Nuffnang

Tuesday 29 October 2013

Gemulah

Sekali lagi, sebentar tadi kami seisi pejabat dikejutkan dengan berita pemergian seorang pegawai ke rahmatullah. Gemulah En. Adek Ahmad.

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

I sengaja post berita kematian ni sebagai mengingatkan diri sendiri bahawa tiada apa yang makin hampir kepada kita melainkan MATI.

Mengingatkan gemulah, i sempat berkenalan dengan arwah sekejap sahaja, sebelum arwah mula sakit dan bercuti panjang. Arwah seorang yang sangat ceria, dalam usia dan pangkatnya yang jauh dengan i ni, beliau tidak sedikit pon memperlekehkan idea dan kata-kata budak setahun jagung macam i ni. Arwah tidak lokek berkongsi pendapat, nasihat, cerita-cerita (banyak cerita lucu). Memang tidak kering gusi dibuatnya tiap kali arwah bersuara. Ada sahaja yang buatkan kita ketawa.

Tapi memang i tak sangka rupanya arwah memang sakit. Barah usus kata mereka. Lagi buat i termenung, barah ni memang 'membarah'. Cuma mereka yang kental dengan ujian Allah sahaja diuji dengan bebanan penyakit ini. Teringat masa i buat radioactive iodine di HKL, kiri kanan klinik Nuklear tu dipenuhi dengan orang yang buat kemoterapi, botak dan tak ada kening. Tapi, diorang nampak lebih relaks dan cool. Redha pastinya.

Teringat pula pesan Prof. Dr. Muhaya "Layanlah orang yang anda sayang seolah-olah hari ini adalah hari terakhir anda bersama mereka, supaya anda tidak menyesal kemudian hari"

Semoga Allah tempatkan Allahyarham Adek Ahmad di kalangan orang-orang mukmin, Ameen...

*masih termenung, walaupun perut dah berbunyi minta diisi*

Friday 18 October 2013

PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU

amboih..skema sangat le teww!
tengok post title tu dah macam nak buat artikel ilmiah.
tapi, cuba kalau you all check lesen memandu masing-masing... kita tengok siapa yang kena!
mesti ada yang "alamaakk!dah expired!" "ala..lupa la nak renew!"

macam ahkak la...bila fikir-fikir balik, birthday dah lepas...tapi rasa macam ada hutang je dengan Kerajaan. Rupanya lesen belum renew... sebelum ni senang je...i pegi Jusco Equine, situ ada Post Office. Tapi, since JPJ dah keluarkan lesen yang baru, tak sure Post Office boleh buat atau tak.

Jakun mak tadi...lesen baru ni cantik. Kalau before this, kita dapat slip sekeping bila renew, tapi this time kad dia macam IC, siap ada gambo lagi. lesen berwajah baru ni baru je berkuatkuasa mulai 15 Julai 2013.

Menonong je belum pon pukul doblas i dah keluar ofis, terus ke Bangi. Tau situ ada JPJ tapi tak tau location kat mana. Terpaksa la call dak ofis sorang ni, dia bagi tau "Puan masuk ikut Sup Urat Keting tu, terus je sampai hujung, ada kedai tayar belah kiri, sebelum Shell, JPJ dekat dengan kedai tayar tu"

Sonang yo..
Nasemaik kaunter dia bukak tengah hari (untuk renew lesen sahaja).

Masuk kat Khidmat Pelanggan, ambik nombor. Ada staff yang entertain kita "kalau cik tak bawak gambar takpe. cik boleh guna gambar kat ic atau gambar kat lesen lama, dia akan scan"

Terus i bukak purse. Gambar IC masa umur lapan belas, muka berlemuih. Gambar lesen masa umur doploh, comel memang comel, muka flawless jek masa tu, tapi...tu kan gambar seploh tahun lepas, muka budak sesangat. kot iye pon nak nampak cun, takkan la... nipu nau!

queue number pon ada lagi dalam 60. so, sebelah JPJ tu ada dua tiga kedai yang boleh buat instant passport size photo. I pergi tangkap gambar dulu kat situ. melayang RM13. Gambar pon tak santekk...muka parut is hodoh...muka time tengah hari yang metallic la sangat... takpe..takpe.. yang penting, jujur je la pada diri sendirik, ye dok? Selama ni pon i hidup dengan IC muka umur 18 yang comot dan berlemuih, relaks jek..

Pastu i menapak ke Petronas tepi jalan tu untuk withdraw, sebab dalam purse ada semangga-mangga 50 hengget je.. rasa cukup kot kalau nak renew setahun, sebab setahun RM30. Tapi, mana la tau...sekali JPJ kata kena fine sebab dah lewat renew, tak ke naya berpeluh-peluh time tu baru nak gi berlari cari ATM.

Masuk-masuk balik JPJ, ngam-ngam queue number ada lagi 10. Bila time je my turn, i bagi kat dia lesen lama, ic, gambar sekeping. And dia tanya nak renew berapa tahun.

"Tiga tahun ye" i jawab penuh confident. Kat tangan dah pegang siap2 RM100.
"Untuk renew tiga tahun, cik kena tambah lagi setahun ye, untuk pelarasan sebab renew lepas lesen tamat tempoh. So, semua sekali RM120"

Lepas bayar duit, dia bagi slip, and kita tunggu pulak sampai dia panggil nama kita.

After 10 minutes macam tu, ada staff keluar dan panggil sorang-sorang untuk ambil lesen baru. Panas lagi tu! Lesen cantik..lesen je..gambar tak cantek.

Tapi it's ok..akhirnya tertunai sudah tanggungjawab i sebagai warganegara Malaysia. Boleh la memandu dengan sah di sisi undang-undang lepas ni.

So, dengan bangganya saya mengumumkan tarikh kuatkuasa lesen memandu saya yang baharu ialah 18/10/2013 hingga 25/09/2017!

yeay!!! harap-harap masa umur 34 tahun nanti idak le teman lupa nak renew lesen ni.

*Gambar ni pinjam dari Encik Google*
(lesen baru berada di tangan kanan pokcik tuh)

 

Wednesday 2 October 2013

SENJA

Baru pulang dari menziarahi seorang rakan sekerja yang sedang bertarung dengan penyakit kanser. Kak Shima tidak lalu bangun, terbaring begitu, makin kurus, rasanya macam tulang temulangnya hanya dibaluti kulit sahaja, tidak mahu jamah makanan, air zamzam hanya mampu diteguk beberapa titis.

Sungguh, bila dilihat, memang dalam kepala tadi ni asyik menerawang muka arwah Mak Nyah, arwah Kak Jue, yang mana kedua-duanya bertarung penyakit yang sama hingga akhir hayat mereka. Kursusnya Kak Shima, semacam arwah tok cik. Wanita-wanita di luar sana, andainya anda punya saudara mara wanita especially from your maternal side (sebelah ibu) yang menghidap penyakit kanser (payudara, rahim dsb.) perlukan lebih precaution kerana possibility untuk anda menghidap penyakit yang sama adalah tinggi.

Buat Kak Shima, moga bersabarlah dengan ujian Allah ini. Akak insan yang kuat, kerana itulah Allah uji akak kerana akak mampu menanggungnya. Allah menjanjikan sesuatu yang baik buat akak.

Buat anak-anak Kak Shima, kalian empat beradik memang anak yang taat. Kalian ada di sisi mama pada saat-saat mama perlukan kalian. Terus berikan kekuatan itu kepada mama kalian. InsyaAllah syurga tempat kalian nanti.

Sebak, bila Kak Shima genggam tangan i tadi masa nak minta izin untuk pulang. genggamannya kuat, macam tak mahu dilepaskan. Sempat i berpesan "InsyaAllah Kak, kita jumpa lagi lepas ini..." 


Tetamu Senja
(A. Samad Said - 1955)

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat