Nuffnang

Sunday 11 September 2016

Pre Idul Addha

Assalamualaikum. Entry ini entry pre Raya Haji. Semalam sampai Penang dah malam. Tak sempat jalan ke mana-mana. The walid pekena nasi kandar tak pelawa pun kita. So tadi dia tanya nak nasi kandar ke. Laju je jawab nak, padahal perut kenyang lagi makan berbuka tadi. Dah habis nasi sebungkus, sekarang mata terkebil-kebil tak boleh lena, amekau!


Pagi tadi bawa budak-budak morning walk di Taman Botani. Semalam berjam-jam kita stuck dalam kereta - massive traffic jammed, walid impromptu exit, kita ambil laluan Perak Tengah menuju ke utara, biarpun jauh dan melalui jalan sunyi sepi tapi kita dapat belajar sepanjang jalan. Abdullah pertama kali melihat dan menyebut lembu. Mami pertama kali tahu di mana Sultan Muzaffar Syah sultan Perak pertama dimakamkan. Perjalanan jauh buatkan kita bersyukur tak putus-putus - kita di sebelah barat ni ada juga lah laluan alternatif yang pelbagai, tidak seperti kawan di sebelah pantai timur. Pedalaman kita pun, ada juga lah infrastruktur. 

So setelah letih mental dan fizikal semalam, hari ini kita rehatkan minda, regangkan badan pula ke Taman Botani.


Semua pergi dengan tak mandi, except mami. Nasib lah fresh je udara pagi di celah-celah pokok - takde lah bau masam bangun tidur. Berpeluh la juga pusing satu round.


Satu improvement bagi Maryam actually sebab dia usually akan avoid outdoors macam ni sebab dia tak suka berpeluh-peluh. Tapi pagi ni dia tak merengek pun maybe sebab dia pun rasa fresh dengan morning mist tu.

Abdullah tadi berjalan on his own. Tak ada sekali pun mintak didukung. Dia memang bangsa tak tau penat💪💪 Lepas tu dia ni bangsa suka ambik tahu - segala ceruk segala lubang dia nak explore.

Mardeyah pulak positive thinking memanjang when it comes to outdoors activity. Nothing impossible, do at her best - "ala..cakap je la 'senang je' nanti jadi lah senang" 😉



Besar sikit, the sisters ni akan dihantar ke Outward Bound School insyaAllah. Biar tau serba sikit erti survival, back to basic - hidup dengan kudrat sendiri, tak ada detik yang tak berpeluh, badan jangan diajar manja, otak jangan dibiar berputus asa. Mami walid mula berangan nak hantar anak-anak ke OBS masa kitorang belum kahwin lagi. Gila tak gila lah masa bertunang tu pun dah siap fikir sepuluh dua puluh tahun punya agenda untuk anak-anak. Bukan takat fikir sampai ke pelamin je, bukan setakat ke kain lampin je... the list goes on and on. Bersusun je dalam poket kitorang ni. Jangan lah risau😋

Ini pun tadi baru je daki bukit sikit the walid dah sebut nak bawa budak-budak naik Broga. Think high, anak-anak. Next week pergi Sabah i wont be surprised if your walid cakap nak bawa daki Mt Kinabalu one day.


Sempena Idul Addha, kita juga mengenang saat-saat kita ke sana. Moga Allah terima lagi kita sebagai tetamuNya. Amin.





Siri mengenang Madinah - Bandaraya Rasulullah, tenang dan aman, harum dan indah.




Siri mengenang Makkah - serta seluruh isi di dalamnya, segala yang bertebaran di atas muka buminya. Bumi anbiya yang padanya terkandung banyak pengorbanan.


Salam Idul Addha, everyone. Semoga segala pengorbanan kita diredhai Allah Taala.

Sunday 28 August 2016

Momento

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat tiba dari Cameron Highlands. Unplanned vacation - apply leave dengan boss pun last minute, mujur lulus. Boss cakap, you all ni kalau apply cuti mesti bukan saja-saja, mesti ada urusan, ada hal, kalau tidak, you all tak akan minta cuti. Harapnya boss tak berniat untuk reverse psycho :-) Tapi betul boss, urusan keluarga, saya tak tipu.

Jumaat pagi sempat buat macam-macam. Bagitahu husband yang masih berada di Gua Musang, kami lewat keluar rumah due to domestic call. Mami kalau nak tinggalkan rumah macam-macam nak kena buat. Tapi kalau walid yang nak tinggalkan rumah, gitu-gitu aje dia keluar. Matahari dah terpacak di kepala baru kami dapat bertolak. Husband pesan jangan lupa pam tayar - i tak boleh recall when was the last time i buat semua tu.

Thank you anak-anak sebab well behaved sepanjang jalan. Love you! Kita sampai Casa dela Rosa tak berapa minit lepas walid sampai.
Bilik yang sangat luas - padan lah dengan kami yang beranak empat ini. Budak-budak melompat berlari berguling dalam bilik macam di playgym.



Cameron Highlands tempat menyimpan banyak kenangan mami. Menghadam erti survival seorang dara sunti yang pertama kali ke tempat orang tanpa mak ayah. Yang pertama kalinya tidur di rumah entah saudara siapa-siapa, dan bimbangkan terkencing malam dalam sejuk-sejuk itu.
Manisnya mengatur langkah dan menyusun tiap tapak kenangan berkongsi angan-angan dan impian zaman anak dara - yang ketika itu lagaknya ingin hidup seperti dewasa. Dan tiap kali ke sana, perca-perca kenangan itulah satu persatu akan kembali bertaut.


Awal-awal pagi lagi mami kejut the girls for morning walk. Awal itu sungguh bermakna - kita perlu mendahului mentari. Dapat buat sesuatu yang sudah lama ingin dibuat - itu paling bermakna.



Kita menyusur di depan Old Smoke House - menjamu mata dengan kehijauan di kiri dan kanan jalan, menghembus nafas kuat-kuat dan ketawa melihat 'asap dari mulut', menghidu aroma bunga loceng yang kita petik sepanjang jalan, melalui titi kecil dalam garden yang sudah tidak lagi dirapi, sayangnya, dan oh ya, pondok telefon merah dah beralih tempat rupanya.





Kita terus lagi menapak dalam embun pagi melintas jambatan, di bawahnya anak sungai yang cukup sejuk airnya dan tiba di pintu gerbang Taman Sedia. Dua diva ini memegang replica strawberry di tiang gerbang. Dan kita berpatah balik - dua ini sudah boleh mengingat jalan pulang ke hotel. Way to go girls. Jauh juga nak sampai ke Taman Sedia untuk little diva macam diorang tu. Next time mami bawa you all berjalan ikut short cut hingga ke Tanah Rata, dan andai masih ada lagi Menara Pandang, kita boleh sama-sama daki hingga ke atas. Dan pasti bila besar nanti kalian juga akan ingat setiap tapak yang kalian atur di sini - sama seperti mami.

Selebihnya kita bersidai di balcony. MasyaAllah pemandangan cantik macam dalam lukisan - latar belakang bukit bukau, padang golf, pokok pine, dan smoke house.


Sesekali menderu enjin superbike, berlari si teruna berdua ini mencari arah datangnya bunyi. Mendengar siren polis juga begitu. Enjin bas dan lori juga sama. Heli membawa PM juga landing di padang golf depan balcony ini. Masing-masing penuh teruja.

Puas hati dapat nap berhimpit-himpit atas king size bed dalam sejuk-sejuk itu. Bangun tidur, kita makan-makan dan kita spent masa di padang - kalau di rumah, banyak alasan kalau diajak ke padang. Peluh itu ertinya rimas. Di sini sejuk, dan mami paling suka bunga yang di merata-rata tempat ini.



The last time kita ke sini lil'Muhammad masih belum boleh duduk sempurna. Belum boleh makan apa-apa. Dan sekarang dia sudah ligat ke sana ke mari. Sudah pandai meradang melentik-lentik badan ke lantai. Sudah punya semacam perangai.




Percutian seharusnya begini - lebih relaxing. If it turn out to be tiring sekalipun, kita rasa happy kerana kita telah melakar memori anak-anak kita which is bila besar nanti, dia pula yang akan terkenang-kenang.

Mana nya tak happy bila dapat bawa balik dua pasu pink rose. Yeayyy! Ada lagi sebenarnya bunga yang ingin dibeli tapi cepat-cepat tampar pipi sendiri - tak cukup tempat nak letak dalam kereta, nanti tak pasal-pasal menjadi punca kecelaruan emosi anak-anak dan suami :-)

Tuesday 23 August 2016

Selamat Petang

Assalamualaikum. Selamat petang. Menaip dari awal pagi tapi simpan dalam draft sebab banyak bebeno hal nya.Ni ada free time dapat sambung.

Tadi lepas pick up Maryam, kita pergi pick up Mardeyah. Sakit pula gigi dia, nampak macam berlubang semalam. My bad, jangan kan kata every six months, every year nak jumpa dentist pun nanhado. Selagi dia tak complain sakit, tak peduli pun. Pendek kata, tunggu je lah gigi tu longgar sendiri. Now, anak dah tiga hari merengek-rengek sakit, baru dapat bawa dia ke klinik. So sekarang tunggu our turn di Klinik Pergigian Dengkil Ria. I know the doctor quite well, Dr.Shabila - i went to Kuching attending a conference and we met for the first time, out for dinner which kebetulan on her birthday. And she was soooo generous hantarkan i sampai ke airport the next day tu. Her husband is walid's good friend - the housemate, the colleague, the coursemate, the classmate. 

Semalam gembira mami bagai budak kecil memilih gula-gula bilamana menjejak kaki ke XieBang. Didn't go there for many months. Couldn't even remember when was the last time i spend money and time there. Nasib baik lah sempat tiba sebelum kedai tutup. 


I was given ten minutes only sebab kedai dah nak tutup - hasilnya two ficus tree, dua white pots, satu beg baja organic which costed me RM100. Yeay! Went back home and rolled up the sleeves to set up this mini corner. Belum pernah ada ficus or weeping fig di rumah ini, juga sejenis indoor plant, banyak jumpa dalam mall, grow better in shady and high humidity area. Boleh filter pollutants caused by carpeting and furniture. Pesan apek tu, it's a bit tricky to take care of this plant. Tak apa, kita cuba jaga.


Then i parked the car outside so that bila our man of the house balik he can easily notice my new touch :-) Tapi dia pulak balik lewat malam tadi, dah habis dah excitement kita nak cerita about the ficus thingy kat dia. Nasib baik la pagi ini dia tanya "kenapa letak kereta di luar? Nak bagi nampak pokok tu ye?"


Yeayy!! Blooming again this tiny orchid. Kecil tapi tak pernah mengecewakan.

Look at the palm...so kesian kan. 


Entah la dah berbulan-bulan dia tak mahu keluar daun lebar-lebar macam dulu. Baru kembang dah kering. Doesn't get enough water pun satu hal, baja pun satu hal - my bad. Apek XueBang recommend this baja. Kita cuba je lah dulu mana tahu kalau-kalau hayat dia masih panjang masih boleh cantik memayung macam dulu-dulu.

Oh ye, to the man of the house, i have already disposed a few pots and reserved some space so that we could place a garden bench there to fit the purpose of having tea and keropok lekor outside the house in the evening. I hope this proposal meets your approval :-) 


Ok, all. I'm mental blocked with those wheel stuff tu, which is unbearable mata memandang because they don't have a proper parking lot. Rumah kecil... tadah je la mata ni but deep in the heart im really looking forward to have a nice garden deck or fancy fence.


Last week the walid bawa balik rezeki dari Cameron Highlands. Kali ini kita cuba keledek rebus version my friend - lepas rebus buang kulit dan tabur gula kabung.


Sedap, i tell you. Lil' Muhammad makan berketul-ketul.


Finally, thank you to the lovely sister for this beautiful bracelet. I am sooo glad to have this. Dia kata actually sebab tuan tangan yang gorgeous tu yang pakai apa pun gorgeous. HHahahhahah! Im getting old lah kak... nak ambik one shot ni pun kena delete banyak kali sebab obviously boleh nampak the old wrinkly hand :-)


Yeah...
i am growing old, that's the fact.
And i want to grow old gracefully...

Good bye until next time!

Wednesday 17 August 2016

My 2nd Family


 Di sinilah tempat mencari rezeki...



Selalu bersyukur kerana diberi Allah sebaik-baik tempat bertugas - dapatlah mengatur dan mengurus rutin harian, memberi kasih dan perhatian kepada yang disayang. 

 Walau di sini tiada autoriti, tiada nama dan pangkat yang tinggi - itu semua tak mengapa. 
Lebih besar rahmat, nikmat dan hikmah di sebalik tiada apa-apa nya itu.

For the love and attention that i've managed to give to my family, 
I thank this second family too.























































Monday 15 August 2016

Muhammad Turns One

Assalamualaikum wbt. 

Rasa begitu lama tinggalkan blog ini. Begitu masa terlalu menyibukkan kita dengan pelbagai hal. Bukan perkara-perkara penting sangat pun. Bukannya sibuk ulang-alik naik belon meeting dan urusan kerja di luar negara, hari-hari bawa passport ke sana ke mari macam kebanyakan orang-orang hebat tu. Bukan. 

Orang biasa-biasa macam saya ni, balik-balik perkara rutin yang diulang-ulang laku. Balik-balik hal-hal domestik saja. Tidak ada apa yang menarik untuk dicerita, tiada juga parenting tips dan segala teori keibubapaan untuk dikongsi. Tapi itulah rutin yang memenuhkan jadual harian saya sebelum tutup mata. 

Family first. Tomorrow is not promised, today is short. Spend time. Be kind, and serve one another. 

Walaupun kita sibuk here and there, event-event penting sebolehnya kita tak lupa. Semalam my little man just turned one. Happy 1st Birthday to lil' Muhammad! Moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama-sama kamu. 


Walid was not at home since Thursday. So this Jedi Master mom bundled everyone into the car and drove them to the Mid Valley Megamall. Bagi kami, biarpun setahun cuma usia dia, celebrate tetap celebrate, biarpun hanya dengan seketul cupcake.

  
and a plate of strawberry waffle - it looks nicer and better than the cake!


help yourself, boy... it's your birthday


 that's my boy!
 
Yes, memang betul, setahun usia dia belum faham erti harijadi. Tapi bukankah dia juga tetap ahli keluarga kita. Tiada apa yang dibeza-bezakan antara anak-anak ini. Jika kakak-kakak dan abang dirai harijadinya, dia juga tetap akan dirai sebegitu. 

Biarlah cuma kami-kami sahaja yang mengingatinya. Sebab itulah mami kisahkan juga di sini supaya bila dia besar nanti, dia tahu, dia juga ada memori untuk dikenang - and someday, when the pages of my life end, they will know that they are one of its most beautiful chapters.



Getting into everything... following brother and sisters... and what not.


Mainlah anak, the floor is yours.



Sempena setahun usia adik, mami sediakan infographic yang tidak seberapa ini sebagai hadiah buat adik. 

Sanah hilwah, adik. Barakallahulaka... 



lots of love, hugs and kisses...
from all of us!