Nuffnang

Wednesday 30 September 2015

Bawang Goreng Sedap

Entry ni khusus untuk diri sendiri yang semakin pelupa. Memandangkan daging korban banyak, tulang pun banyak, jadi menu kita balik-balik sup je la. Yang tu paling senang - campak semua dalam pressure cooker lepas tu tinggalkan je. Boleh keep warm untuk makan anytime. Semalam masak sup tak cukup bahan - tak ada daun sup, daun bawang, limau, bawang goreng.

I kalau makan sup suka letak banyak daun sup dan bawang goreng. Frust sangat semalam. So tadi singgah Zemart tunaikan hajat. Masa memilih bawang goreng tu, i siap cium-cium pack dia. I tak suka yang ada bau tengik, tak suka yang hancur, tak suka yang lemau, tak suka yang macam bertepung tu - cerewet. Dalam banyak-banyak brand yang ada, i pilih yang paling tak famous brand dia. Packaging pun plain je - what is less is more.

Sampai rumah terus potong-potong semua and salinkan bawang goreng ke dalam jar sambil ratah sikit. Tak sangka pilihan i sangat mengena dengan tekak! *insert clap here*.


Bawang goreng ni sangat sedap. Rasa manis-manis bawang, tak lemau,tak bertepung, tak berbau. Nasib baik beli dua pack. Sebab tu letak entry ni supaya next time senang ingat nak beli yang mana satu.

"Sekali Rasa Pasti Tak Lupa" - kenapa pandai sangat dia pilih motto nih! Bawang Goreng Limbat - habis la stok dia kat Zemart tu nanti akak borong. Nanti ye.

Ok tu je nak bagitau. Kita nak makan sup dulu ye. Bye.

Tuesday 29 September 2015

Khatan Baby Muhammad

Alhamdulillah, syukur, semalam hari ke 45, Allah berikan kesempatan dan kelapangan untuk khatankan Baby Muhammad. Sama macam Little Abdullah dulu, Baby Muhammad dikhatankan di Hospital Az-Zahrah Bangi oleh Dr.Hasan Mat. Cuma Abdullah dulu dikhatankan pada hari ke-70.


Cadangan asal nak khatankan dia sebelum Aidil Adha. So lepas ambil jab HepB II umur sebulan, mami singgah klinik nak book tapi dah fully booked. Paling awal selepas Aidil Adha hanya 28 Sept. The walid setuju dengan tarikh tu then mami terus book cepat-cepat. At least ada dua minggu untuk Baby Muhammad recover sebelum pergi holiday nanti.

Dari dulu lagi sebelum ada anak lelaki memang i dah pasang niat 'kalau dapat anak lelaki, nak khatankan dia semasa baby' - nanti nak belajar solat, mengaji, nak bawa ke masjid, tidak lah rasa was-was dengan kebersihan dia. Lagipun sekarang dah banyak hospital dan klinik yang buat khatan bayi lebih-lebih lagi yang bertitle islamik.

Tapi khatan baby ni lebih mahal daripada khatan budak besar ye. Harga depends pada kaedah yang digunakan dan bius yang diguna. Contoh kalau di Hosp Annur caj khatan baby dalam RM700 lebih sebab menggunakan kaedah suturuless - tak jahit, guna skin glue . Di Azzahrah ni caj dalam RM360 sebab guna plastibel - masukkan ring plastic dan ikat keliling guna benang, tak jahit.

Mula-mula baby akan disuntik bius pada anu. Waktu tu memang Baby Muhammad nangis. Lepas tu kena tunggu dalam 5 minit untuk bius tu berkesan, baru doktor start kepit hujung anu. Then doktor potong kulit lebih tu. Lepas tu dia masukkan plastibel then ikatkan keliling dengan benang. Dah siap! Boleh pakaikan diapers macam biasa lepas tu. Bius tu bertahan sampai sejam.

I am not sure kalau yang potong guna laser tu ada ke tak di sini. Sebab masa i survey dulu benda tu hanya ada di Singapore - di sini masih potong guna gunting.

Cara nak jaga baby khatan pun senang - pakaikan diapers saiz besar sikit dan longgar. Paling penting, kerap tukar diapers supaya tak kena infection. Baby boleh mandi macam biasa cuma make sure anu dia dikeringkan betul-betul lepas tu. Baby Muhamad agak cranky masa first day je - mami tak sanggup tidur malam semalam. Nangis je, bagi susu. Bf antara lain kan dapat menenangkan bayi. Tak ada any ubat sapu. Cuma dapat PCM untuk tahan sakit. Baby Muhammad makan PCM hanya sampai pagi tadi je tapi lepas tu i stop sebab dia dah tak cranky, dan anu dia nampak makin mengering - tak ada kesan darah.

Lebih senang khatan semasa masih bayi sebab dia masih belum meniarap, belum lasak, masih menyusu badan exclusively, dan yang penting deria dia masih belum fully developed - means dia tak rasa sakit sangat. Dan cepat sembuh. Little Abdullah dulu seminggu je ring tu dah tanggal. Tunggu Baby Muhammad pulak macam mana.

I pernah terbaca kat mana entah, budak yang khatan awal ni cepat matang. Yang tu belum dapat dipastikan - masih under observation.

Saturday 26 September 2015

Nasi Ayam & Aidil Adha

Jiwa rasa tak seronok nak update pasal Aidil Adha ni. Mengenangkan musibah yang menimpa para tetamu Allah. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Moga besar ganjaran syurga buat para syahidin. Tahun ini tak ada saudara mara sahabat handai yang menunaikan haji. Mungkin sebab tu kurang rasa berdebar bila dengar insiden macam ni. Apa-apapun,moga kaum keluarga yang terlibat diberikan Allah Taala kekuatan untuk menerima qada dan qadar ini.

Aidil Adha tahun ni tak ada gambar korban. Tak ada gambar keluarga. Tak ada gambar selfie. Tak ada. Cuma ada gambar delicacies yang tak seberapa. Diambil dengan sengaja sebelum semua menjamu selera. Pagi Aidil Adha di Kuala Kangsar. Mentang-mentang masih dalam pantang, Tuan Puteri Buluh Betung ni main order je nak makan apa dengan mak sendiri. Sementara mak masih ada...

Sehari sebelum raya Oma buat tiga jenis kek.



Plain Butter cake kegemaran sejak kecil. Kek plain macam ni memang sedap sebab rasa kek bergantung pada kek itu sendiri-bukan pada topping. I dengan Angah kongsi taste yang sama when it comes to cake thingy. Sebab tu dia ada affair dengan tokey kedai kek!


Kek lapis asam manis dan kek coklat moist- kegemaran Ucu. Dia complain kenapa asyik buat kek warna kuning (plain buttercake) je. So Oma terpaksa layan tekak sorang-sorang dalam rumah ni.

Kemudian masak rendang pedas ayam.


Lemang ni order je. Memandangkan tak pernah beli lemang dari orang ni, lemangnya tak berapa elok dimasak sebab dia guna buluh muda. Buluh di luar nampak cantik dibakar tapi lemang di dalam masih mentah. So Oma kukus semula lemang ni biar dimasak elok.

Pagi raya tu Oma buat nasi ayam. Cadangan dia nak masak spaghetti ditolak mentah-mentah oleh Tuan Puteri Buluh Betung-dahsyat manja mengada tak ingat.


Rasanya kuah kacang ni je kot yang oma buat ikut selera dia sendiri. Lain-lain, untuk anak-anak yang membesarkan badan.

Terima kasih Ma, layan tekak ngada i ni. Petang tu jugak kitorang balik Penang. Sampai je Penang, tengok-tengok MIL pun masak nasi ayam jugak! Heh, sampai ke Penang tau i mengidam nasi ayam di hari raya.

Alhamdulillah, syukur masih punya kedua-dua ibu.

Friday 25 September 2015

Happy Birthday, Sayang!

Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi usiaku yang ke-18 buat kali yang ke-14.

Kesian, buat entry birthday sendiri. Ye lah,i bukan artis yang ada Abg Nara nak buatkan entry khas sempena birthday nya. Haruslah buat entry sendiri.

Kali ni birthday agak special-dapat hadiah dua hari awal. Oma buat kek untuk hari raya tapi reserve satu untuk birthday i-tapi tak sempat potong kek sebab petang semalam dah balik Penang. Tapi kek tu dah kena kidnap satu perenam-Angah bawak balik Taiping. Eh, tak aci ni...dia bukan birthday girl. Nanti tiba birthday dia, kek dia pula kita kasi discount!

Ok, ni hadiah yang dapat awal dua hari tu. Waktu Tuan Syed bagi, i dah teka ini mesti perfume sebab tak boleh tipu- ada bau! Ada satu 100ml and ada set miniatures - botol kecil-kecil dan macam-macam bau. I memang suuuuuuuka miniatures. Senang nak letak dalam handbag dan boleh tukar bau dengan kerap. Ini my 3rd miniatures set so far. Tak pernah beli sendiri sebab rasa macam rugi je - tapi sebab pakwe yang belikan, i suka! Terima kasih, abang toyib..!

Hari ni tak ada kek untuk dipotong - tak boleh, nanti gemuk memekak pula. Pagi tadi pergi Peek A Boo - a baby shop. Sebab nak beli manual breastpump. Abdullah demam - malam semalam agak cranky dan tak nak minum nenen. Spectra3 pula tak bawa balik. Tuan Syed belanja breastpump satu - dengan cooler bag, storage, ice pack. Ok lah, boleh la consider hadiah birthday jugak ni. I nak bayar sendiri, tapi dah dia bagi duit...takkan nak tolak rezeki *big grin*. Thank you, abang toyib...

Petang tadi pulak Tuan Syed nak ke Gurney Plaza - belakang rumah je, boleh jalan kaki. Dah dia offer, Tuan Puteri Buluh Betung ni haruslah nak ikut. Pulak tu, Abdullah tidur, the sisters sibuk nak tinggal sebab nak main. Alhamdulillah tenang mak kau nak berjalan - feeling anak baru sorang.

Abang toyib i beli macam-macam. Masa jalan-jalan tadi, terlintas Habib Jewels. Depan tu ada Pandora. Sebelum ni i jeling je kedai Pandora - takut jatuh cinta. Suka tengok design dia - rugged yet charming. Tapi agak kureng sikit sebab harga dia macam harga emas - dan kita tak tau sampai bila trending design Pandora ni lasting.

Tapi sekarang dah banyak goldsmith yang buat emas ikut design Pandora ni. Charm ada macam-macam design, ada spacer, sebiji macam design Pandora. Actually Pandora pun ada buat gold di samping signature silver dia tu - cuma harga gold dia melampaui harga emas pasaran.

Sekarang ni Habib Jewels pun dah ada set 'Pandora' 916. Jangan salah faham ye. Ini bukan Pandora - Pandora is a brand. Cuma design 916 dia macam design Pandora. Dia datang in one set, tapi kalau kita tak suka charm yang ada dalam set tu, kita boleh tukar dengan charm lain - secara trade in. Kiranya dia akan bagi kita resit belian dan resit trade in. Faham ke tak ni?

Macam i, i tak boleh pakai charm yang gantung-gantung tu - cantik but not practical to me yang ada anak kecil ni. Tak boleh pakai charm yang design nya bersegi ada bucu tajam - macam bentuk rumah, hexagon, camera. Again,tak practical untuk i. Tapi kalau charm macam handbag ni ke, tak apa. Eh, charm handbag ni kalau digadai boleh beli handbag satu!

Mula deal dengan Tuan Syed - dia kata kalau i nak beli, dia nak belanja base je, charm i bayar sendiri. Tapi set tu dah kira harga all in termasuk charm - tak boleh asingkan. Finally, abang toyib i bayarkan semua. Eh eh, sweet sangat dia ni. Tapi bila fikir balik macam malu pulak - birthday present dah dapat tapi macam meminta hadiah lagi. Eh tapi memang i nak bayar sendiri mulanya, cuma dah abang toyib nak bayar - tak baik kan tolak rezeki *again, insert big grin here*. Alhamdulilah. Terima kasih, abang.

Next time tak payah jeling Pandora lagi dah. Terus je pergi Habib, tambah koleksi charm. Harga 916 pun boleh tahan sekarang. Trend dia menaik. So cepat-cepat lah beli. Tak rugi beli. Emas yang kita beli sekarang akan sama dua puluh tahun akan datang. Tapi cash RM50 yang kita ada sekarang akan berkurang nilainya dua puluh tahun akan datang. Faham tak maksud akak? Dulu lima puluh ringgit boleh beli macam-macam, tapi sekarang apa sangat lah dapat beli dengan lima puluh ringgit.

Ok, habis beli emas, pergi beli ice cream pula - pengganti kek. Relax sungguh mak apak ni berjalan bila tinggal tiga handbag di rumah. Itupun Tuan Syed nak makan Chili's i bantah, sebab nanti lama sangat kesian pulak kat MIL kalau Abdullah bangun tidur - lasak dia boleh londeh kain semua orang.

'age is just a number' dah semacam stigma sejak dulu. Sebab tu kot perangai ni kadang susah nak ubah - selalu perasan muda lagi, padahal umur dah banyak.

Terima kasih banyak-banyak atas wishes kawan-kawan. Ada yang tak sempat reply especially dalam fb - akak hilang ingatan, lupa password fb dan lupa password email semasa register fb dulu. Apa-apapun, semoga kita semua dikurniakan kehidupan yang penuh barakah dan rahmah oleh Allah Taala. Amin...

Dalam banyak-banyak birthday wishes, wish dari Rosney - my ex schoolmate, paling win - semoga maintain jelita. Terus feeling kawaii sangat!

Next time kita cerita pasal Secret Skin White Kawaii ye.

Bye~Bye! Akak Jelita nak tidur dulu.

Monday 14 September 2015

Sebulan sudah berlalu...

Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam berada dalam labour room. Tau-tau je dah sebulan. Jadual harian ibu berpantang sangat padat. Sebab tu tak terasa masa berjalan. Lepas ni tau-tau je dah habis cuti, dah nak start kerja balik. Ok.ok. jangan cakap pasal kerja lagi buat masa ni. Manfaatkan maternity leave ni sebaik-baiknya, sepuas-puasnya.

Sebenarnya tak ada apa i nak gebang. Saja nak cerita pasal si kecik. Baru balik dari Annur untuk ambik jab HepB II. Dr.Khairul review result Liver Function Test (LFT) and urine test yang buat dua minggu lepas. Kami request nak buat LFT and urine test sebab masa usia baby dua minggu, bacaan TSB masih tinggi - tak kurang dari 200. Masa lahir dah buat test untuk thyroid tapi bacaan TSH dia normal. So masa hari ke-17 baby dibawa ke Annur Paed untuk LFT and urine test. Alhamdulillah, semua normal. Maknanya, Prolonged jaundice baby ni cuma disebabkan breastmilk jaundice. In fact, tadi pun Dr.Khairul cakap masih ada sikit lagi kuning dia. Since result test dia normal, kencing berak normal, baby active, so tak perlu risau. Kuning tu akan turun, just ambik masa je nak turun.

Sepanjang sebulan ni, Alhamdulillah Baby Muhammad tak banyak ragam. Malam cuma bangkit menyusu je kejap-kejap. Cuma siang, kalau dia berjaga memang dia suka didakap didukung diriba - kalau tak, melalak. Berat dah cecah 4.8kg tadi. Kuat melonjak - badan keras dan lasak. Tak suka dibedung - tangan tu asyik nak bersilat je. Suara kuat dan kasar kalau melalak. Rasa macam cepat nya dia membesar.














InsyaAllah 28 September nanti nak khatankan Little Muhammad. Tadi dah buat appointment dengan Dr.Hasan Mat di Az-zahrah. Moga Allah permudahkan semuanya. Nak lekas-lekas khatan supaya cepat sembuh sebelum pergi holiday. Hehehheh! Kan mami dah kata, manfaatkan maternity leave  ni sebaik-baiknya...

Sunday 13 September 2015

Tira Dah Kawin

Lepas bersalin hari tu Oma bagitau dia dapat wedding invitation dari jiran lama kami, Makcik Dian. Anak sulung dia, Tira, nak kawin. Makcik Dian ni jiran kami masa di kuarters Risda Padang Rengas. Dulu Oma pernah jadi babysitter Tira ni. So kami agak rapat. Rapat tak rapatnya kami ni, dulu kalau Pakcik Roslan (suami Makcik Dian) pergi outstation, Makcik Dian akan ajak i temankan dia bermalam di rumah dia. Ikut dia pergi pekan. Main netball sama-sama masa dia nak training. Ikut jadi pom-pom girl masa dia lawan netball. Setakat keluar masuk rumah dia tu, kira dah biasa. Tapi sejak kami pindah, dia pun pindah balik Melaka, dah jarang jumpa. Cuma Oma and Atuk je yang akan jumpa dia kalau diorang pergi Melaka. Yang i terharu tu, masa i kawin, dia datang dengan anak-anak dia naik bas dari Melaka.

Sebab tu bila i dapat tau Tira nak kawin, i cepat-cepat bagitau Tuan Syed. I nak pergi. Bila Tuan Syed dah confirmkan hotel, baru i cakap kat Oma i nak ikut, walaupun belum habis pantang. Atuk and Oma ok je, janji badan rasa sihat, stokin pakai, jaga makan, tak angkat benda berat, anak tak meragam, suka hati kau la nak berjalan dalam pantang pun.

Dah jadi bini orang pun si Tira ni. Muka dia dah macam Makcik Dian dah. Dulu kecik-kecik bukan main manja budak ni. Kadang adik i, Angah berebut kan Oma dengan si Tira ni. Tira & Eirfan, moga bahagia till jannah, Ameen..

Ini yang old season pun nak bersanding tapi cucu yang sorang ni kacau daun.



 Abdullah dan lasak tak dapat dipisahkan. Nasib ramai yang escort,boleh tolong jaga dia. Kalau i sorang yang nak handle dia dengan baby, memang tak berjalan ke mana-mana lah.

Kami stay kat Hatten Hotel. Dapat bilik yang strategic dah tapi view kurang menarik sebab jerebu teruk.

Oma sempat jumpa ex-schoolmate dia, Makcik Sal. Borak lama kat lobby, lepas tu diorang pergi dinner kat Asam Pedas Kota Laksamana. Malam tu berpecah. Oma Atuk and Alang pergi Kota Laksamana. Aunty, Ucu, i and anak-anak just dinner kat Dataran Pahlawan, dekat. I nak avoid jerebu kat luar tu.

Maryam Mardeyah nak buat love dengan tangan tu tapi diorang kata susah. Leceh. Tangan tak sampai.

Last-last diorang nak buat love dengan cara tersendiri. Ni tengah practice.

Taraa!! Ini lah love yang mampu dibuat...

Alang pernah duduk Melaka, so dia gebang dengan pakcik ni pun dah macam orang tua.

Lepas dinner kat Papajohn, kita jalan-jalan kat New Jonker. Tempat ni ala-ala Jonker Street buatan la.



Balik bilik i terus rehatkan badan. Baring dan sapu-sapu minyak. Menyusukan baby and Abdullah, mata terus je rasa berat. Tuan Syed yang baru sampai hotel terus bawa anak-anak tengok live band, i tak ikut. Balik tu,  cepat je budak-budak lelap sebab masing-masing dah penat.

Celik je mata, budak-budak dah ke swimming pool. I tak ikut sebab tak gamak nak bawak baby keluar dengan jerebu makin teruk. Oma pergi breakfast dengan Ucu Alang and Aunty. I had my breakfast kat bilik je. Dasarr...

 Sehat tak menu berpantang Kak Ton...?

Inilah mami yang dapat discount tu. Mami dalam pantang dah selamat berjalan ke Melaka dan selamat sampai rumah. Alhamdulilah.

Ingat lagi, masa pantang Mardeyah dulu, i berjalan ke Cameron Highlands sebab masa tu ada wedding TonTon, my bossom friend. Nasib lah oma bukan strict tahap mak tiri kalau bab berpantang ni. Kalau arwah nenek i, dia memang strict. Sehari kena bertungku empat kali. Uishh..! Oma kata punya la jemu bertungku sampai rasa nipis kulit dibuatnya.

Tips nak berjalan semasa dalam berpantang ni, first sekali, make sure tempat yang kita nak pergi tu sesuai dengan keadaan kita dan baby. Pilih tempat yang mami&baby friendly.

Selebihnya, make sure badan kita rasa 'mampu'. Kalau tak larat, tak sihat, luka perineum belum sembuh, nifas heavy tahap tak selesa, peranakan rasa belum naik sampai nak jalan pun sakit - lebih baik jangan berjalan, duduk di rumah saja.

Makan biar berpada dan beringat, elak makanan yang orang kata angin, sejuk. Minum air kosong kalau tak dapat air panas/ suam. Elakkan ais.

Bengkung jangan lupa, sentiasa pakai - bawak lah minyak/ losyen berangin untuk sapu dan urut.

Stokin jangan lupa pakai, especially bila tidur dalam aircond. Aircond tu jangan pasang sejuk sangat - biar suhu manja-manja gitu.

Kalau nak teruskan bertungku bawak lah hot pack. Kalau taknak bawak, boleh isi air panas dalam botol air untuk bertungku. Bukan apa,nak make sure badan ada rasa hangat-hangat sikit.

Jangan angkat benda berat macam luggage ke, tak payah, let other people do for you.

Baby pulak, make sure dia sihat kalau nak berjalan. Takde la dia meragam. Pakaian dan kelengkapan baby perlu sesuai. Jangan lah bawa baby makan di gerai atau tempat-tempat banyak nyamuk. Antibody dia tak kuat lagi. Kalau dapat sakit, kesian dia nanti. Untuk memudahkan, silalah ber'baby-wearing'. Lebih selesa kalau nak berjalan-jalan.

Itu je nak share kali ni. Pada i, kita berjalan pon duduk dalam kereta, keluar kereta masuk tempat berbumbung. Bukannya berjemur atau berhujan pun. Apa-apa pun, sila faham body signal sendiri. Kalau rasa letih berdiri, sila duduk. Letih duduk, sila baring. Jangan 'paksa' badan. Nanti tak pasal-pasal kena 'penalty' di hari tua :-)

Friday 11 September 2015

Cinta Paling Agung

Dah basi kot cerita ni tapi i baru je tonton semalam. Gigih akak cari kat internet demi nak jimatkan RM15 daripada langgan cerita ni kat Astro First. Tak payah membazir untuk yang bukan-bukan ye...

Kalau you all nak tau jalan cerita ni, tengok la sendiri. Tak pun google je review and sinopsis cerita ni. Pengulas drama dan pengkritik filem pun ramai. Akak tak ada la nak ulas panjang lebar cerita ni. Bagi akak, cerita ni ok je, above par daripada cerita-cerita yang mengupas topik poligami. Biasanya drama atau filem yang angkat tema poligami ni mempunyai jalan cerita yang stereotaip, itu itu juga. Tapi yang ini lain sikit garapannya.

Apa yang lain? Jalan cerita ini diperkuatkan oleh watak ibu bapa perempuan tu. Cara ibu bapa menasihati anaknya, sangat berhemah, tegas dalam kelembutan. Bukan sekadar kukuhkan jalan cerita dengan ayat-ayat cinta dan ayat maki hamun antara protagonis dan antagonis, seperti dalam kebanyakan drama bertemakan poligami. Inilah realiti dunia kita. Betapa ibu bapa berperanan dalam memilih jodoh yang baik-baik untuk anak-anak.

Antara dialog yang sangat terkesan pada i yang merupakan punch line dalam cerita ni apabila  Dewi (perempuan yang nak kawin dengan suami orang) terangkan kepada ibunya yang poligami dihalalkan dalam Islam tapi ibunya jawab, "Hukum tetap hukum, tidak boleh disangkal, tapi, ini soal hati." Betul kan, seorang wanita tak akan benar-benar memahami hati dan perasaan wanita lain sehinggalah dia bergelar seorang isteri.

Dan ada satu babak tu bapa si Dewi ni cakap "kamu juga bisa menjadi bekas isterinya jika dia juga menceraikan kamu, tapi kami berdua tak akan pernah menjadi bekas orang tuamu." Haa, anak-anak dara sekalian, kalau nak kawin, sila jangan ketepikan mak bapak korang ye! Biadap sangat tu.


At the end, cerita ni akan membuatkan kita terfikir dan berfikir yang suatu pernikahan itu luas pengertian dan tuntutannya. Paling tepat, pernikahan itu bukan sekadar perjanjian antara suami dengan isteri dan kedua-dua orang tua isteri tapi juga perjanjian dengan Tuhan. Jadi, hala kita ini ke mana? Adakah betul duduk letaknya?

Masa untuk muhasabah diri sendiri.

Monday 7 September 2015

Puding Raja

Assalamualaikum wbt.

Dah tak ingat berapa kali Tuan Syed ulang-ulang cerita tentang keenakan Puding Raja. Puding ni katanya famous di Negeri Pahang. Hanya dihidang di meja-meja VIP sahaja. Baru-baru ni di Karnival Usahawan Desa ada booth yang jual puding ni. Mengenangkan isteri belum pernah merasa juadah DiRaja ni, si suami tapau sikit untuk dirasa.

Sedap. Memang sedap. Rasanya ada unsur-unsur royal taste. Rupanya juga sangat cantik. Sesuai dengan namanya Puding Raja. Tak cukup satu, ulang lagi. Sampai si suami ulang balik ke booth untuk beli lagi. Tak senonohnya tekak orang berpantang ni.

Memandangkan harganya yang mahal, i google resipi. Jumpa di blog Kak Azie. Tempek siap-siap di sini supaya tak lupa. Nanti bila-bila rajin baru nak cuba buat sendiri. Lepas tu kalau ok, kita buat niaga. Gitu opportunist nye akak ni ;-)

Ok, ini resipinya:-


Puding Raja

Sumber: buku Air Tangan Tengku Puan Pahang

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

4 sikat pisang lemak manis - buang kulit

1 cawan biji gajus - digoreng

2-3 genggam jala emas

200gram buah prun - potong 4

Buah ceri merah/hijau

2 sudu besar minyak sapi

Minyak untuk menggoreng


Untuk Kuah Puding:

1 tin susu cair

3 biji telur - ambil kuning sahaja

1/2 tin air

1-2 cawan gula (ikut citarasa)

Daun pandan - simpul
Esen vanilla


Cara memasak:

Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.

Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.


Kuah Puding:

Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. 


Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak  bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.


Cara Menghidang:

Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.

Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus.

Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.


Thanks a lot Kak Azie. I suka resipi-resipi yang Kak Azie kongsi. Banyak resipi Kak Azie yang i dah cuba dan memang sedap serta menjadi. Kan sesetengah orang kadang bagi resipi macam tak ikhlas. Kurangkan itu kurangkan ini, then bila kita cuba, masakan kita tak menjadi dan rasanya kureng. Tapi resipi dari Kak Azie ni memang ok serba serbi, memang cukup rasa.

Tapi dalam resipi Kak Azie tak cerita macam mana nak buat jala emas sebab jala emas boleh beli di Pasar Siti Khadijah Kelantan. Tapi kalau nak buat sendiri jala emas tu, boleh refer kat sini.

Ini lah rupa Puding Raja yang i makan tu.

Puding raja original kena ada Jala Emas, pisang lemak manis, gajus, prune, ceri merah dan hijau, dan kuah custard. Yang tu puding raja asli. Sesetengah orang gantikan ceri dengan benda lain macam strawberry ke, ganti gajus dengan kekacang lain, sedap juga tapi tak feeling macam kerabat le..! :-)

Kalau nak order yang i makan ni, boleh contact nombor dia. Yang ni nak kata sedap, i tak tau lah sebab inilah pertama kali i rasa. Belum pernah rasa lagi version lain. Tapi memang kena dengan tekak i. Tak manis sangat, tak muak sangat. I tak ada share apa-apa komisyen ye di sini.


Puding Raja Wadira : 013.920.4979 / 012.984.6482

Sebenarnya i pernah makan jala emas tu dulu. Waktu tu paksu i kahwin, satu daripada hantaran maksu i yang berasal dari Kelantan ni ialah jala emas. Waktu tu ada manisan warna emas dibentuk seperti telur dan kelilingnya disusun jala emas ni ala-ala sarang burung. Cantik keemasan tapi kami semua tak tau cara nak makan jala emas ni. Kalau tak...mesti akak dah jadi tokeh besar jual Puding Raja ni!

Tuesday 1 September 2015

Ole-Ole Bandung

Salam September. Pantas je dah nak sampai penghujung tahun. Kemudian usia berinjak lagi. Tapi perangai masih tak matang tak sedar umur dah banyak.

Entry ni hanya untuk mengingatkan diri sendiri. Sekali lagi, penyakit hilang ingatan makin menjadi-jadi. Jadi, sebelum terlupa, kita catat di sini supaya menjadi rujukan kemudian hari. Chewah...bukan rujukan ilmiah pun. Sekadar makanan sedap, ole-ole dari Bandung.

Kisahnya, the hubsy ada kerja di Bandung. Sebelum pergi ke sana, banyak kali dia katakan dia rasa guilty nak pergi. Waktu tu i dah penghujung 38 weeks. Anytime dah boleh bersalin. Mungkin sesetengah preggy wifey tak sanggup ditinggalkan ketika sedang sarat. I pun berkira-kira juga. Cuma tak sampai hati nak cakap jangan pergi - macam mengada sangat sekali tak bersalin kan dah menyusahkan orang. Sebagai persediaan, i minta tolong adik-adik i stay sama sementara my hubsy away.

6 Ogos dia pergi, 9 Ogos dia balik. Alhamdulillah tak ada tanda nak bersalin. Kalau tak...harus dah nangis seorang diri dalam labor room. Dah ke laut ni. Motif nak cerita pasal ole-ole sedap. Tapi intro berjela.

Lama dulu pernah ke Bandung. Tapi disebabkan jalan sendiri-sendiri, tak ada lah beria-ia membeli. Shopping pun beria sikit di Factory Outlet yang sangat banyak di sana. Rupanya ada bakery yang sangat famous di sana. Kartika Sari dan Maya Sari. Kek lapis Kartika Sari sangat win.


Sedap, lembut, melt dalam mulut, tak payah kunyah cuma kemam untuk rasa yang sangat nikmat. Kek lapis ni terkenal sebagai taste orang kaya Indon. Golongan biasa katanya cuma beli kek lapis kedai biasa. Harga? Tak tanya pun si tukang beli. Next time ke Bandung boleh borong lagi. Rasanya lain daripada kek lapis Sarawak. Dia ada spice tapi tak ketara sangat rasa rempahnya tu.


Rupa pun cantik. Sayang nak makan. Tapi sekali dah makan, tak cukup sepotong.

Maya Sari pula ada bolen puff. Rangup pastry dia. Cheese roll ni sedap tapi kalau makan banyak nanti rasa muak. Sebab cheese tu kot.

Pisang bolen keju. Sedap juga. Ball puff ni besar. Makan satu je dah kenyang.

Peuyeum bolen. Kat gambar tu tunjuk gambar ubi, macam ubi kayu. Tak sempat rasa sebab expired cepat.

Durian bolen ni tak ingat i makan ke tak. Lupa.

Lepas tu Tuan Syed ada beli juga roti bakar mentega. Nampak macam biskut lutut tapi lembut je. Makan macam tu tak payah cicah air pun boleh. Rasa lemak masin manis. Apa entah nama dia. Lupa. Roti Bagellen kot nama dia. Tak sempat ambik gambar sebab yang tu paling cepat licin.

Next time kalau ke Bandung, jangan lupa borong di Kartika Sari dan Maya Sari ye. Confirm takkan menyesal. Lokasi di mana, jangan tanya akak. Tanya sama pak supir aja ya...