Nuffnang

Tuesday 24 March 2015

Kerna Hujan

Hujan kadang kala indah. Kadang kala membuatkan hati resah. 

Ahad lepas, anak-anak bercuti di laman rumah sahaja. Sabtu seharian di water park memadai. Ahad water park di rumah pula. Kolam enam kaki tempat gelak ketawa. Tiba-tiba hujan. Makin lama makin lebat. Jam belum pun pukul dua belas. Tapi disebabkan hujan, suasana tengah hari Ahad menjadi indah. 

Wanita yang sangat melankolik ini mula terkenang zaman kecil-kecil bermain hujan di laman rumah nenek. Tepi tangga hadapan ada sebuah tempayan tempat mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Tempayan tadahan hujan. Kelilingnya kami susun dengan batu-batu kecil, membentuk lanskap indah. Replika taman tasik kononnya. Usai menyusun, kami melompat-lompat di lopak air. Sambil menyanyi anak itik tok wi. Nenek di pangkin menegah pun tidak. Memang indah. Hujan menjadi indah.

Merindukan zaman ini, i proposed the idea to Mardeyah. "Pergi lah mandi hujan. Seronok tau. Air ni turun terus dari langit." Melompat-lompat dia di bawah curahan hujan. I see myself in her.

Semalam i ada bengkel di Shah Alam. Jam dua i terima call dari teacher GA, maklumkan Mardeyah demam. Huwaaaaa...rasa bersalah nya. Sebab semalam tu i yang suruh dia mandi hujan.

Lebih jam tiga i minta izin dari bos untuk balik dulu. Keluar sahaja conference room, hujan mula lebat. Dari Seksyen 2, i masuk Federal Hiway, kemudian masuk Elite Hiway menuju Putrajaya. Hujan makin lebat. Wanita sinonim dengan hujan setitik tapi wiper dah laju. Dalam kepala sarat memikirkan anak demam. Sambil drive, mata ulang-ulang tengok jam.

Jam empat. GPS warning suruh keluar second exit, which is Putrajaya. Sekitar Putra Heights waktu tu. At constant speed, on the right lane, tiba-tiba ada sebuah lori dah himpit dua kereta di lane kanan. One taxi depan i cuba elak ke lane kiri sekali dan terbabas melanggar sebuah kereta. I ingat kereta Vios. Vios tu berpusing dah menghentam divider kemudian terbuang ke belakang hampir memasuki lane tengah. Dan i entah bila dah masuk ke lane tengah. 

I memang cuba nak brake dengan berhemah tapi susah nak control sebab jalan sangat licin. Kalau i cuba juga emergency brake, i tau i akan terbabas. Dan Vios tu makin lama makin merapat memasuki middle lane. Ya Allah, i dah terfikir i akan langgar Vios depan mata i. I terfikir separuh kereta i akan kemek dan stereng akan rapat ke dada i. I terfikir kaki i akan tersepit dan patah. Dan paling besar i fikir, siapa nak ambil anak i??? 

Split second je, i terus tekan pedal, mencelah dan mengelak di tengah-tengah kereta yang sedang bergelimpangan. Apa sahaja di atas jalan, baik serpihan kaca, serpihan bumper, i redah saja. I cuma ingat i membolos diri tak ubah macam sedang main galah panjang.

Allahu Akram. Syukur. Syukur. Alhamdulillah. Dalam i terfikir bahagian belakang atau tepi kereta i sempat dihentam kereta lain, syukur tak ada apa-apa berlaku. Sedikit calar pun tidak. Itu semua kuasa Allah Taala. Allah punya sayang pada hambanya ini. Lalu nikmat Allah yang mana satukah yang ingin didustakan? 

Perjalanan i seterusnya jangan ditanya. Jantung i macam nak tercabut, kaki, tangan, mulut i menggeletar sampai ke Putrajaya. Call Tuan Syed, dia tak pick up. Allahu... rasa nak meraung. Lepas exit toll booth, i berhenti dulu tepi jalan. Dalam hujan yang tak berapa lebat, i tawaf keliling kereta. Melihat kecacatan jika ada. Mana tahu tayar flat ke. Takut kalau-kalau memang sungguh hajat i tak kesampaian untuk ambil anak-anak syurga i petang itu.

Dahsyat penangan hujan. I balik rumah dengan penuh emosi. Sangat menyesakkan dada.

Hari ni, i nurse her di office. Kesian, tidur je dari pagi. Bangun sekejap untuk makan dan minum, kemudian sambung tidur. I am so sorry my dear. Lesson learned.

I am sure dia akan ingat sampai bila-bila yang dia pernah mandi hujan. Dan demam kemudiannya.


Friday 20 March 2015

Redang Pelangi

Blog usang lagi bersawang. Ada banyak benda nak cerita tapi dalam three to four weeks ni, macam-macam berlaku. Air mata kaum keluarga, esak tangis sahabat handai. Gelak tawa sanak saudara, senda gurau rakan taulan. Macam-macam. Seribu satu cerita.

Sekarang minggu school holiday. Macam biasa, bagi orang yang anak belum Darjah Satu ni, tidak lah bermakna sangat cuti sekolah macam ni. Kalau nak apply annual leave pun, kena rancang time bukan cuti sekolah. Apa kesah anak baru tadika. Bagi sesetengah orang memang menjadi kepantangan datuk nenek moyang dia kalau anak ponteng sekolah walaupun masih tadika. Tapi, we all ni modern parenting la sangat... To me, anak i bukan ponteng sekolah tu sesaja sesuka hati sebab membuta sampai tengah hari. Tapi, i pontengkan anak i dan i gantikan pembelajaran bilik darjah mereka tu dengan expose kan mereka ke pembelajaran dunia luar dunia sebenar. Selagi anak i bukan dalam year yang nak sit for important exam, i don't mind.Kalau dia darjah empat darjah lima pun i masih tak kesah. Lain lah kalau memang tahun tu dia nak UPSR, nak SPM, yang tu i akan strict lah kot. Kot la...

Baru-baru ni, a week before school holiday, kami bawa mereka ke Redang Island. Dah plan lama dah. Tapi, Redang Island ni bukan boleh main terjah agak-agak nak pergi, pergi je sesuka hati bila-bila masa. Sebabnya musim tengkujuh semua resort akan ditutup. Dan dia akan buka balik awal Mac. I ni kalau nak berjalan musim cuti sekolah, memang bercinta sangat. Sebab i tensi dengan traffic jammed bagai. That's why la kami pergi bukan time cuti sekolah. 

Redang Island ni mudah dan tak pening kepala sebab dia by package, including two way transfer, resort, makan. This time kami pergi dengan package Redang Pelangi. Nak pergi Laguna Redang, mahal betul. Dah la pergi berduyun-duyun. So, ambil yang tak berapa murah, tak berapa mahai. 

Sehari sebelum tu we dah start cuti. Bertolak ke Kuala Terengganu hari Khamis, so that ada ample time nak relax sebab Friday morning tu boat kami jam 9.00 pagi. Untuk Redang Pelangi, naik dari jeti Merang. Merang tu about 30 minutes away from KT. So, memang malam tu tidur di chalet area Merang. Mula membayangkan boat tu macam pergi Langkawi. Tapi, jangan mimpi la. Speed boat je tau. Lepas checkin semua, boat gerak around 10.10 am. 35 minutes je dah sampai Redang Island.



Ok, Maryam agak sea sick tapi tak muntah. Maybe sebab mak dia pun bawak kereta dah gaya macam bawak boat. Ok, bila sampai je Redang Pelangi, terus kena lompat masuk air, ada la dalam lebih kurang sampai ke peha. lepas tu, naik ke pantai and lepak bawah pokok.


Sampai terus check in bilik. Sementara tunggu the walid check in, kita main kuis-kuis pasir. Belakang tu ada kedai jual serba anika barang. Ada junk food, souvernirs. Nasib awal, dapat lah bilik ground floor, tepi canteen je. Tuan Syed siap-siap sewa goggle, life jacket, yang tu jadi hak kita sepanjang percutian. Nanti nak balik kena pulangkan. Kalau hilang, kena charged. Life jacket ni kena pakai sepanjang masa, nak pergi snorkeling depan resort je pun kena pakai.




Redang Pelangi tak provide tv in the room. So, berjimba lah sepuas-puasnya kami anak beranak dengan pantai dan lautan. Rules didn't applied to them kat sini. Boleh main pasir, tak payah pakai kasut, kutip karang, kutip daun kering.

Lepas sampai tu, lunch provided. Makan cepat-cepat then jam 2.00 dah ready kat assembly area untuk briefing pergi snorkeling. Around 2.30 pm boat gerak ke open sea. Dalam package ni, ada tiga kali snorkeling. Naik boat dalam 20 minit je dah sampai ke tempat yang ada corals cantik-cantik. Tapi for those yang taknak pergi, boleh je snorkeling depan resort. Situ pun ada batu karang, ada ikan cantik-cantik. 


Eh, ada diva la..


Hammock yang sering menjadi rebutan. Memang kita yang tua ni pun boleh lena, apa lagi baby.


Abdullah suka betul main pasir. Lepas tu makan pasir. Sekali datang ombak, terlentang dia.




Pasir dia best nya... bersih je.









Berlagak sangat tau dia ni. Pro sangat lah katakan...


Bercanda di pasiran pantai.



Eh eh...kita pun pro rupanya...




Ni lagi awek pro.







Eskyen betul ye dia..



Lunyai roti tu dibuatnya.


Balik dari snorkeling, sambung main air depan resort sampai letih. Aktiviti malam, mencari maggie, aiskrim, makan sambil perhati bulan mengambang penuh. Baring kat kerusi sambil perhati bintang. Heaven nya!


Bulan penuh malam tu.




Esok paginya, jam 9.00 pagi kami join lagi snorkeling ke Marine Park. Cuaca panas sangat dengan equinox nya. Dah apply banana boat pun, kulit pipi masih terasa membahang dan makin lama makin menggaring. Wahh...tanned sangat.

On the way ke boat.

 


Ni masa sampai Marine Park, cuaca agak mendung. Tapi lepas tu cerah balik rupanya.












Menunggang submarine ye nak? Nasib baik la mak ni up sikit je dari amateur. Kalau tak, memang kena tinggal je kat tepi pantai.



Yang i perhati, golongan kanak-kanak adalah golongan minoriti yang bercuti di sini. So, Maryam and Mardeyah memang really enjoy the moment sebab uncles and aunties around them sangat melayan diorang. Lepas tu, tak payah berebut nak kena queue bagai. nak naik boat pun, ada uncles tolong dukung kan.

Untuk sebelah petangnya, ada lagi snorkeling ke open sea, tapi we all hubby wifey membuta sampai ke petang sebab penat sangat. Bangun tidur ngam-ngam waktu diorang serve tea. Lepas tu pergi snorkeling depan resort. 

Wooh..penuh gambar rupanya kalau tangkap berlima macam ni kan?


Asal bawak makanan je, ikan ni sambar. Bawak keropok ikan pun, ikan makan. Aiyaaak..




Ikan cantik-cantik kat sini.





Hari ketiga tu, lepas breakfast siap-siap check out. Lepas tu standby barang untuk diorang load dalam boat. Sempat lagi main-main pasir sementara tunggu boat sampai.







Kerut dahi pulak pakcik ni bila diajak gambar sama-sama...aiseh!



Sesi memulangkan life jacket. Kalau tak, kena charged.




Balik pun naik speed boat. Setengah jam dah sampai Merang. Singgah Seberang Takir beli keropok lekor Bukit Tok Beng. Keropok yang sangat sedap, penuh isi ikan berbanding tepung. Then singgah Pasar Payang beli batik, lepas gian sebab pergi Kota Bharu hari tu tak beli even sehelai pun. Lunch dulu. Lepas tu kroh~kroh i tidur dalam kereta sedar-sedar dah sampai Gambang.

Tu je...percutian orang biasa-biasa macam kami ni. Dua hari lepas, Tuan Syed bagitau April ni ada program di Redang Island. Dia tanya kita nak ikut ke tak. Aci tak kalau i request nak pergi berdua je dengan dia? Aci tak? Aci tak?