Nuffnang

Sunday 11 September 2016

Pre Idul Addha

Assalamualaikum. Entry ini entry pre Raya Haji. Semalam sampai Penang dah malam. Tak sempat jalan ke mana-mana. The walid pekena nasi kandar tak pelawa pun kita. So tadi dia tanya nak nasi kandar ke. Laju je jawab nak, padahal perut kenyang lagi makan berbuka tadi. Dah habis nasi sebungkus, sekarang mata terkebil-kebil tak boleh lena, amekau!


Pagi tadi bawa budak-budak morning walk di Taman Botani. Semalam berjam-jam kita stuck dalam kereta - massive traffic jammed, walid impromptu exit, kita ambil laluan Perak Tengah menuju ke utara, biarpun jauh dan melalui jalan sunyi sepi tapi kita dapat belajar sepanjang jalan. Abdullah pertama kali melihat dan menyebut lembu. Mami pertama kali tahu di mana Sultan Muzaffar Syah sultan Perak pertama dimakamkan. Perjalanan jauh buatkan kita bersyukur tak putus-putus - kita di sebelah barat ni ada juga lah laluan alternatif yang pelbagai, tidak seperti kawan di sebelah pantai timur. Pedalaman kita pun, ada juga lah infrastruktur. 

So setelah letih mental dan fizikal semalam, hari ini kita rehatkan minda, regangkan badan pula ke Taman Botani.


Semua pergi dengan tak mandi, except mami. Nasib lah fresh je udara pagi di celah-celah pokok - takde lah bau masam bangun tidur. Berpeluh la juga pusing satu round.


Satu improvement bagi Maryam actually sebab dia usually akan avoid outdoors macam ni sebab dia tak suka berpeluh-peluh. Tapi pagi ni dia tak merengek pun maybe sebab dia pun rasa fresh dengan morning mist tu.

Abdullah tadi berjalan on his own. Tak ada sekali pun mintak didukung. Dia memang bangsa tak tau penat💪💪 Lepas tu dia ni bangsa suka ambik tahu - segala ceruk segala lubang dia nak explore.

Mardeyah pulak positive thinking memanjang when it comes to outdoors activity. Nothing impossible, do at her best - "ala..cakap je la 'senang je' nanti jadi lah senang" 😉



Besar sikit, the sisters ni akan dihantar ke Outward Bound School insyaAllah. Biar tau serba sikit erti survival, back to basic - hidup dengan kudrat sendiri, tak ada detik yang tak berpeluh, badan jangan diajar manja, otak jangan dibiar berputus asa. Mami walid mula berangan nak hantar anak-anak ke OBS masa kitorang belum kahwin lagi. Gila tak gila lah masa bertunang tu pun dah siap fikir sepuluh dua puluh tahun punya agenda untuk anak-anak. Bukan takat fikir sampai ke pelamin je, bukan setakat ke kain lampin je... the list goes on and on. Bersusun je dalam poket kitorang ni. Jangan lah risau😋

Ini pun tadi baru je daki bukit sikit the walid dah sebut nak bawa budak-budak naik Broga. Think high, anak-anak. Next week pergi Sabah i wont be surprised if your walid cakap nak bawa daki Mt Kinabalu one day.


Sempena Idul Addha, kita juga mengenang saat-saat kita ke sana. Moga Allah terima lagi kita sebagai tetamuNya. Amin.





Siri mengenang Madinah - Bandaraya Rasulullah, tenang dan aman, harum dan indah.




Siri mengenang Makkah - serta seluruh isi di dalamnya, segala yang bertebaran di atas muka buminya. Bumi anbiya yang padanya terkandung banyak pengorbanan.


Salam Idul Addha, everyone. Semoga segala pengorbanan kita diredhai Allah Taala.