post gambar anak-anak walaupun i tau anak i comel. Hahahah (lantak kau, anak sendiri-puji je la). Takde la tiap kali i buat payment, i update dalam group, tiap kali anak i absent,nak bagitau teacher melalui group -yang tu cukup lah sekadar private message dengan teacher. Tapi ada manusia yang bangsa macam tu tau. Annoying rasanya.

Sebenarnya nak cerita, semalam school lama the sisters ni ada buat jamuan raya. Memandangkan i masih lagi dalam group WA tu (nak kena leave lepas ni- high time), so i received a few photos of the kiddos updated by the teachers. Gambar jamuan raya - teacher update pun atas desakan parents yang sikit-sikit "teacher, belanja gambar [insert nama anak dia here] satu!" Then ada la parents lain akan puji "Comel la [insert nama anak dia here]". I tak jeles ok anak dia comel. Sikit pun tak. Dan i tak reti nak puji-puji anak orang comel. Bukan jenis manis mulut. Tapi, kalau i puji, maknanya anak dia memang sahih comel la tu.

Sekali tu teacher upload gambar boys and girls yang pakai baju raya sedondon. Considered coincidential la kan baju sama tema. Tapi the way the teachers put them secara couple-couple and ambik gambar pula tangan boy selit pinggang girl, tangan girl kepit tangan boy, boy and girl bertemu dada - SAKIT JANTUNG AKAK!!! <<<nampak capital letters tu??

Yes, nampak anak korang macam model dalam katalog baju raya tapi...*mintak nyawa* mak apak tu pulak boleh reply emoticon *clap*thumbsup*peace*. Oh-em-gee, seronok bukan kepalang mak apak dalam group tu bila anak dara lima enam tahun depa kena kepit dengan budak lelaki! Sorry, otometik terus i tak nampak kat mana comelnya si cilik kita tu!

Ok, ini antara printscreen comments daripada parents. Gambar anak-anak syurga tu i tak share atas faktor privacy orang lain.



Mulanya i ingat benda tu biasa je, maybe i yang lebih-lebih sangat kiasu. Tapi my friend pun cakap, dia pun rasa annoying dengan that kind of situation, dengan tindakan teachers yang macam tu. I tak salahkan mana-mana pihak (ayat artis), baik teachers, parents atau bebudak tu. Ini peranan bersama. Teachers-parents. Patutnya nak inculcate good manners ni dari kecik lagi. Dari umur ni lah. Sejak kecik kena tanamkan ada sifat malu dalam diri anak-anak, berani tu simpan pada tempat yang betul. Sekarang kita maybe boleh bangga tengok anak enam tahun macam comel je kena peluk dengan boy. Cer bayangkan anak tu bukan enam tahun, enam belas tahun misalnya, kena peluk macam tu, mak apak nak senyum jugak ke? Nak clap~clap thumbsup bagai jugak ke?

I urut dada, nasib baik lah the sisters tu dah pindah sekolah. Mujur. I bukan baik sangat bukan alim sangat nak komen benda macam ni, tapi selagi tak kena batang hidung i sendiri, lantak lah korang. Memasing dah putuskan cara untuk didik anak memasing kan. Selagi kau tak kacau hidup aku, aku pun tak kacau hidup kau - gituuuuu ayat selfish yang keluar dari mulut akak hari ni.

Ok, tu je nak update. Kejap lagi time semua orang dah tidur, i nak leave the group. Tak ada untung  rugi di sini.

Nyte~dont let the bed bugs bite...