Nuffnang

Saturday 11 April 2015

Robitah binti Ta'ayah (18.05.1956 ~ 10.04.2015)


Allah betul-betul kasihkan dia lebih dari kami kasihinya.

10 April 2015. 20 Jamadilakhir 1436H. Jumaat.

Dia makyang saya.

Dan dia bagaikan ibu kedua saya. Masih terkenang dia yang dulunya muda, cantik manis, bertenaga.

Hingga satu ketika, dia sakit, terbaring tidak berdaya. Lalu pergi buat selama-lamanya.

Dan akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan tinggalkan dia disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepadanya. Tuhan jua yang menetapkan hatinya. Doa kami mudah-mudahan Allah Taala akan memberi keampunan dan menerima segala ibadah dan amal kebajikannya.

Al-Fatihah.

Monday 6 April 2015

Influenza A (H1N1)

Salam Monday everyone.
 
Almost two weeks i tak update anything. Last sekali entry tentang Mardeyah demam dibawa ke ofis untuk nursing. Si ibu suspect demamnya kerna hujan. Tapi, Selasa petang tu, Maryam mula demam. Spike fever di tengah-tengah malam.
 
25 Mac - Happy birthday my lil' boy! Tak tercatat segala milestone dia sepanjang dua belas bulan ni. Tapi sekarang sudah berlari, sudah memanjat. Mulut sepanjang masa berzikir entah apa butir bicara. Rabu, the mommy took one day off bawa ketiga-tiga ke Annur Paed. Abdullah untuk one year immunisation, dua lagi untuk check up. Blood test showed nothing, bukan juga denggi sebab platelet ok. Doctor start antibiotics on both of them. Augmentin. Tiba di rumah petang tu, Abdullah demam.



The mommy juga dah terbaring dengan kepala yang sangat pusing. Mulut terkumat kamit moga lekaslah encik suami pulang.
 
Kami berempat di rumah, makan sudahlah tidak lalu mana. Tambah-tambah si Maryam, dah flat sangat. Lebih 24 jam tidak mahu mahu jamah apa pun. Ubat jangan cakap lah. Memang tahap dewa tak boleh sentuh ubat dia ni. Lewat jam sebelas malam, Tuan Syed berkeras nak bawa Maryam ke hospital. The mommy, Abdullah and Mardeyah dah terbaring di atas. Membungkus badan sebab demam menggigil. Entah jam berapa, the walid bagitau, Maryam kena admit. Good for her sebab lagi lama dia di rumah, boleh dehydrated.
 
26 Mac - Rasa-rasa demam dah surut sikit, bawak mandi, mandikan dua lagi. Then kami ke Nilai Medical Centre, membawa barang keperluan Maryam dan the walid. Mardeyah dan Abdullah masih demam tapi masih boleh bermain, masih boleh makan. Maryam juga masih demam, kadang baring kadang duduk. Jam sebelas, demam the mommy datang balik. Menggigil-gigil, sakit kepala bukan kepalang, sengal-sengal badan, sengal kaki, sakit rahang. Tak daya nak bangun. Terbaring di sebelah Maryam. The walid masa tu balik rumah sekejap ada orang Courts nak deliver barang. sejam dua dia pergi, rasa lama sangat. Meleleh air mata tunggu dia balik. Berkali-kali suruh Mardeyah call. Once dia sampai, dia ambilkan wheelchair untuk bawa i ke klinik. Tak berdiri pun tak ada kudrat.
 
Doctor cakap, "demam you baru 24 hours, so kalau buat blood test pun it will show nothing. So, you makan dulu PCM, and esok kalau masih demam lagi, datang semula baru kita buat blood test."
 
Dah lewat malam, Tuan Syed hantar kami balik ke rumah. I berdegil nak balik jugak sebab i nak rehat di rumah. I nak my own tilam my own selimut. Mengada sangat. Ambik, malam tu i stay sensorang di rumah, Tuan Syed looked after ketiga-tiganya di hospital.
 
27 Mac - Dua si kenit balik ke rumah. Masih demam. Di mana saja dia rasa tak terdaya, dia baring di situ. Baik di lantai, atas carpet, tepi buaian, di mana-mana saja ceruk dia pergi. Kesian sangat...


I juga begitu. Kejap-kejap menggeletar, badan minta diselimut. Tak ingat berapa kali Tuan Syed ulang-alik ke rumah bagi Mardeyah dan Abdullah makan, mandikan mereka. Maryam ditinggalkan di wad. Mardeyah dan Abdullah masih demam. Kejap tinggi kejap surut. Tuan Syed bagitau, Maryam positive H1N1. Doctor dah start Tamiflu on her. Tuan Syed cari antiviral tu di farmasi untuk kami di rumah, tapi tak dijual.
 
Sebelah malam, keadaan menjadi makin mencabar bila Tuan Syed pulak yang flat. Dia mula sakit kepala, demam, sakit-sakit badan. Dia di hospital berdua dengan Maryam waktu tu. I rasa nak menangis sebab i nak ke sana tengok dia, memang lah dah tak terdaya. Dengan dua lagi si kenit di rumah ni demam. Waktu tu, SIL sampai, dia temankan kami di rumah. My BIL pulak temankan Maryam and the walid di hospital.
 
28 Mac - Rasa-rasa macam dah ok, i bawa Mardeyah dan Abdullah ke hospital. I suruh Tuan Syed balik berehat di rumah. Dia dah jumpa doktor, and dapat Tamiflu. So, yang sepapan itu lah kami kongsi berdua. Sweet tak? Sweet tak? Adik-adik pulak tumpang makan Tamiflu Kak Maryam. 

Demam makin ok, cuma sakit kepala entah kenapa tak hilang dah tiga hari. Telan PCM pun, tak boleh jalan. Kepala masih terasa berat, tapi gagahkan juga sebab dah boleh berjalan. Dah malam baru balik ke rumah. Tuan Syed pun balik, dan malam tu, Ami Abdullah willing to look after Maryam di wad. Dalam jam dua pagi, Atuk and Oma pula sampai.

29 Mac - Happy 6th Birthday, Maryam! Apa nak buat, celebrate di hospital saja. The mommy and Mardeyah nyanyikan birthday song untuk dia tru phone call saja. 

Kami bertiga di rumah masih demam ringan-ringan. Boleh makan, boleh minum, cuma nak main nak berlari aktif tu belum ada tanda. Kepala masih sakit. Rahang masih sakit, macam sakit gigi. Atuk and Oma pergi ke hospital, kami di rumah saja tak mengikut sebab masing-masing masih fragile. Tuan Syed gagahkan diri ulang-alik hospital-rumah untuk bagi budak-budak ni makan. Bagi mak budak ni makan. Lewat petang, Tuan Syed curi-curi bawa Maryam balik ke rumah. Kesiankan dia, dah berhari-hari duduk atas katil je. Dia masih demam.

30 Mac - Mardeyah dan Abdullah nampak makin ok. Dah tak demam. Lepas mandi, i kirimkan mereka berdua ke hospital, sebab i nak pergi jumpa gynae di Annur O&G. Rimas betul pakai face mask. Tapi, atas rasa tanggungjawab untuk tidak menyebarkan pandemik H1N1 ni, i pasrahkan diri. Sekurang-kurangnya tidak lah orang sekeliling berasa tak selesa bila mana kita ni terbatuk-batuk setiap minit. Masa masuk tu, the first thing i told Dr. Kam, i baru recover dari H1N1. Terus dia rekodkan dalam catatan dia dengan pen merah. Macam biasa, doctor scan nak tengok condition baby. And...surprised, it's a boy! Alhamdulillah. InsyaAllah ada lah dua pasang nanti. Syukur Ya Allah.


Dan mereka, masih belum sihat sepenuhnya.
 
 
31 Mac - Maryam masih spiking.


Ingatkan dapat discaj dah. Tapi, dibuatnya demam tengah-tengah malam, dah kena tambah 24 hours lagi untuk monitoring. Doctor dah start antibiotics lain sebab takut ada kuman lain yang menyebabkan dia demam. Sebab kalau ikutkan trend demam H1N1 ni, sepatutnya by now dah turun.

Sebelah petang, Dadi and Habibi pula sampai. Jadi, malam tu, Ami Sobri tolong temankan Maryam di hospital. The walid balik rehat di rumah. Eventhough dah tak demam, tapi masing-masing berlawan batuk siapa paling garang. Allahu...barking cough sampai tersimpul-simpul urat perut.

1 April - GST-Day-One for everybody. Tapi, pagi tu, i baru ada kudrat nak ke pasar nak ke kedai membeli barangan dapur. Apa nak buat, pre-GST hari tu tak ada daya nak berebut-rebut membeli belah. The walid bagi tau, Maryam demam sekejap pagi tu. Aduhai...another 24 hours la kot. Tapi dah petang tu, dia bagitau, Maryam dah boleh discaj. Yeay!!! Everybody was so happy to hear that Kakak Maryam nak balik. Doctor tak advice ke sekolah lagi. Masih kena teruskan home-nursing and quarantine sampai end of the week.  
 

Dan pagi ini, baru mula hantar Maryam dan Mardeyah ke kindy, Abdullah ke nursery. Mami and walid baru mula masuk ofis. Alhamdulillah, back to normal routine.
 
Syukur Alhamdulillah - H1N1 tak menjadi fatal to us sebab kami bukan dalam golongan yang berisiko. Siapa yang berisiko - orang yang ada asthma, masalah paru-paru, masalah respirotary, yang tu akan menjadi fatal. Tapi, kalau tak, ia appear as viral fever je.
 
Spike fever, muscle pain, headache, batuk, selesema - symptom biasa Infulenza A.
 
Treatment nya adalah dengan antiviral - like us, Tamiflu (Oseltamiv). Sehari makan sebiji je. Tiga hari makan, demam makin ok. Budak-budak makan yang sirap punya.

Headache - tak hilang, teruskan PCM.

Batuk, treat macam biasa dengan ubat batuk.
 
Selesema pun macam tu, makan je ubat selesema - like me, doctor bagi piriton.

Yang penting, kena minum banyak air to flush balik everything. Memang tak lalu makan, sebab bila batuk non-stop, kerongkong rasa bengkak. Tak sanggup nak menelan makanan. Tapi, have to makan juga, walaupun sikit. Semalam, baru mula nampak masing-masing ada apetite balik. Maryam and Mardeyah meratah ayam bakar, the walid dapat nasi briyani yang diidam. The mami masih mengada tekak, boleh masuk soupy thingy, moi, and milo panas cicah biskut patsegi.

Alhamdulillah, Allah datangkan kesakitan itu dengan pelbagai hikmah. Hikmah paling besar, didekatkanNya kita kepadaNya.