Nuffnang

Friday 12 January 2018

Nonna ke Kota Paris - Part ii


Gamber pertama haruslah letak yang senonoh sikit.

August 27th, 2017 - Sunday.
Misi pagi ini untuk menjadi yang terawal sampai di Musee de Louvre.
Takut sangat nak kena beratur panjang.
Tapi it was raining.
So, pejalan kaki ini sekadar duduk saja di tepi jendela memerhati titis-titis hujan membasahi bumi Paris.
Selebihnya mendengar dokumentari tentang Lady Diana di kaca tv.
Bagai memahami patah kata French, tangan terus membuka google map mencari Pont de Alma - terowong lokasi kemalangan Lady D dan Dodi Alfayed.
Melihatkan tanda-tanda hujan akan berhenti, kita pun mula mengatur langkah dengan misi.


Tiba-tiba misi ini dipotong oleh pasar pagi depan hotel!
Haruslah tangguh dulu misi ini.
Sebab nanti balik entah kan ada lagi entah tidak pasar ini.
MasyaAllah heaven nya tengok diorang susun cheese di sini.
Banyak local goods local products dijual di sini.
Cheese, food, fruits, meats, and the most yang Nonna engkau paling suka - fresh flowers!!!
Eh, ada lagi - provencial table cloth, french tea towel!
Eh, ada lagi - kitchenware!
Eh, semua pun suka lahh!!


Ada juga souvenirs.
Can get cheaper souvenirs compared to dengan yang dijual di tourist attractions.

Masa buat search sebelum pergi, tengok orang ramai beratur kat glass pyramid kat luar tengah-tengah panas untuk masuk the louvre.
Tapi kami masuk ke dalam, beli tiket di sini dan masuk dari sini.
Tidak pula beratur panjang-panjang.


Let's photos do the talking.



Kami dipesan untuk spend masa tiga jam di dalam kalau nak puas - itu pun tak dapat cover semua gallery.
Tapi, misi utama di sini - melihat dengan mata kepala sendiri lukisan Monalisa.
Jadi skip banyak gallery untuk lekas sampai ke galeri yang ada Monalisa.
Siap salah naik level lagi - dan ada ketikanya pusing-pusing rupanya masih dalam tempat yang sama.
Bengong di situ kejap.







MasyaAllah sukanya french tapestry macam ni!
Suka berangan walaupun dinding di rumah tak besar untuk hang tapestry giant size macam ni.
Bajet rumah engkau gallery???!







Setelah berpusing-pusing finally ketemu jua lokasi Mona Lisa painting.
Berdebar-debar nak masuk tengok.


Setelah berjaya menyelit di celahan crowd.


Kecik je saiz painting tu.
Tapi yang kecil itu lah yang menjadi the best known, the most visited, the most written about, the most sung about, the most parodied work of art in the world and not to forget - one of the most valuable paintings in the world! Nilai insurans nya sahaja mencecah $782 million!


Mona Lisa.
Painting kamu ini tidak akan menjadi 'sesuatu' pada masa ini tanpa Leonardo Da Vinci.
And all i know is - Leonardo Da Vinci itu Italian!
Oh, rindu Italy...


Sekitar paintings gallery.
Disusun mengikut zaman.

Dengan penceritaan yang penuh emosi.
Ada wajah-wajah yang tersenyum dan ketawa.
Ada wajah-wajah yang berteriak dan menangis.
Ada kapal.
Ada laut.
Ada tali.
Ada darah.
Ada belati.
Ada ibu.
Ada bayi.

Di hujungnya ada bulu roma yang tegak berdiri!
Inilah harga sebuah lukisan.


Singgah Le Mollien menikmati seketul croissant.
I love France for its pastries.
Eh silap.
Patisseries.



Telah benar-benar pasti diri sudah puas berada dalam Du Louvre, baru lah decide untuk keluar.
Kesimpulannya, ada dua gallery dalam Du Louvre yang membuatkan bulu roma saya meremang - pertama di paintings gallery.
dan kedua di egyptian antiquities gallery.
Dua tempat ini bagi mempunyai rohnya tersendiri.
Membuatkan ia benar-benar hidup dan dapat di'rasa'kan kehadirannya.
Apakah??! 




Dia di belakang itu pastinya lebih satisfied apabila dapat masuk bergelumang dengan artifacts di Musee du Louvre.
Dia kan kaki muzium!







Misi seterusnya kembali ke E.Dehillerin sebab telah menyesal untuk tidak membeli French copper pan semalam. Tapi malangnya hari Ahad kedai ini tutup!!! (insert cry out loud here)


Ini membuatkan saya lebih pasti menanam impian untuk kembali ke sini suatu hari nanti.
Bukan kerana Eiffel Tower.
Bukan kerana Champs Elysee.
Tapi sebuah kedai berhabuk tepi jalan yang dari luar saja sudah boleh dilihat displayed copper pots nya!
E.Dehillerin.
Andai kamu membaca nota ini, serulah namaku.
InsyaAllah akan aku kembali.
Chewaahhh Nonna engkau!



Misi di sebelah malam, untuk ke Eiffel Tower di waktu malam pula.
Kami kembali ke lokasi tempat tinggi yang boleh nampak view Eiffel Tower dengan jelas.
Viewing deck ini dekat je dengan train station.




Di sini juga ada ramai buskers performance.



Eiffel Tower.
Siang tadi kamu cantik dilihat dari jauh.
Tapi di waktu malam aku hampiri kamu.
Kamu rupa-rupanya lebih cantik dan menawan.
Kamu benar-benar menjentik rasa romantis ke dalam jiwa!





Tumpang promo product kawan.
Novau fabric odor eliminator.
Bagus dan berkesan menghilangkan bau-bauan kurang enak pada fabric seperti tudung dan seluar.
Sesuai untuk backpackers and travellers yang tidak travel seperti Cik Ta mahupun Fattzura :-)


Bonsoir!
Jom mimpi sampai ke Provence.
Sebenarnya kan, kalau you all tanya what do i enjoy France most, i would simply answer:
1. Its culinary - pastries dia perfect.
2. Its interiors/ home deco - all pastel colours, white, earth colours, dusty blue, grey, and then rumah-rumah mesti ada at least one large mirror at the centre of feature wall, tapi i prefer french provencial punya deco; farmhouse deco is more to bright colour for curtain and table cloth, cushions, and very prominent olive lemon lavender prints.
3. Its fine arts - I jumpa this second hand shop selling all the french knick knacks, cantik-cantik dan berseni frames, mirrors. Dalam hati fikir kalau terus balik Malaysia lepas tu pasti kusuruh orang tu bungkus siap-siap dengan bubble wrap. Mengenangkan ada destinasi lain lagi lepas ini, lupakan sejenak. Nanti bila datang France, ingat balik untuk cari kedai tu semula.
4. Parks
5. Others
6.
7.
8.
9.
10. Designer brands - kalau i ni macam DSV ke, artis ke, mungkin ini jadi nombor satu agaknya :-)

Esok pagi-pagi lagi voyager ini bangkit mengemas beg.
Beg bertambah berat dengan magnetic bar.
Dengan olive wood chopping board.
Dengan provencial table cloth.
Dengan Tea towels.
Dengan t-shirt purse keychain.
Sekali tengok bagpack tu dah makin tinggi pulak.
Makin berat tu sudah semestinya!

Sebelum jam sepuluh pagi kita menapak ke stesen Breguet-Sabin to catch train ke stesen Gare du Nord.


Train Eurostar ke London dijadualkan pada jam 11.13pagi.
Sebelum meninggalkan Kota Paris, my hubsy belikan bekal croissant dan hot chocolate.
Menikmati croissant in the centre of France tidak ubah seperti menikmati strawberry di Cameron Highlands - lebih sedap makan di tempatnya daripada dibawa keluar.


Au revoir Paris!
Panjang umur ketemu lagi!

Thursday 11 January 2018

Nonna ke Kota Paris

August 25th, 2017.

Tepat jam 12.20 pm train meninggalkan station Milano Centrale.
Meninggalkan seluruh tanah bumi Italy.
Let's just say till we meet again.
I love Italy.
The cities they have almost loaded with romantic atmospehere!
Kota yang penuh bersahaja.

Train menuju ke Lausanne, Swiss tiba di Place de la Gare jam 3.45pm.
Berputar-putar di sekitar stesen sementara menanti next train ke Paris.
Tiket telah dibeli awal.
Sempat menjengah keluar stesen menghirup udara Swiss.
Dengan suhu sekitar 18degree celcius.
Tiada satu pun dibeli kerana Swiss menggunakan matawang sendiri.
Kami cuma ada Pound dan Euro sahaja.

Jam 4.20pm TGV ke Paris meninggalkan Place de la Gare.  
Paris, aku datang!


Perjalanan selama 3jam 40minit hampir tidak menjemukan dengan scenery yang sangat cantik di luar.
Ditambah pula pelbagai karenah passengers yang sama-sama Paris bound.
Macam-macam gelagat.
Ada satu family India tapi anak-beranaknya riuh bertutur French!
Sesekali terdengar mak ayah berbisik dalam bahasa Urdu.



Dijamukan pemandangan French Countryside.


Sama seperti yang disajikan dalam filem My Summer In Provence.
Movie tersebut berjaya membuatkan saya berangan-angan untuk ke France.


Dan my soulmate telah merealisasikan angan-angan itu.
Syukur pada Allah dengan izin dan perancangan yang diaturNya.



Berangan sepanjang perjalanan.
Menanam angan-angan baharu agar satu hari nanti dapat jejakkan kaki ke French countryside begini.

Jam 8.00pm tiba di stesen Gare Lyon, Paris,
Summer mengizinkan kami tiba di Paris pada waktu siang.
Hampir senja sebenarnya walaupun telah jam 8.00pm. 


Berjalan kaki dalam 15 minit tiba di Paris Campanile.
Our pad for the next three days!
Selesai freshen up, kita keluar dengan misi gastronomi.
Apps Zabihah membawa ke sebuah halal French Restaurant.
Jangan tanya di mana, sebab kelupaan!
Selesai makan, singgah di convenient store membeli air, roti dan fruits untuk snacking.

August 26th, 2017.
Mabuk train membuatkan pergerakan kesokan hari bermula lewat.
Niat ingin keluar sighseeing seawal jam tujuh supaya lebih banyak tempat boleh cover.
Takpe. Badan yang recover dari penat lebih penting untuk daripada badan letih untuk cover berbelas-belas ribu langkah.


Misi pertama, Arc de Triomphe.
Monumen yang sangat famous di Kota Paris.



Untuk sejarah, sila google.
I memang lemah bab sejarah ni tapi sebab travel dengan best student Sejarah kat belakang tu, i percaya je apa yang dia explain.
Kalau dia tipu pun bukannya i tau hahhahahha!


Kedudukannya macam di tengah-tengah roundabout, di hujung Champs-Elysees.
Buat kaki shopping, Champs-Elysees umpama sebuah syurga.
Kiri dan kanan jalannya penuh dengan deretan premium designers!
Sila expect luxurious Arab memenuhi kawasan ini ye.


LV lima tingkat.
Mundar mandir depan LV sebelum masuk.
Naik sampai tingkat atas lepas tu turun semula.
Ambil feel. Nak rasa ambience orang-orang kaya shopping!
Memang shopping tahap silang kaki orang datang fitting kan untuk engkau lah kesimpulannya!




Tahap first-timer macam kita ni nak touring, sight-seeing je.


River Seine cruise adalah pilihan terbaik untuk mendekati Kota Paris.
Jamu mata terlebih dahulu.


Cara yang lebih relaxing menikmati scenic strech of the water.
Hatta berjalan kaki pun belum tentu dapat capture the best shot bagi kaki foto.


Semua bangunan di sini penuh dengan ornamental details.





The cathedral of Notre-Dame.








Di bawah Pont Neuf, new bridge.


Finally yeyayy!
Main landmark of the city - the most recognisable structure di dunia!







Turun dari river cruise, kita menapak pula ke Eiffel Tower.
Melihatnya dari jarak dekat pula.
Seperkara yang merunsingkan - pickpockets!
Ramai yang berpesan-pesan supaya menjaga personal item kerana ramai pickpockets di sekitar sini.


Wrought iron lattice tower.
Cantik.
Cantik sebab dari kecil lagi bila nampak saja iron structure macam ni kita lekas dibayangi Eiffel Tower.
Tapi sampai di bawah sana, entah tak pasti ke mana perasaan romantik yang selalu orang sinonimkan dengan Eiffel Tower.
Macam tak membeir aura romantik pun, iya juga! 
Lihat begitu saja lah orang ke sini.
Guling-guling atas rumput.
Membuang sampah di merata-rata.


Ooo..rupa-rupanya yang romantic tu ada di sebelah!




Capture sebanyak mungkin buat kenangan untuk tunjuk kat anak cucu.
Lihatlah cu, Nonna honeymoon ke sini selepas anak dah empat!



Itu bukan buncit ye.
Ditiup angin.
Sekian, terima kasih.
Eh silap.
Merci.


Jalan lagi dan jalan lagi.
Sampai ke satu park apa entah kitorang naik bukit sikit naik tangga sikit dapat tengok Eiffel Tower dari jauh.
Waaah! Pemandangan yang perfect!
Sukanya!!!


Nonna engkau dah macam nak terbang ke man entah!



Hakikatnya tempat yang kitorang naik tu ramainya umaaaat....
Semua pun nak bersidai tepi-tepi tu.



Betul tak, Eiffel Tower ni kalau nampak dari jauh lagi perasaan romantis tu datang compared duduk di bawah rangka besi tu tadi!


Jalan lagi dan jalan lagi.
Misi membakar kalori.


I love the Paris landscape.


Park macam ni kalau di Malaysia haram orang nak berjemur nanti dikata gila.
Tapi di sini bukan kepelikan.




My summer in Paris.
Berjalan begini pun memberi ruang kita berangan lagi.
Membayangkan tempat secantik ini di musim winter.


Panas.
Tapi tidaklah sampai tahap macam di Rome tempoh hari.
Di sini silau mentari yang lebih tapi suhu masih sedap-sedap.

Misi seterusnya ke E.Dehillerin - kata orang kedai ini umpama mecca of kitchenware!!!
Sila google apakah keistimewaan E.Dehillerin.
Bila dah sampai, memang benar bagai dikata!
Melompat-lompat Nonna engkau di situ tengok french copper pots bersusun elok je!
Kedai ini tidak ubah umpama sebuah kedai hardware.
Pegang satu copper pan.
Cek harga. Rasa macam nak beli.
Tapi teringat pula copper pot yang di rumah - rasa macam cukup lah dulu satu.
Finally beli benda lain - knives magnetic bar holder dan cooking termometer.
Itu pun dah rasa hebat sangat untuk add a little momento di dalam dapur Nonna engkau! 
Supaya tiap kali mencuci pinggan boleh lah berangan sampai ke Paris!
Nonna...Nonna!

Usai membeli, jalan balik ke Campanile.
Sebab ada janji dengan Nasi Lemak Paris.
Sekadar nak merasa.
Ikutkan tekak ni, makan croissant pun ok sangat dah!


Kudos to the NLP team!
Sangat punctual.
Janji French ye dik.
Dek kelaparan, tidak lah kita mengusung nasi lemak tu ke hulu hilir mencari spot yang boleh nampak Eiffel Tower semata-mata nak tangkap gambar NLP yang lebih instagrammable.
Telan je lah.
Nanti di akhirat sana tau lah perut tu nak mengaku dia makan NLP!
Hhahahaha!


Perut kenyang suka hati.
Jom simpan tenaga untuk esok hari.
Malam hari menonton tv.
Ada French channel saja yang disaji.
Silalah buat-buat faham buat-buat reti.
Mendengar lagu Les Bestises buat pertama kali.
Nyanyian Sabine Paturel local singer di sini.
Kalau di Malaysia umpama Raja Ema lah dia ni.
Layan kan saja...
Sedap juga lagunya.

(Waaah, Nonna! It's a rhyme lah!!!)