Nuffnang

Tuesday 24 March 2015

Kerna Hujan

Hujan kadang kala indah. Kadang kala membuatkan hati resah. 

Ahad lepas, anak-anak bercuti di laman rumah sahaja. Sabtu seharian di water park memadai. Ahad water park di rumah pula. Kolam enam kaki tempat gelak ketawa. Tiba-tiba hujan. Makin lama makin lebat. Jam belum pun pukul dua belas. Tapi disebabkan hujan, suasana tengah hari Ahad menjadi indah. 

Wanita yang sangat melankolik ini mula terkenang zaman kecil-kecil bermain hujan di laman rumah nenek. Tepi tangga hadapan ada sebuah tempayan tempat mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Tempayan tadahan hujan. Kelilingnya kami susun dengan batu-batu kecil, membentuk lanskap indah. Replika taman tasik kononnya. Usai menyusun, kami melompat-lompat di lopak air. Sambil menyanyi anak itik tok wi. Nenek di pangkin menegah pun tidak. Memang indah. Hujan menjadi indah.

Merindukan zaman ini, i proposed the idea to Mardeyah. "Pergi lah mandi hujan. Seronok tau. Air ni turun terus dari langit." Melompat-lompat dia di bawah curahan hujan. I see myself in her.

Semalam i ada bengkel di Shah Alam. Jam dua i terima call dari teacher GA, maklumkan Mardeyah demam. Huwaaaaa...rasa bersalah nya. Sebab semalam tu i yang suruh dia mandi hujan.

Lebih jam tiga i minta izin dari bos untuk balik dulu. Keluar sahaja conference room, hujan mula lebat. Dari Seksyen 2, i masuk Federal Hiway, kemudian masuk Elite Hiway menuju Putrajaya. Hujan makin lebat. Wanita sinonim dengan hujan setitik tapi wiper dah laju. Dalam kepala sarat memikirkan anak demam. Sambil drive, mata ulang-ulang tengok jam.

Jam empat. GPS warning suruh keluar second exit, which is Putrajaya. Sekitar Putra Heights waktu tu. At constant speed, on the right lane, tiba-tiba ada sebuah lori dah himpit dua kereta di lane kanan. One taxi depan i cuba elak ke lane kiri sekali dan terbabas melanggar sebuah kereta. I ingat kereta Vios. Vios tu berpusing dah menghentam divider kemudian terbuang ke belakang hampir memasuki lane tengah. Dan i entah bila dah masuk ke lane tengah. 

I memang cuba nak brake dengan berhemah tapi susah nak control sebab jalan sangat licin. Kalau i cuba juga emergency brake, i tau i akan terbabas. Dan Vios tu makin lama makin merapat memasuki middle lane. Ya Allah, i dah terfikir i akan langgar Vios depan mata i. I terfikir separuh kereta i akan kemek dan stereng akan rapat ke dada i. I terfikir kaki i akan tersepit dan patah. Dan paling besar i fikir, siapa nak ambil anak i??? 

Split second je, i terus tekan pedal, mencelah dan mengelak di tengah-tengah kereta yang sedang bergelimpangan. Apa sahaja di atas jalan, baik serpihan kaca, serpihan bumper, i redah saja. I cuma ingat i membolos diri tak ubah macam sedang main galah panjang.

Allahu Akram. Syukur. Syukur. Alhamdulillah. Dalam i terfikir bahagian belakang atau tepi kereta i sempat dihentam kereta lain, syukur tak ada apa-apa berlaku. Sedikit calar pun tidak. Itu semua kuasa Allah Taala. Allah punya sayang pada hambanya ini. Lalu nikmat Allah yang mana satukah yang ingin didustakan? 

Perjalanan i seterusnya jangan ditanya. Jantung i macam nak tercabut, kaki, tangan, mulut i menggeletar sampai ke Putrajaya. Call Tuan Syed, dia tak pick up. Allahu... rasa nak meraung. Lepas exit toll booth, i berhenti dulu tepi jalan. Dalam hujan yang tak berapa lebat, i tawaf keliling kereta. Melihat kecacatan jika ada. Mana tahu tayar flat ke. Takut kalau-kalau memang sungguh hajat i tak kesampaian untuk ambil anak-anak syurga i petang itu.

Dahsyat penangan hujan. I balik rumah dengan penuh emosi. Sangat menyesakkan dada.

Hari ni, i nurse her di office. Kesian, tidur je dari pagi. Bangun sekejap untuk makan dan minum, kemudian sambung tidur. I am so sorry my dear. Lesson learned.

I am sure dia akan ingat sampai bila-bila yang dia pernah mandi hujan. Dan demam kemudiannya.


No comments:

Post a Comment