Nuffnang

Friday 10 January 2014

Hingga Di Sini

Dua hari sudah berlalu tanpa dia. Pagi-pagi, tanpa kelibat dia, rasa asing. Sangat. Pandangan pagi seolah-olah kosong. Terkadang mata menyorot ke sudut dia selalu duduk. Kosong. Bagai ada satu kehilangan. Jauh terpencil di sudut hati tersimpan satu perasaan aneh tanpa dia.
*gambar sekadar hiasan*

Tujuh tahun yang lalu, kelibat pertamanya kulihat di jalanan. Usai perkenalan, kami meronda bersama-sama. Sekitar kota, ke desa, ke bukit, ke lembah, semuanya bersama-sama. Dia mendengar hampir banyak cerita suka, duka, cinta, air mata, rahsia segala. Mendengar sahaja, tidak pernah membalas apa-apa dan tidak pula bercerita kepada yang lain.

Dia berjiwa. Tidak meninggi diri, tidak meminta-minta. Dan jiwanya itu kini terpaksa dilepaskan kepada yang lain. Kalau bisa dia berkata-kata, pasti dia juga memujuk untuk terus bersama-sama.

Tapi, apakan daya, cinta ini diikat ramai. Tak bisa berbagi cinta. Lebih elok kita tidak bersama, supaya tiada jiwa yang dibiar menderita dan terdera. Ini masanya. Kita harus berbelah hala.

Tidak kusedar saat dia dibawa pergi tempoh hari. Cuma yang kutahu, dia tidak pulang pada tika dia seharusnya pulang. Hati ini bagai direntap. Malam itu juga kepala rasa berpusing. Badan terasa lemah bagai tak berdaya menerima takdir dia telah tiada. Barangkali sehari dua ini jiwa dan cintanya akan menjadi milik yang lain.

Walau tersurat kau pernah di sini dan kini tidak lagi, tapi perca kenangan denganmu kukait indah menjadi hiasan abadi dalam hati.

Baik-baik di jalanan, sayang!

(tak sempat nak buat special watermark sebab app pixlr dalam fon macam kena delete dek anak2)

 Kamu akan tetap kami rindu!