Nuffnang

Sunday 31 January 2016

Little Muhammad ke Cameron Highlands

Salam all.

Semalam i dah bagitahu, kat sekitar Copthorne ni ada banyak landscape yang cantik-cantik.

Pagi tu bangun cepat-cepat bersiap sebab taknak lepaskan peluang jalan-jalan dalam kabus. Chewaaahh! Kampung sangat perangai tu. Budak-budak tidur dulu, i just angkut Little Muhammad saja sebab ini first time dia datang Cameron Highlands, so jom ambik gambar dia banyak-banyak.



Ampun lah ye swater pink tu, turun temurun kakak punya, sarung je la, non issue pun kan dik?


Masa ni Oma and aunty pun ikut. Tapi, boleh pulak oma lupa nak pakai gigi pelesu dia. Mih!Mih!Mih! So, senyuman dia ala-ala senyum nenek-nenek yang gigi dua batang..Hahahhah!

Kiasu sungguh mami ni, paksa anak duduk jugak kat situ. Senyum je la pon, nasib tak tergolek budak ni tau.





Duduk tepi bukit ni tengok pemandangan hijau rasa tenang je...



Tak lama lepas tu, bangun dah dua bidadari dan dua bidadara tu. So, jom sambung jalan-jalan lagi. Tapi, time ni matahari dah keluar sikit. Tapi sebab sejuk punya pasal, berlari pun budak-budak ni no hal.

Susah nya nak ambik gambar empat ketul ni.

 



Ada padang juga kat tepi tu, so bukan main seronok budak-budak ni berlari especially Abdullah. Lari dan jatuh dan tergolek dan bangun dan lari lagi dan jatuh lagi. Begitulah...


Best kan kalau laman rumah kita ada padang macam ni. Membesar dengan sehat anak-anak mami...



Susah juga nak ambil gambar berenam sekarang ni. Selalu tak cukup corum. Kalaupun cukup mesti ada yang buat-buat tengok ke lain.

OOTD katanya...

Ini paling tak menahan...

nak jugak...

jangan muntah hijau ye. Heheheh!!



Saiko sangat dah ni.


Kalau time tak bergaduh, macam ni lah baiknya. Kakak lah paling comel, kakak lah pujaan hati.


Ok, jom balik bilik kita breakfast dulu before keluar semula.


Next, nak jalan kaki ke Butterfly Farm. Walking distance je dari Copthorne ni. Tapi time ni Muhammad dan walidnya tidur, so jom kita tinggalkan mereka dengan mimpi indah mereka.

Sebab sejuk, sambil jalan-jalan singgah ambik gambar kat tangga pun rasa best je. Kalau kat sini nak buek camtu...nanhado laa..


I suka sangat bunga lily. Sebab tu lah masa kawin dulu, mami insist nak pegang bunga lily instead of roses. Beli pulak yang mahal sekali, yang nampak real macam ni. Sebab sayang sangat bunga lily tu, sekarang bunga tu jadi deco dalam rumah. So ketahuilah anak-anakku sekalian bahawa bunga lily yang ada dalam rumah kita tu dah dekat lapan tahun usianya, lebih dari usia kalian. Dan yang penting, ada sentimental value gituu!



Tak banyak sangat spesis butterfly yang ada di sini. Balik-balik yang macam ni. Kalau kat Penang Butterfly Farm rasanya lagi puas hati kot. Kawasan nya lagi luas, butterfly yang ada kat situ lagi varity, yang besar yang kecik, yang pelik-pelik ada, yang hodoh pun ada, yang cantik vavavoom pon ada.


Mami dan babywearing berpisah tiada.



Lepas tu kita singgah Strawberry Farm - Pluck Your Own Strawberry. Dah tak payah la nak pluck pluck sendiri ni, tengok je. Lepas tu kita pergi ke Kea Farm beli satu tray strawberry buat melepas gian. Lepas tu kita balik bilik lunch nasik ayam yang tapau kat Rina depan Copthorne. Rina ni famous kat Penang, ada gerai kat Padang Broom. 

Lepas lunch tu, Abdullah pulak tidur. So jom kita tinggalkan dia dengan mimpi indah dia. Kita berlima ke CH Lavender Garden.



Kat situ je lavender dia. Ingatkan banyak dan luas. Ingatkan boleh lalu celah-celah lavender boleh baring dikelilingi lavender. Boleh duduk-duduk ditenggelami lavender ke... Tapi, tak. Dia pagarkan keliling tu, memang tak boleh masuk.


There, yang purple tu, itu je lavender yang dia tanam. Means, sikit je la.





Kat atas sekali boleh petik sendiri bunga daisy. Setangkai RM2 rasanya.



Tiba-tiba atuk call kata Abdullah menangis cari mami. So, mari atuk and oma pun join sekali ke sini.



Sambil minum strawberry smoothies, kita order scone. Tapi rasanya tak seberapa la... nyesal order.



Lagi sekali kepayahan nak ambil gambar berenam.



Selesai di Lavender Garden, kita ke Tanah Rata pula.Saja nak bagi budak-budak main di sini sampai penat.


Ingatkan lavender farm tadi boleh la feeling macam ni. Last-last kat Tanah Rata jugak boleh posing macam ni. Tapi, bukan lavender la. Entah bunga apa. Janji purple...



Woww! Tengok gambar ni terus puji diri sendiri, terserlah ciri-ciri keibuan! Hahahahahhh!

Dengan skirt pun diorang boleh panjat memanjat. Main lah, nak. Mainlah sampai penat.


Eh, baru akak perasan. Setakat ni je gambar yang akak upload. Yang lain-lain tu gambar merepek-repek, gambar budak-budak ni selfie. 

Sebelah malam tu kitorang dinner kat Glory Steamboat, sebelah Casa de la Fern. Highly reccommended la sebab memang best sangat dapat hirup sup panas-panas dalam cuaca sejuk-sejuk tu. Tapi, tak sempat ambil gambar sebab kelaparan.

Ok lah, selamat bercuti everyone!

Tataaa...!!!