Nuffnang

Monday 29 December 2014

Buy A Safe Car

Salam all.


Pagi ini pagi yang cemas untuk kami empat beranak when our car skidded in the rain. Alhamdulillah syukur we’re safe walaupun I was a bit shaken as I rang Tuan Syed after that nerve-wracking incident. He was away in Johor. I was about to hit both left and right dividers. Luckily semasa kejadian there was one car at the front and satu mengekor jauh di belakang. I think the driver behind me had quickly slowed down his car to avoid any collision. Alhamdulillah. 
 
I thank to Allah for the brilliant people who had invented one of the vehicle active safety features called electronic stability control (ESC). ESC ni lain model lain namanya. Ikutlah car makers tu patent technology ni atas nama apa. Certain cars panggil ASC (Mitsubishi), VSA (Honda), ESP (Merce, Audi, Ford, Peug), DSC (BMW, Mazda), ESC (Kia), VDC (Nissan) and mine was named VSC-Vehicle Stability Control. Apa yang bagusnya VSC ni? 
Gambar ihsan

Kebanyakan kereta dilengkapi passive safety features (standard features), to minimise injuries sekiranya crash cannot be avoided. Airbags and  seatbelts adalah contoh passive safety features. Mana-mana kereta pun mesti ada. 

Tapi, tak semua kereta dipasang active safety features that can help drivers to avoid crash. Anti-lock Brake System (ABS), ESC, brake assist, Traction Control, adalah contoh-contoh active safety features dalam sesebuah kereta. Vehicle safety features dipasang bertujuan untuk enhance driving safety and performance. Of course la those systems ni supplementary sahaja and kita should not rely upon the system sepenuhnya.

Technology ni banyak membantu semasa hazard detection. Kalau tak sempat detect, ia juga boleh membantu drivers to avoid hazard. Kot tak sempat avoid, ia masih dapat berfungsi sebagai hazard mitigation to reduce or eliminate car accidents. 

Macam I tadi, the road surface was super slippery due to heavy rain and it happened at a sharp corner. Think my car was going to over-steer, I released the accelerator, and trying to control the steering wheel was just making it worse maybe due to abrupt steering wheel operation. I dah terfikir that my car was going to hit the dividers and even worse, going to spin a few times, sebelum dilanggar oleh another vehicle. 

Tapi saat itulah the VSC was activated. I heard the VSC alarm beeping intermittently, anti-slip indicator pun bernyala and the steering wheel was controlled by itself to keep the car on track. Yes, I was so nervous, rasa macam ada makhluk lain pulak yang suddenly control the steering wheel. It happened just for a few seconds before getting back to normal driving mode. Syukur Ya Allah, atas kecerdikan yang kau berikan kepada pencipta teknologi ini.

So, to akak-akak, kawan-kawan and adik-adik yang sedang shopping for a new car, it is highly recommended for you to buy a safe car. Memang orang perempuan selama ni tak tahu apa-apa pasal automobile ni. Kita tend to pilih kereta asal cantik warnanya, dashboard elegant banyak buttons ala kapal terbang, ada features canggih-canggih macam parking assist, reverse camera, banyak compartments, itu dah memadai pada kita. Sebab car buyers ni memang easily to fall back on visible features macam accessories, and then dramatic features macam berapa banyak bilangan airbags yang ada, airbags tu boleh keluar dari celah mana, sedangkan itu semua hanyalah passive features yang hanya dapat mengurangkan injuries dalam kemalangan. Itu sahaja tak cukup sebenarnya. 

Keselamatan dan nyawa bukan kompromi. Wanita sekarang rata-rata memandu seorang diri, dan ramai juga ditemani anak-anak kecil. Tak dinafikan wanita ni memang synonym dengan kepanikan berganda-ganda. So, bila ada hazard sikit, terus panic. Hujan baru setitik, wiper dah pasang yang paling laju. 

Jadi, pada yang sedang memujuk suami tu, pi bagitau depa that you consider safety features as the priority, yang ada combination active and passive safety features ni. Tak apa spend extra money on this. For me, there’s no point buying a car yang crashes better but cannot avoid a crash. 

Just my two cents.  

Saturday 27 December 2014

Ujian

Salam all. Hi, good morning.

Today i woke up very early. With tears.

Emotional terlebih kot before going to sleep last night. Sebab tu i had a nightmare. Nightmare i bukanlah ada hantu jin semua tu. Bukan mistik. Tapi benda ni buat i rasa inferior. Pernah tak you all mimpi hubsy ada pompuan lain? Lepas tu perempuan tu communicate dengan you all tanpa rasa guilty. Bangga dan tergedik-gedik. Lepas tu hubsy you all jadi sesumpah sekelip mata bertukar menjadi orang yang berbeza sama sekali. Lepas tu, time tu la you all jadi manusia paling bodoh dan hodoh yang tidak punya apa-apa kekuatan, kebaikan, kelebihan. I tak suka mimpi macam tu. Buat habis mood je.


Ni akak nak pesan kat adik-adik yang masih bujang di luar sana. You all yang dalam kategori GenY yang masih memilih calon suami. Bukan sikit yang i jumpa yang plan nak cari an established man. GenY semuanya nak mudah. Kenal di fb tengok gaya macam dah ada rumah besar and kereta banyak, terus je setuju nak kawin. Tak kira lah dia agama apa. Laki siapa. Kerja apa. Janji, tiap-tiap bulan you all boleh shopping handbag baru. Sanggup melutut menjadi hamba duit. You all yang macam ni, bangsa manusia lemah ok. Bukan i cakap. Tapi statement kat atas tu ye.

Kenapa ye golongan tak bertamadun macam ni dikitar semula dalam masyarakat? Sebab Allah nak uji hamba-hambanya.

Bila ada manusia yang menyusahkan kita, itu bukan ujian sebenarnya. Itu cuma ujian percubaan. Ujian yang sebenar-benarnya ialah apabila manusia yang menyusahkan kita itu berada dalam kesusahan yang sangat teruk dan kita berada dalam keadaan yang sangat mampu untuk tolong dia.

Fikir-fikirkan.

Wednesday 24 December 2014

Wanita Kiasu ke Legoland

Assalamualaikum...hari ni tutup kedai sebab esok cuti Krismas and i sambung one day off on that Friday, insyaAllah to balik Penang. 

Hi Emma. Betul soalan you tu. I pernah juga came across articles yang bagitahu tentang CoolFever, Panacool, Hisamitsu and lain-lain yang seangkatan dengannya. Katanya, ia akan membuatkan panas dalam badan anak ditarik ke kepala dan menyebabkan kerencatan saraf. Tapi, ada kajian yang menunjukkan kaedah-kaedah lain yang biasa kita guna seperti sponge badan dengan wet towel, tanggalkan baju seluar anak, bagi direct fan/ aircond kepada anak, semua tu juga sebenarnya tidak berkesan untuk meredakan demam. Sebab these methods sebenarnya will cause them menggigil dan akan increase their core temperature and demamnya akan jadi lebih tinggi.

So kaedah terbaik adalah menggunakan antipyretic macam paracetamol ke, ibuprofen ke. Tapi baby below one year old tak boleh bagi ibuprofen. Kalau my anak-anak tinggi sangat mencecah 39 celcius degree, we just masukkan supp (ubat bontot) je. I ni kalau selagi anak belum cukup empat hari demam, memang trauma nak bawa ke hospital sebab pernah kena marah dengan doktor sebab masa tu anak baru sehari je demam dah bawa jumpa dia. So, memang i just monitor their condition - dehidrate ke tak, naik ruam ke tak, kulit pucat ke tak, ada bengkak-bengkak ke tak, and yang penting dia punya breathing, kalau nafas dia laju and ada bunyi cepat-cepat lah bawa ke hospital.  

Jadi, untuk bosses di luar sana, kalau staff anda mohon cuti rehat dengan alasan anak demam, please please please jangan keluarkan statement "asal anak demam je nak cuti". Kalau anak i demam takat sikit-sikit manja-manja, memang i hantar je ke kindy/ nursery, itupun dengan rasa bersalah sebab takut sangat kalau-kalau anak orang lain akan berjangkit dengan anak kita.  

Bernadettes Play Clay ada tanya i, how soon had i conceived again after RAI dulu. I buat RAI on 13th April 2013. My last menses before conceive tu was 23rd June 2013. Our first love lepas my menses was on 6th July 2013 - that was the soonest i might be conceived. Maknanya, i kemungkinan pregnant lebih kurang 84 hari selepas RAI. Memang i bagi semua date yang i dah mark tu kepada doktor. Segan pun ada, tapi dah namanya perempuan, kita tend to ingat hampir semua events, important dates. Sebab tu wanita ini rumit. Lelaki, kalau nak complain banyak on kerumitan wanita, please don't get married. Rumit-rumit mak ni, berasas ye.



Lagi cerita wanita. Ini wanita kiasu pula. Finally, sejak sekian lama berkira-kira nak bawa the girls ke sini, recently baru dapat peluang. Itu pun sebab the walid ada kerja di Johor, so we dengan tak malunya tergedik-gedik mengikut. Yeay!! Tak sia-sia usaha this kiasu mami memujuk rayu selama ni. Anak orang lain dah pergi berkali-kali. Anak kita baru je dapat pergi. Thank you walid! Tengok, rumit mak engkorang ni ada asasnya tau.


We bought the tickets online to avoid long queue. Ok, tipu. bukan kami tapi dia, si lelaki dewasa itu. Kami pergi Dry Park aje. Water Park kita pergi lain kali. So, cabaran ketibas (ketiak basah) pun bermula. Pergi ni kami memang survival sehabis-habisan. Memang i dah went through all the comments and blogs yang cerita pasal Legoland, those what-to-bring list, what to do, what to play first. Betul lah, bila tengok orang lain, siap bawa baju, tudung, telekung, makanan, air berkotak-kotak, kiranya stroller anak dia dah nak sama dengan lori pindah rumah! My concern was drinking water je. I dah siap pegang drinking bottle tapi Tuan Syed dah cakap siap-siap kat dalam kereta "beli je kat dalam". Dan bagus sangat sebab we forgot to bring baby carrier, tapi Tuan Syed cakap "kita gilir-gilir dukung Abdullah". Ok, fine...kita tengok setakat mana kelaratan kami mendukung budak sepuluh kilo ni.





Di The Dragon ni lah yang dua budak ni main sepuas-puasnya. Their first roller coaster ride. Their height dah lepas paras bahaya, paras no entry. Tapi, they could only masuk dengan adult sahaja.



Muka happy. Dia ni lah yang paling baik on that day. Tak cranky pun. Apa orang buat, ke mana orang bawa, dia mengikut dengan senyum. Walaupun hanya boleh main di PlayTown, tetap senyum juga. Belum faham lagi...



We rented this twin stroller and sangat worth sebab bila Abdullah tidur, we just put him kat atas hood tu.


Cuaca sangat panas. Memang lekas dehidrated. Entah berapa kali refill Sprite ni. Kesian dua Puteri Lilin ni.





Agak-agak ketiak dah basah, kita masuk kejap ke tempat-tempat yang ada aircond.


I sangat suka Baby Care di sini. Sangat luas dan selesa.


Yeay!!! Wanita kiasu nak belanja selfie satu!


Pakwe yang sangat sporting. I berkepit dengan dia je. Tuan Syed pulak bawak dua-dua handbag tu ulang-ulang naik roller coaster.




Kami masuk jam 10.00 pagi and keluar jam 5.00 petang. Kata Maryam "Penat lah mami. Tapi seronok." Ok, cukup sekadar itu. Babai dulu Legoland ni, see you in the next five years! Nanti datang lagi, adik dah boleh main pula.


On the way home, we made a stop kat Nasuha Herbs at Pagoh. Beli rempah serba sedikit. Memandangkan di rumah ada banyak Sambung Nyawa, i saja ambil gambar ni, buat motivation untuk makan ulam ni hari-hari. Bagus, banyak khasiat ye. Ni ulam kadang-kadang merimbun tak sempat nak petik.


So kita tempek gambar tu di sini, moga-moga turut membakar semangat kalian untuk mula amalkan ulam-ulaman. ulam = khasiat = sihat = cantik = wanita

Ok, babai...nak balik basuh and pack kain baju, esok nak travel, see you!

Thursday 18 December 2014

When December ends?

Morning all.

This two three days I had noticed my blackberry berbuah lagi. Tapi kurang meriah compared to last time. Yang hitam berkilat-kilat ni sangat ranum, masam-masam manis rasanya. The red ones belum cukup manis. Pokok ni mula ditanam di rumah Putrajaya dulu, tapi tanahnya berbatu-batu jadi akar pokok terlalu stress untuk dia membesar. Bila dipindahkan ke Enstek, dia agak serasi.





School holidays is coming to an end. Tinggal kurang lebih dua minggu saja. Maybe because my girls belum masuk primary school, so bahang cuti sekolah tidak hangat membara compared to those yang anak dah bersekolah. Ramai colleagues masih berlumba-lumba cuti untuk bawa anak-anak makan angin. Selamat bercuti everybody! 

We do not have any holiday vacation in plan. Everything pon ad-hoc trip. We just came back from Kota Bharu. Tuan Syed got meeting dengan state branch. Mommy just arrived from Tawau on that day, then we got in the car and drove to Kota Bharu. Seven to eight hours in the car, I couldn’t imagine how tabah all the Kelantanese are! Sampai hotel after midnight terus lena sampai ke pagi.



 

After having nasi dagang for breakfast, we pusing-pusing Kota Bharu. Luckily Tuan Syed left the car for us to jalan-jalan. Pasar Siti Khadijah is a must. Naik third floor membelek-belek batik, Maryam mula cranky because dia rasa suffocated dalam tempat sempit dan sesak tu. “Cepat lah mami. Dahaga. Nak balik hotel.” So, tidak lah membeli apa-apa melainkan kaftan for the girls berharga RM15.00/pc  x 2 costed me RM30.00. 

Cepat-cepat turun mencari keropok lekor. Sambil membelek dan memilih, Mardeyah started to tarik-tarik baju mami sebab nak beli bubble. Pening mami. Nasib baik lah Abdullah was in a good mood. Sempat beli keropok lekor satu beg je, memikirkan hanya seberat itu saja yang mampu dijinjing ke kereta. Dalam hati ada rasa sikit ralat sebab dah sampai KB tapi tak bawa balik batik sehelai dua.



Muka happy sebab dapat bubble sorang satu. Untunglah diorang minta mami beli benda-benda macam ni time mami tengah penat. Kalau mami tengah energetic, memang berhempas pulas mami tak comply.


Masuk kereta nangis lagi. Sebab lapar. Sebab panas terik. Sebenarnya this girl belum mandi pagi! Princess bangun paling lewat, cuma cuci muka saja and turun breakfast.




Everybody pun lapar, so we tour lagi dengan misi to makan-makan pulak. Mengikut telunjuk Mr.Waze ke kedai Nasi Kerabu Golok. Sampai depan kedai around 2.30pm tapi kedai tu tutup. Belum buka kot. Patah balik ke kedai Nasi Ulam Cikgu. Perut dah lapar, apa saja will do anyway.


Dah balik hotel, dah mandi, barulah muka ada senyum! Sama macam perangai i, kalau badan melekit, semua benda serba tak kena. Jangan muntah hijau tengok usie tuan tanah ni ye.


After asar, we checked out and singgah Wakaf Che Yeh but nothing catch the eyes. Along the way tu ada banyak gerai-gerai, singgah makan dulu then balik. Sampai Enstek 6 o'clock in the morning, then rushed to the office pula. Pagi tu mata macam panda ok.

Sebenarnya, starting next month, anak-anak dara ni akan pindah ke kindy baru. Dua-dua sangat happy bila i enroll them to a new school. Bukan main semangat the double ni masa nak attend the open day.



The mami agak teruja sebab location kindy ni agak strategik. Sekitar restaurants, cafes and muslimah boutiques! Agak happening juga lah.


Terima kasih kepada Cikgu-Cikgu Gemilangku Enrichment Centre for a memorable years. Million thanks on all didikan and asuhan yang diberikan. You have been successfully imparted lot of things that they need to know. We are so thankful for your dedication, supports, love and care to our daughters.

Through the years, they make friends, strive to have more friends, they share, they care, they give, they receive. Their friends influenced them a lot! Ini saja yang sempat mami capture masa graduation day. Your bestfriends. From left; Amal Husna, Nurul Iman, you, Murfiqah, and you. Amal and Iman also going to new school, so does Fiqah. One day, when you see this photo, I'm pretty sure you will miss those days you spent together.


F.R.I.E.N.D.S.H.I.P is M.A.G.I.C
 ...it is caught, not taught


Thank you GEC! Till we meet again.

Tuesday 16 December 2014

Time Waits For No Woman

Hi all.

Yesterday is a history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. Memang dalam kepala ni lotsa things nak cerita dalam blog. Tapi my extra time is limited. I need to prioritise beberapa benda, to sacrifice those unnecessary things juga. Wanita, kalau belum berkahwin dan beranak pinak, untungla punya banyak masa leisure. Kalau berkahwin dan beranak pinak dan punya maid lagi, masih beruntung juga sebab ada lagi extra time sebab at least you dah outsource housechores tu. Menjadi saya ini, nak ke IOI City Mall pun fikir lapan puluh lapan kali kalau sekadar pergi nak membazir masa. Window shopping tapi kepala terfikir-fikir kain berbakul belum berlipat. Tapi, i sangat puas hati bila housechores menjadi agenda kami sekeluarga, baik dua si dara tu, mahupun lelaki dewasa yang sorang tu.

Cukuplah bebel tu. Jom tengok delicacies. I ni nama je budak kampung tapi i memang tak pandai nak menamakan ikan-ikan sungai and ikan darat ni. Memang tak kenal kecuali keli. So happened Tuan Syed bawa balik beberapa ekor ikan exotic. Kelah, kerai, jelawat. Panjang-panjang besar-besar. Pernah sekali makan di Rumah Rohas KL, ikan-ikan ni sangat mahal. Kalau i, what the crap la harga ikan ni mahal macam harga handbag? Tapi sebab orang belanja, merasa la. Kalau sesaja nak pergi beli, memang tak kan lah sebab bukan senang nak jumpa ikan ni kat pasar pun.

Bila dah bawa balik ikan special, haruslah mak pening kepala fikir nak masak apa. Nanti masak cincai, rugi pula. So kita masak kerai dulu. Time tu atuk and oma ada. Simpan dulu kelah and jelawat untuk other occasion pula. Kerai ni dibelah dua. Separuh digoreng. Gaul garam kunyit je. Mahalnye ikan ni, sampai sisik dia pun sedap. Bila digoreng, sisiknya rangup macam keropok.


Separuh lagi i gulaikan bersama tempoyak. Letak daun limau purut banyak-banyak. Tapi agak frustrated bila tempoyak tu kurang masam. Walaupun digulai, sisik dia masih sedap diratah. Lembut.


I lawankan dengan pekasam ikan *taktau* goreng ronggeng. Campur petai Jember, pemberian Bibik Yuli, my SIL's maid. Cili kering ni pedas nak mam*. Nangis sambil terjelir-jelir lidah makan cili ni. Membunuh sangat!


Dah pedas, sambal belacan juga pedas. Jadi kunyah lah ulam ni banyak-banyak (sangat macam lembu). Ulam belakang rumah. Jangan risau, tak cukup, kita petik lagi.


Ok, tu je i masak. Hari apa ntah. Lepas tu superclingy wifey ni berjaya mempengaruhi Tuan Syed untuk tukar selera. Japanese cuisine kadang-kadang i rasa tak banyak choice. Tapi di Miyagi Bangi ni varity juga rupanya. And masakannya boleh diterima tekak i yang tak berapa Jepun ni.


Ok thanks dear, nanti bawa lagi ke sini!


Lepas Jepun, ke Sabah kita bah... Pisang Goreng Cheese Tawau. Kedai apa ntah, lupa dah. What i like about this pisang goreng cheese, lain dari yang i pernah rasa di Bangi and Putrajaya. This one pisangnya tak oily. This one cheese dia grated, tak melt gila-gila macam yang ada di Semenanjung. Pisangnya tak lah lembik lunyai. And then ada gula perang ditabur atas cheese tu. Yummeh!


Ingat dah, nama kedai ni Indo Cafe, kat tengah-tengah pekan Tawau. Katanya Bugis style ni. Selain pisang goreng cheese, ada juga dijual Perpek, pisang penyet cicah sambal jawa. Pisang ni special sebab dia guna pisang muda. Pisang yang dikupas tu katanya digoreng dulu sebiji-sebiji kemudian dipenyekkan then dicelup dalam tepung and digoreng. Rangup dan berlemak rasanya.


Wanita dan masakan/ makanan memang berpisah tiada. I sangat terkesan dengan satu reality tv program ni. Apa ye namanya, yang bertanding memasak antara mak mertua dan menantu tu. Ada satu laki ni, tiga-tiga makanan yang dia rasa, semuanya yang menjadi pilihan adalah masakan ibunya sendiri. Betul, memang dia dibesarkan dengan air tangan ibunya. Menjadi isteri, jangan kecewa bilamana masakan kita tidak kena dengan lidah suami. Bukan semudah itu dia nak menyukai apa yang kita masak dek kerana berpuluh tahun lidahnya dididik dengan masakan ibu.

Daripada bazir airmata sebab laki komplen masakan kita tak sedap, baik kita improve je. Memasak ni agenda yang cuba jaya. Jangan give up untuk memasak. Kalau hari ini kita berdikit-dikit belajar memasak, dua puluh tahun lagi, air tangan kita akan menjadi ingatan dan igauan anak-anak kita pula. *sedapkanhati* *lapairmata*