Nuffnang

Saturday 6 July 2013

HLP.....behind the scene

Almost 1 week dah.



1st July, I went to HLP IntervieW, Kat Fakulti Pertanian UPM.

Interview ni bukan untuk masuk upm tp untuk dapatkan tajaan JPA. I mana ada savings banyak-banyak untuk spend duit sendiri 5k every sem untuk buat master's ni.so kena la compete dengan orang lain yang bagus-bagus untuk suh JPA tanggung.

Nasebaik a day before dah pergi survey tempat dengan Tuan Syed. Konon ajak org yg graduate UPM kot-kot le tak sesat. Tapi I yg tak blaja kat UPM rupanya lagi tau kat mana Fakulti Pertanian. Dah pindah ke Lebuh Silikon, ok..

Pagi tu memang I tak sesat. Ramai jugak interviewee yang minta guard upm escort sebab diorang pi masuk dlm upm tu. I sampai tanpa rasa nervous sebab tak sesat.

Masa sampai around 8.10am tu terus I pegi register dulu. Lepas tu gi la tunggu kat tempat semua orang tgh study proposal masing-masing. Bagus kan diorang. I idak le nak belek proposal dah time tu sebab kalau belek pon dah tak boleh masuk apa-apa. Sambil tunggu tu I sembang le dengan member-member yang I kenal.

Rata-ratanya diorang tu bukan first time interview HLP. Oh my! Tetiba gentar. Terus tune mindset, 'ok, aku akan dtg interview lagi next year'..

Sungguh tak positive thinking kan? Tu la..sebab pagi tu I tertinggal roti dalam kereta, terus rasa lemah.

Around 9 oclock urus setia bagi briefing nombor bilik, kluster bidang bagai.. Kluster HR satu je bilik intebiu. Untuk kluster security, perundangan, tanah, ada 2 bilik each. Ramai kot calon yang apply.

Interview dimulakan dengan calon PhD. Ramai jugak yang apply PhD. I je dah berumur baru nak apply master's.

I punye turn dipanggil around 10++.; I verangan sampai tak tengok jam pukul berapa time tu. Terus ikut budak urus setia tu sampai ke bilik intebiu. Bilik nombor brape pon I tak tengok. Sebab masa tu tak sabar nak serah tengkuk.

Masa masuk tu, ada 2 interviewer, sorang laki sorang pompuan. I pon tak sempat tanya budak urus setia tu apa nama interviewer. Main terjah je.

Masuk tu first sekali I bagi folder sijil-sijil I. Tak banyak...takde kursus gempak, professional cert bagai, I takde semua tu. Takat satu je APC yg KSU I sain. KSU yang penuh lagenda... shhht.

Tapi dalam tu dah ada sorang interviewee, Mr Chang dari SPRM.

Kiranya I masuk di tengah-tengah session dia.interview yang conduct in group ni basically bg advantage kepada panel sebab senang dia nak bagi markah.

Soalan pertama "Cik Erda, sila kenalkan diri awak"

Soalan kedua "Apa pengkhususan HR yang awak nak buat dan apa kekuatan bidang itu untuk awak sumbangkan kepada negara"

Maybe soalan ni I jawab macam lari tajuk sebab time tu I cuba relate kan dengan remuneration. Tapi since panel understood dari aspek training, jenuh I pusing nak explain. Last nye panel kata "so nanti awak boleh concentrate buat training ye utk MBA awak ni"

What? I was like...come on la panel, ni nak bagi harapan palsu ke hapa.

Soalan ketiga "apa masalah dalam kerja yang awak hadapi sampai awak rasa buat master's adalah penyelesaian"

Soalan keempat "Apakah faktor kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka dan apakah impaknya kepada Kerajaan sekarang"

Sorry, I nak jawab guna nama Tun Muttahir I tak confident. Tapi time tu I tebayang muka Sabri Yunus. Serious! Tapi I managed to jawab dengan keyword Akta Rahsia Rasmi, whistle blower, keselematan terperingkat. Banyak lagi jargon yang tak tekeluar. Macam dia main nyorok-nyorok sampai I kena ermmmm banyak kali.

Soalan kelima "Apa cara terbaik untuk awak bantu rakyat miskin?"

Tu je soalan yang panel tanya. Sikit pon tak tanya pasal proposal, pasal pilihan uni dsb.

So I rumuskan bahawa pertamanya, panel macam tak minat nak tanya I byk-byk soklan. Dia minat nak tau portfolio Chang sebab skop keje SPRM ni menarik untuk diketahui berbanding PTD. Jeless tau...

Keduanya, soalan panel tak susah sangat dan itu membuatkan I rasa I dont even have a slight chance untuk dapat HLP.

ketiga, I bakal datang interview kali kedua next year sebab panel yang I dapat tu tak provoke langsung. Kecoh I kan, dapat yang jenis provoke ni mmg susah tp kita akan satisfied apabila kluar dari bilik intebiu berbanding dengan keluar dengan perasaan yg hambar. Interbiu I rasa macam tawar. Tak uummpphhhh..

Takpe la, after all I dah ada experience attend HLP Interview. Dapat tak dapat belakang kira.

Seumur hidup I, I kira balik I cuma pernah berjaya temuduga sekali setengah je sepanjang hayat. sekali masa intebiu scholarship JPA utk program American Top Uni (ATU) lepasan SPM dan sekali lagi (separuh berjaya sbb first intvw failed, second attemp baru bjaya) masa mintak keje PTD.

Tapi based on my experience, kalau intvw tu ada unsur presentation, itu adalah kekuatan I. Macam masa I dapat National Science Fellowship utk sambung MSc. waktu intebiu i kena buat presentation. Kira ok la sbb i blh expect soklan yg panel nak tanya.

Tapi time tu I dpt serentak nsf offer dgn ptd offer N i pilih peeteedee.

Tu yg kena mintak HLP tu.

Tapi kalau this time tak berjaya next time I tekad nak apply yg lagi susah dan yg tak penah buat.

Sebab sesi perkenalan I dengan bos baru lepas balik intebiu i rasa lagi horror bila dia intebiu i macam-macam aspek management ni. Siap dia kata "kenapa you apply mba? Kalau you minta dengan saya hari tu, saya takkan sokong."

Sentap tau!