Nuffnang

Wednesday 30 December 2015

A'Famosa Resort - Condo d'Savoy

Asalam all.

Tengah belek draft lama terjumpa la draft yang berhabuk ni. Nak continue la konon-konon nya. Then bila belek telefon tengok-tengok gambar yang berkaitan dengan penceritaan ini dah habis kena delete dengan budak-budak ni. Sabar je la... Tapi, memandangkan draft dah ada, so update je la entry sepi tanpa gambar-gambar. Menyampah sangat ni. 

Hujung bulan November hari tu i attend seminar lima hari di A'Famosa Resort, Melaka. Memandangkan cuti sekolah dah mula, jom anak-anak pon pergi sekali. Import Oma and Alang to babysit them, thank you Allah, masih dikurniakan ibu yang sihat walafiat yang dapat membantu di kala begini. Tiada pembantu rumah, anak empat, outstation menjadi satu kerunsingan buat ibu-ibu sepertiku ini. Perkara pertama yang menyesakkan fikiran - bagaimana dengan arrangement anak-anak?

Pertama kali tiba di A'Famosa, runsing tu bertambah sebab sekretariat provide bilik deluxe - satu king sized bed sahaja. Saya nak upgrade ke bilik lain tak boleh sebab full house. Saya nak add on connecting room pun tak dapat sebab full house. Lastly, Tuan Syed book tru Agoda - Family Studio di d'Savoy - tak dapat nak upgrade dari apa yang provided by secretariat sebab hotels and condos ni different property.


Family area ni ada tv, sofa, coffee table and dining table. Cukup la untuk kami. Balcony tu again, sangat ngeri ye untuk budak-budak macam Abdullah. Risau sangat dengan budak-budak yang sedang lasak ni.


Ada satu stor tepi pintu masuk tu tapi tak pasti apa function nya.


Ada kitchen cabinet and breakfast counter. Sebelah luar tu ada wet kitchen and drying area.


Dalam bilik ni ada dua queen bed, dressing table, wardrobe. Complete lah.


Bilik air ada satu je dalam ni. Tak tahu lah kalau yang ada dua tiga bedroom tu ada banyak bilik air ke.

My jadual waktu tu sangat pack. Only on the second day tu sempat bawa Maryam, Mardeyah and Abdullah ke Old West. Park ni bukak jam enam petang kalau tak silap.
 

Mula-mula dia takut nak naik bungee ni. Ye lah, dia ni mana lah suka nak cuba benda-benda adventure ni. Sekali kena paksa dengan mami, terus cuba dan tersuka lah pula...





 

Janji nak bawa ke water park. Tapi nasib baik masa tu Tuan Syed sampai and bawak yang tiga ke sana. Kalau tunggu mami bawak, memang tak merasa laaa... Lepas tu, diorang cuma whatsapp je gambar ni kasi mami jeles. Saja je tau.




Ada satu kejadian sedih. Glasses mami patah kena pulas dek Abdullah. Mami bukan jenis tukar glasses every year ye. Ini pun glasses yang dibeli tahun 2012. So, dapat lah bertahan tiga tahun saja. Tinggal kenangan saja gambar ni. Glasses dah selamat dibuang dalam tong sampah Condo d'Savoy. Tataaa...terima kasih ye kerana berbakti kepadaku selama ini.

Wednesday 23 December 2015

Quick Hang Out

Assalam.

Pagi-pagi lagi terima whatsapp from Shida, a former colleague of mine. We used to work in the same team dulu waktu di Education Ministry. Selalu makan sama-sama, hang out sama-sama, gossip sama-sama. She's so adik to me, sebaya Angah, but i have to admit that she's far far matured than her. Hahahahha! Maybe sebab she had started her career pada usia yang sangat awal dan bergaul pula dengan kakak-kakak and aunties. Unlike Angah, dah besar panjang ni masih lagi nak menangis, nak merengek-rengek, nak buat-buat merajuk. Alahai...

Early 2014 I pindah keluar, she menyusul juga a few months after that. Sekali sekala saja dapat catch up dengan dia. Lama kelamaan, dah makin jarang jumpa. I can't even remember when was the last time we hang out together. So, memandangkan dah lama sangat tak jumpa, so let's catch up today!

Nothing fancy. Lunch hour sangat singkat. I pula need to run errands during that hour. Kita tak sempat nak have a proper lunch - maybe next time ok. Cuma dapat singgah Subway tapau lunch. Tapi sangat puas hati sebab sementara tu macam-macam cerita yang kita kongsi. Sampai tak sempat-sempat nak bercakap, tengah beli air bercakap, tengah order makan bercakap, tengah jalan pun bercakap - macam ada banyak sangat benda nak cerita.

Nah, ahkak tempek gambar ekau Shida kek sini. Jangan marah naa...

Cantik outfit Shida on that day. Dia memang sentiasa nampak manis. Tahi lalat Siti Nurhaliza, kening Nora Danish... Ni tensi bergambar dengan orang muda ni, either kita akan nampak sama-sama muda atau obviously tua! *insert cry here*

Ok Shida, nanti kita catch up lagi ye. 

Kesian Pisang...

Minggu lepas kami ke dusun. Makin kerap sekarang ke sana sebab banyak impian yang kita cuba tunaikan satu persatu.

 Dia paling seronok. 
Berlari ke sana ke mari. 
Redah rumput lalang, memanjat pokok, main lopak air.

Mainlah sepuas-puasnya, nak...
Inilah tempat yang mami dan walid mahu kamu bermain.

Hasrat hati ke sana asalnya untuk tanam beberapa anak pokok pemberian Atok. Macam-macam juga - durian, rambutan, mangga, ebiu. Selebihnya, nak melihat progress kerja-kerja membina titian kecil menyeberang anak alur, kerja-kerja membaik pulih pagar dan membina anak tangga menuruni lembah.


Alhamdulillah...dalam seminggu kerja-kerja ini akan selesai. Cuba deal lagi agar tukang dapat mengecat pondok yang ada, dapat gantungkan beberapa buaian pada dahan pokok. Ini memang impian sejak pertama kali memasang angan-angan untuk memiliki tanah dusun ini - membina taman permainan yang alami di sekitar dusun.

Bermandi peluh my other half menanam anak-anak pokok yang ada - thank you ye! Ada lagi yang bakal menyusul. Sambil pusing-pusing sekitar dusun, sempat kutip kelapa, pungut cempedak, kutip bunga kantan, dan pisang setandan. 

Ok, ni nak cerita pasal pisang. Pisang yang diambil tu pisang abu atau sesetengah orang gelarkan pisang nipah. Pertamanya pisang tu nampak pelik sebab dalam setandan pisang tu, ada dalam lima enam sikat sahaja dan buahnya jarang-jarang. Semua sekali ada dua tandan. Ambil satu saja dulu, cadangnya yang satu lagi kita harvest minggu depan. 


Bila dah bawa balik, hajat hati nak agihkan untuk kawan-kawan ofis. Tapi sebelum tu, pisang yang muda nampak tempting bila digoreng gaul garam sahaja. Untuk petang itu, lima biji dikupas dulu untuk minum petang.

Alangkah terkejut nya rasa bila kelima-lima biji pisang muda tu rosak isinya! Ada yang hitam, ada yang kuning dan tompok-tompok hitam. Ada juga yang kuning dan berlendir-lendir.



Dah syak pisang ni mesti pisang yang terkena penyakit tu. Cepat-cepat capai telefon dan google. Sah! Memang sah pisang ni berpenyakit.  Nama penyakit ni penyakit layu pisang (bacteria wilt) atau moco disease (penyakit moko pisang). Dulu tergempar satu Malaysia bila harga pisang naik sebab supply suddenly merudum disebabkan penyakit pisang ni. Dulu tak ambil pusing pun hal ni sebab tak menjejaskan apa-apapun bagi kita. Sekarang dah terkena batang hidung sendiri.


Penyakit ni berpunca daripada bakteria dalam tanah. Bakteria ni menghalang buah pisang mendapat sumber nutrien yang cukup untuk menjadi buah yang sempurna. So, buah yang terhasil menjadi rosak. Tapi paling teruk sebab bakteria ini boleh merebak ke pokok sekitar - maknanya pokok pisang lain pun affected juga la. Lebih kurang macam HIV la... Tiada ubat tapi ada sejenis baja yang boleh mengurangkan penyebaran bakteria ni. Tapi solution mudah ialah menebang semua pokok pisang dan bakar, kemudian kuarantin kawasan tu sekurang-kurangnya setahun supaya bakteria tu benar-benar mati - disebabkan terputus punca makanan dia. Jadi untuk tempoh setahun ini, tiada lah hasil pisang dari dusun kami.  

Rupa-rupanya Abang Suid yang diupah membersih dusun ni dah tahu lama dah tentang pisang-pisang situ yang berpenyakit. Cuma dia belum sempat nak bagitahu. Dan dia tak diberitahu bahawa pokok pisang yang ada perlu dimusnahkan. Kalau tak, mesti dah lama dah tuan tanah sebelum ni buang semua pokok pisang tu.

Tapi takut juga dengan pokok-pokok lain. Tolonglah wahai bakteria, janganlah musnahkan durian, rambutan, cempedak, mangga, nangka, dokong dan lain-lain. Pening juga macam ni kan? Nasib baik pisang ni bukan mata pencarian kami. Macam mana lah nasib petani yang bergantung kepada tanaman pisang. Kesian...

Lagi kesian bila tengok rupa pisang ni. Macam kan manusia terkena penyakit kanser. Macam tu lah rupa pisang ni. Rupa di luar cantik tapi isi di dalam rosak. Kesian...

Thursday 10 December 2015

Surprise

Assalamualaikum all. Salam manis di hari Khamis.

Perasan tak, there are so many ways life takes a surprisingly happy turn, kan? Tak kira lah, kadang tu tengah lipat kain terjumpa duit dalam poket pun dah rasa seronok. Tengah dok spring cleaning then terjumpa duit celah carpet pun rasa seronok. Duit aje le yg seronok ye? Hahahaha! Dasaaaaar....

Tapi ada banyak je benda-benda lain yang simple tapi sangat-sangat make our day kan?

Tiga kuntum mawar mekar menyambut kepulangan kami dari Melaka tempoh hari. Rupanya so country kan? Tapi the color is so bright.

Tengok pulak orkid dah keluar putik - waaaah... best nya!


Alam pun pandai buat surprise kat kita. Apatah lagi manusia kan? Macam baru-baru ni jugak la, i dah tidur dulu malam tu sebab Tuan Syed balik lewat then dia sampai rumah dia kejutkan i.  Lepas tu dia hulur paper bag- Godiva! 

He then asked me to guess what's inside. Mana la i tau Godiva ni apa - orang kampung kan... I thought gadget kot, macam Gopro ke... Nak jugak teka perfume, sebab Tuan Syed selalu beli perfume. Tapi, apa ke buruk sangat nama perfume tu Godiva?

I sniffed out the red box. Waaahh! Bau koko!


Waaaa....terharu nya. Dah tidur pun masih boleh dapat makan... punya lah panjang rezeki Allah ni, sampai dah pejam mata pun ada lagi rezeki.


Godiva. 
Rasanya sangat premium. 
Cantik sangat, sayang nak makan. Each tiny feature tu ada nama masing-masing.
Maklum lah...orang kampung macam i ni mana lah taste tinggi-tinggi nak beli coklat macam ni - kalau tak diberi orang, i tak merasa. 


I kalau diberi coklat, hilang integriti sekejap. Makan macam kan dah tak ada hari esok. Lagi-lagi yang assorted macam ni, rasa nak taste semua nya sekali. Cukup-cukup la tu. Rasa dua ketul pastu tarik selimut tanpa rasa bersalah tak gosok gigi. Euwwwww!

Lepas tu dia bagi satu lagi paper bag - Dior.


J'adore! Oh my...finally i got my hands on this beautiful fragrance! Bau dia makes me feel so lovely, so sophisticated, in its own way. 

And packaging tu comes with this refillable leather purse size.

Thank you, dear, j'adore you more!

Sunday 6 December 2015

back2school shopping

Last night i asked TS's favor to take me and Maryam to Uniform Gallery. As usual, being a kiasu mommy is not always easy. Semua benda nak buat awal. I will, in most occasions, avoid last minute shopping. Be it, untuk raya ke, untuk wedding ke, kenduri ke whatsoever la. Stress tau kalau beli lambat, nanti baju yang kita berkenan dah habis saiz. Stress i tu sampaikan people around me pun boleh stress! Hahahhah! People might say awal lagi la nak beli baju sekolah, tapi i tak peduli. Nanti kalau tak ada saiz, bukan diorang yang nak pening kepala pun... huhuhuhuhh! Degil kan?

Since he knows me well, he complied. He just stayed in the car with the boys, itupun dah memadai. Before i went out of the car, he asked me how much do i need? Pun i stress sebab i forgot to do budgeting on it, just prepared the shopping list (in my mind). Most women are good at this right? Hahahahah! That's why we tend to buy unnecessary items.

Dalam kedai, again i stress sebab ramainya orang! Tapi At least i know there was not only me being so kiasu. Maka nya, tindakan i membeli awal ni tidaklah salah dari segi prinsipnya. Gitu....

And wait, my stress doesn't stop there. Seperti dijangka, tudung saiz S dah kehabisan stock! Stress lagi sekali pabila mengenangkan yang i have to come again just to get few pieces of tudung *sigh*

Baju kurung, kain kurung, socks, inner, shoes, stationaries, school bag, tumbler, food container...checked!


Mommy yang super excited where as Maryam peduli pun tidak. I remember, back in the 90's. Melompat-lompat tau tiap kali nak pergi backtoschool shopping ni..lebih-lebih lagi kalau my dad ajak shopping di KL - masa tu ada Ampang Point, City Square, Yaohan, Hankyu Jaya. Dah beli tu, simpan elok-elok taknak diusik adik. Beza sungguh dengan anak dara seorang ni - semuanya mami yang kemas. Padahal dia yang nak masuk Standard One.

Sedang kan dia, masih lagi dengan Barbie doll nya...

Grrrr...!


Thursday 3 December 2015

Dusun Kita

Saya menanti dengan penuh debaran. Macam kan nak menerima kelahiran cahaya mata pertama. Betul. Ia macam manusia juga. Bernyawa, berperasaan dan mempunyai jiwa. Bibit kasih sayang dan cinta harus dipupuk agar hubungan itu erat. Agar dia mengerti kami. Agar dia berbaik-baik dengan kami. Kami punya banyak angan-angan dan cita-cita ke atas dia. Kami mahukan dia sebegini, mahukan dia sebegitu. Tapi, saya berdebar kerana tak tahu dari mana hubungan ini perlu dibina.

Semenjak kedatangan kami ke sini buat pertama kali kira-kira dua bulan lepas, saya tahu saya sudah jatuh cinta. Saya mula berangan macam-macam perkara. Tapi, angan-angan itu terpaksa dilupakan kerana sangka kami ia bakal menjadi milik orang lain. Kuasa Allah, Dia yang merencana rezeki buat sekalian makhluk - peluang itu diberi kepada kami.

My other half usahakan semua - saya hanya menumpang tuah dia. Tapi tidak lah saya sangka hingga dia mahu menamakan saya. Saya lantas setuju - bantu uruskan apa-apa yang patut hingga ke hari menandatangani borang pindah milik di land office. Saya berdebar-debar kerana fikir saya urusan jual beli tanah ini urusan orang tua - saya lupa saya juga makin tua, tapi sering lupa dan sebab itu masih malu-malu macam kan masih anak kecil. 

Saya ke land office dengan seller - Kak Uja, dia ditemani suami. Saya bersendirian. Saya tahu Kak Uja sayangkan tanah ini dari riak muka dia. Sewaktu kami selesai tandatangan Borang 14A, pendaftar katakan pada Kak Uja "(tanah) ini dah dikira dijual ye". Kak Uja angguk tanda faham tapi senyum dia tak seperti senyum pertama dia kepada saya. Saya tahu dia sedih.

Waktu berjalan keluar, saya beriringan dengan dia. Dia katakan kepada saya yang dia rasa ralat sebab tak sempat nak menjenguk kebun tersebut - mungkin dia segan dengan saya untuk datang ke situ lagi selepas ini. Dan suaminya pesan agar dia harus berdikit-dikit melupakan dusun tersebut. Begitu lah kisahnya apabila hubungan sesama makhluk muka bumi ini dijalin penuh rasa dan jiwa.

Dua hari lepas saya berjumpa banker pula untuk tandatangan loan document. Alhamdulillah, loan saya approved - benda paling berdebar saya rasa sebab tak lulus itu bermakna harapan saya nak memiliki dusun ini tipis. Sekarang saya menunggu call pula untuk tandatangan loan agreement sebelum bank disburse loan saya kepada Kak Uja. Ini mungkin titik akhir bagi Kak Uja tapi inilah titik mula bagi saya - menyambung kasih sayang dia.


Saya makin berdebar. Entah bagaimana rupa geran yang ada tertera nama saya itu. Perasaan yang sama saya rasa tiap kali memegang sijil kelahiran anak-anak saya buat kali pertama.

Sunday 15 November 2015

3 month old Muhammad

I don't deny it - i am a bit kiasu when it comes to my children's developmental milestone. But at the same time i do admit that they have their own potential therefore their pace might not be the same dengan budak-budak lain. Tapi sometimes they also have benda-benda yang in common kan. We as parents sometime tak boleh lari dari membuat perbandingan anak kita dengan anak orang lain or among anak-anak kita pun, and it is a must, i think, sebab dari situlah kita boleh monitor sama ada they really growing up accordingly atau ada abnormalities yang perlu dirujuk kepada yang pakar.   

So semalam, our Little Muhammad dah genap tiga bulan. He's no longer a newborn, he's totally an infant now! 
Berat cecah 6.6kg. Paha macam ayam KFC, chubbier cheeks - rashes tu je tak hilang lagi. Takpe, kita continuously sapu MooGoo Cream tu ye.
Panjang belum ukur lagi tapi nampak memanjang la jugak sebab romper yang ada sarung kaki sekali tu yang meant for 6-9months dah ngam-ngam dah dia pakai.
Dia tak banyak ragam. Sejak lahir lagi dia ada pattern tidur yang senang. Malam dia tidur dan akan terjaga sekali sekala untuk mencari susu dengan mata yang terpejam - melainkan dia dibangunkan untuk nappy change baru dia bukak mata.


Dah pandai senyum - super smiley baby. Dia faham emosi kita. Senyum kita dibalas, ketawa pun dibalas. Inilah dinamakan EQ. Kadang tu bila diagah, dia mengekek macam kan budak dah besar.


Dah pandai coo~coo..


Dah pandai hisap jari *slurp~slurp*...main-main jari dia, tepuk-tepuk tangan tak berbunyi. Way to go, adik.
Hari tu the walid ada bersuara nak bawa this lil' Muhammad to Baby Spa - entah kenapa mami laju je google baby spa Singapore sebab tak pernah dengar baby spa kat sini :-). Opportunist ehh? Rupanya ada lah kat Malaysia ni - Hipopo Baby Spa & Wellness ada kat a few location - Great Eastern Mall, Queensbay Mall Penang, Setiawalk Mall Puchong, Centrepoint Bandar Utama, Empire Subang. As usual, i texted my other half on this and he replied GE Mall dekat je dengan office dia :-) Look, who is now more kiasu?

Monday 2 November 2015

Singapore Trip

Masih mood makan angin lagi. Weeww! Weeww! Kali ni Singapore. Agak mudah sebab kita pergi dengan kereta je. Tak payah pening-pening fikir how to pack luggage and everything efficiently. Just bundle whatever you think you might need ke dalam kereta and off we go!

Idea ke Singapore juga adhoc - the walid memang dari mula kenal lagi i perati dia jenis yang tiba-tiba je ada idea terus-terus je nak pergi. Nasib baik tahap stress i nak pack and unpack luggage ni within control.

Friday night kita overnight di JB dulu, so a budget hotel pun was more than enough.

Early morning kita dah sampai Woodlands. Long queue jugak sebab before 9.30am immigration counter belum dibuka semuanya. We went to the River Safari dulu. Beli tiket River Safari combo dengan Singapore Zoo, ada sikit penjimatan di situ.
Five years back masa kita datang this place belum ada lagi. Time tu kita pergi Night Safari. Now ada tiga attractions termasuk Singapore Zoo are located near to each other. Meaning that with just one stop you boleh enter ketiga-tiganya one by one.
Memang boleh bagi five stars lah pada the safari. Singapore ni even though dia punya weather macam kita panas terik tapi the environment tidak lah sampai menyesakkan nafas, tidaklah sampai menyerabutkan kepala. Bersih, kemas, rapi terjaga, user friendly serba serbi hingga ke dalam washroom.










And then, yang i noticed we can improve kat tempat kita selain daripada aspek kebersihan ni, first, dia punya ruling. Kita punya park usually not allow us to bawa outside food and drinks, dah lah harga kat dalam tu for sure lah mahal melampau-lampau. Tapi di sini we are allowed. Siap kat dalam tu ada tap yang kita boleh minum/ refill drinking water macam zaman-zaman kat asrama dulu.

This red panda sangat cute! And kat dalam ni sejuk so kita stop lama juga dalam ni.
Nasib baik our lil' Muhammad ni lena je sepanjang jalan-jalan dalam ni.
Panda putih ni apa ntah nama dia. Gemok dan sangat cute! Ni kalau buat bantal pelok ni memang best.





We had our lunch kat sebelah zoo entrance. Dah hilang sengal kaki ni kita masuk zoo pula. kali ni the sisters dah penat nak berjalan so kita rent this cute buggy.
Maryam dah panjang-panjang pun nak cuba juga duduk dalam Ergo. Kesian...zaman dia baby dulu tak merasa, mami tak mampu nak beli Ergo - mahal sangat-sangat masa tu.
Ergo carrier amat membantu dalam cabaran membasah ketiak begini. Hihihih!
Memang our activity that day membakar lemak-lemak bertahun. I was sweating like hell masa tu. Memang puas hati. Dah mengah berjalan, kita naik tram pula. Boleh lah bernafas sikit. 


Kat zoo tu ada elephant show tapi Abdullah and Muhammad were a bit cranky so kita keluar balik. Again, zoo dia jauh beza dengan zoo kita. There's a room for improvement supaya zoo kita juga setanding dengan dia.

Susahnya nak dapat kumpul enam beranak untuk ambik gambar. Asyik lah tak cukup corum.

Kita memang all out lah jalan dalam zoo dia. Berpeluh-peluh sakan ni tapi masih terus berjalan. Tapi sebab cuaca panas sangat and I was dehydrated masa tu - sampai berjalan terhoyong hayang dan dah seret kaki, dah peluh yang seram sejuk macam kan nak pitam. My other half read that signal - so kita pun keluar dari zoo. Memang puas hati dari pagi sampai ke petang membakar lemak.

Lepas tu checked in di Park Royal Hotel at Kitchener Rd., mandi-manda, rebahkan badan dan golek-golek, makan-makan. This hotel dekat dengan a few shopping mall - walking distant je.
Cantik la floor rug tu. Rasa macam nak gulung je bawak balik - buruk sangat perangai entah kenapa. Bila dah kenyang, badan dah cukup rehat, budak-budak dah puas tidur, kita turun berjalan lagi. Masuk Mustafa mall tu - sesak dengan Indians yang shopping for their Deepavali. Tak beli apa pun.

Kemudian pergi ke City Square mall kot nama dia. Opposite hotel tu je. Actually, ini lah tujuan utama datang ke sini - nak membeli iWatch. Dia dah survey kat a few malls di KL tapi belum sampai lagi di Malaysia. tsk~tsk~tsk. Mami pula saja masuk jarum masa tu "cuba check, kat Singapore maybe dah sampai kot". Sekali betul kat Singapore dah ada dah. Tu yang kami dapat tumpang sekaki tu :-)

Nubox - Apple Premium Seller.  Akhirnya berjaya juga dia memiliki seutas iWatch dan boleh lah bercakap tru jam macam power rangers. Kihkihkih!! :-)




View dari bilik. Nampak eye on Singapore tu. Plan esoknya nak bawak budak-budak naik tu. So malam tu mami tidur awal, tapi my other half entah pukul berapa baru tidur sebab belek jam baru! Ye la...macam budak kecik dapat toys kan...mana nak tidur...

The next morning tu, kita pergi makan dulu - Zam Zam - the best murtabak in Singapore. Makan sekali nasi beriyani. Tak cukup tu, take away murtabak pulak. Ish~ish~ish... Masing-masing dah kenyang, jom kita naik Singapore Flyer pula. Tapi, mami dah nak give up dah sebab kaki suddenly melecet. Mulanya sangka ada kasut lain dalam kereta tapi tak ada - bukan saja nak buat alasan mendapatkan kasut baru ye :-)

Singgah la dulu ke Raffles City - membeli sandal di Robinsons. Ada discount and GST free pulak hari tu. Berbaloi beli. Teringat Mardeyah di Saigon menangis kaki sakit sebab melecet. The walid teroaksa membelikan selipar baru untuk dia. Sama la. Mami hampir nak nangis dah sebab sakit kaki nak jalan. Anak-anak pulak belum nak balik, insist nak naik jugak Singapore Flyer tu. So, bila kaki dah selesa, baru lah nak berjalan pun mood bukan main lagi baiknya...

#ootd - kononnya...




Tau tak my other half tu buat apa? Dia ambik gambar sambil tangan pegang iPhone dan tengok melalui iWatch untuk adjust angle. Memacam la...
Nampak dah besar pulak Abang Abdullah ni.

Untungla...ada iWatch. Selama ni pakai jam biasa tu tak ada la pulak sesapa nak usik nak main-main. Bila dah pakai iWatch ni kejap-kejap nak pegang nak belek tangan walid.
Turun dari Singapore flyer, kita ambik water taxi ke Merlion.



Dia cakap kat i muka dia makin besar. I jawab muka i selama ni bulat je i tak kesah pun. Dia jawab balik muka dia jenis bujur.

Abang, tak kisah lah...muka abang lonjong ke, bulat ke, patsegi ke...tapi mata abang tetap menawan..

Dulu datang Merlion ni tak ada sebab diselubung sepenuhnya menjadi hotel yang exclusive. So dia replace satu Merlion kecik je kat sebelah tu untuk tourist dia bergambar. Singapore ni sampai tahap tu dia boleh buat. Merlion yang besar tu dia boleh tutup dan buat sebagai hotel yang entah berapa star dan entah berapa ribu dollar satu malam. Maknanya, hotel guest tu tidur bertemankan kepala singa. Waaaahhhh! Hebat sangat nih!
#throwback - ibu beranak satu
#hamekau - ibu beranak empat


Memandangkan budak-budak dah penat nak berjalan, hari pun dah petang, maka jom lah kita pulang ke tanah air. Sampai rumah around midnight. Esok tu the walid pergi kerja macam biasa and the sisters pun tak ada can la nak bercuti-cutian - pergi je lah sekolah.

Apa ada hal...kalau you all well mannered macam ni, next time nak bawak berjalan pun walid and mami tak akan ada istilah second thought dah.