Nuffnang

Monday 23 September 2013

Aniaya

Once kita dengan je perkataan 'aniaya' kita akan terfikir satu pihak berbuat jahat ke atas satu pihak yang tidak bersalah. Dan tindakan ini kita rasakan 'zalim'.

Dalam dunia ini kita tidak terlepas dari bertemu dengan orang-orang yang busuk hati. Terutamanya sesama ugama kita.

Kerana apa?

Sebab iblis telah bersumpah akan merosakkan anak cucu Adam.

Jadi dengan itu, kita dipertemukan dengan manusia-manusia yang...
* berhutang tetapi tidak melunaskan hutangnya...
* jaki melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain...
dan macam-macam lagi jenis manusia yang dirosakkan hatinya oleh iblis dan konco-konconya...

Menurut HR Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Muaz bin Jabal ra, "dan takutlah kepada doa orang yang dizalimi kerana di antara dia dengan Allah, tidak ada hijab yakni pembatas, yang menghalangnya"

Jadi, waspada lah dengan doa orang teraniaya.

~ilal liqa'~